Archive for November, 2009

Guru Bahasa Berbahasa

Oleh: Mendewa (Blog Mendewa) Berpeluang menghadiri Bengkel Penghayatan Komsas peringkat negeri pada bulan lepas memberikan banyak ilmu kepada saya, terutama dalam hal kaedah dan teknik pengajaran komsas. Komsas merupakan komponen penting dalam mata pelajaran bahasa Malaysia. Bengkel tersebut yang dikelolakan oleh jurulatih berpengalaman (guru) berdasarkan bidang ilmu yang mereka sampaikan. Pada saya objektif bengkel untuk menyalurkan kaedah dan teknik pengajaran kepada guru tercapai. Sesi bengkel pun menarik walaupun sesetengah guru yang datang berharap akan memperoleh penjelasan berkaitan teks baru komsas yang akan digunakan oleh pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 pada tahun 2010. Sepanjang bengkel tersebut, saya tertarik dengan...

Baca Lagi »

Guru Bahasa Berbahasa: Situasi dan Harapan

Guru Bahasa Berbahasa: Situasi dan Harapan

Oleh: Mohd Isa Abd Razak Ada dua makna “berbahasa”. Maknanya yang pertama ialah “menggunakan bahasa”. Ungkapan “menggunakan bahasa” pula dapat bermakna bertutur atau menulis yang “biasa-biasa sahaja” dan dapat juga bermakna menggunakan bahasa baku dengan sopan dan bergaya. Malah, “menggunakan bahasa” juga dapat bererti menggunakan bahasa asal ada seperti menggunakan bahasa rojak dalam sembang di Facebook. Makna “berbahasa” yang kedua ialah bersopan santun. Sopan santun terjelma semasa kita menggunakan bahasa dan terjelma juga melalui perlakuan atau unsur tanpa bahasa. Contohnya, kita mendengar pertuturan orang yang dilawan bercakap dengan penuh perhatian, memberikan respons yang kena pada tempatnya, bermuka...

Baca Lagi »

Guru Patut dibenar Rotan

Guru Patut dibenar Rotan

Sumber: Berita Harian |22 November 2009| PUCHONG: Guru seharusnya dibenarkan untuk merotan murid di peringkat sekolah rendah bagi mendisiplinkan pelajar dan memastikan mereka menjadi insan berguna pada masa depan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah, berkata ini penting kerana ramai ibu bapa masa ini terlalu memanjakan anak mereka dan menganggap amalan merotan sebagai satu hukuman yang berat. “Hukuman merotan itu membantu mendisiplinkan murid terutama peringkat sekolah rendah. Malah soal disiplin juga tidak boleh dipandang remeh. “Ibu bapa harus bertolak ansur sekiranya anak mereka dirotan di sekolah dan tidak sepatutnya mengambil tindakan undang-undang kerana amalan merotan...

Baca Lagi »

Kerajaan Kaji Kaedah Pembelajaran Sains, Matematik di SJKC: Muhyiddin

Sumber: Berita Harian |22 November 2009| BANDUNG: Kerajaan akan mengkaji kaedah pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berikutan prestasi lebih baik yang dicatatkan murid dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah itu akan diterapkan di Sekolah Kebangsaan (SK) selepas wujud jurang pencapaian antara kedua-dua jenis sekolah ini. Katanya, secara keseluruhan keputusan UPSR tahun ini lebih baik tetapi kerajaan melihat ada perbezaan membabitkan pencapaian kedua-dua mata pelajaran itu antara SK dan SJKC. “Kita mahu melihat model pembelajaran yang mereka gunakan...

Baca Lagi »

SBP untuk Siapa?

SBP untuk Siapa?

Oleh: Marniyati Debaran menunggu keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah reda apabila keputusan peperiksaan tersebut diumumkan pada Khamis lalu. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Kepada pelajar yang kurang cemerlang, janganlah cepat berasa kecewa. Semua, ya SEMUA, hasil kajian pakar psikologi (di US, UK, dan Malaysia) menunjukkan bahawa tiada korelasi antara pencapaian akademik di sekolah rendah dengan pencapaian akademik di universiti. Jadi percayalah, jalan untuk kita menempa kejayaan masih panjang. Hari ini saya tertarik dengan satu laporan yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan. Laporan itu menyatakan bahawa laman facebook Timbalan Menteri Pelajaran,...

Baca Lagi »

Isu Master dan Phd ditolak JPA?

Isu Master dan Phd ditolak JPA?

Setiausaha Agung NUTP dalam Blog NUTP memaklumkan bahawa pihak JPA telah menolak isu master/phd. Berikut ialah persoalan yang dibangkitkan oleh pengunjung blog tersebut dan jawapan yang diberikan oleh SUA NUTP. ali said… Guru Master/PhD perlu diberi satu/dua tahun senioriti untuk naik pangkat dari DG44 ke DG48. Contoh. 1. Guru Master DG44 perlu berada 9 tahun atas DG44 untuk ke DG48. 2. Guru PhD perlu berada 8 tahun atas DG44 untuk ke DG48. Saya harap NUTP cadang ini kepada JPA/KPM. Thu Nov 19, 03:12:00 PM 2009 Setiausaha Agung said… Sdr. Ali, Terima kasih atas cadangan sdr. Untuk makluman sdr. pihak...

Baca Lagi »

Cikgu Juga Banyak Risiko

Cikgu Juga Banyak Risiko

Oleh: Cikgu Malaysia Peristiwa Kuala Dipang memberikan kesan mendalam kepada guru yang mengalaminya. Begitulah risiko yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Program apa sahaja yang mahu dijalankan semuanya dipertanggungjawabkan kepada guru. Silap langkah guru yang kena. Oleh itu, guru sentiasa memikirkan cara yang terbaik dalam melaksanakan tugasnya. Siapa tahu kesusahan yang dialami oleh guru namun tanggungjawab tetap tanggungjawab. Masyarakat luar hanya cuba mencari kesalahan khususnya hal prosedur yang kurang diendahkan. Namun, tahukah orang di luar yang kadang-kadang arahan atau apa sahaja program yang dipetanggungjawabkan selalunya last minute. Justeru guru yang bertangggungjawab tidak mempunyai masa yang cukup melainkan melaksanakan arahan...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan