Archive for December, 2009

Suara Guru Sampai ke Parlimen

Sumber: Harakahdaily |14 Disember 2009| Guru Sarjana dan Phd perlu insentif Oleh: Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 14 Dis: Dr. Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kenaikan gaji kepada guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) sebagai dorongan kepada guru-guru lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi memberitahu, kebanyakan guru berkelulusan Sarjana dan Phd yang ditemui menyuarakan kekecewaan kerana tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka di sekolah. “Saya cadangkan guru-guru yang ada Sarjana dan Phd diberi anjakan...

Baca Lagi »

Kerusi, Meja Baru dibekal ke Sekolah

Sumber: Berita Harian |12 Disember 2009| Oleh Syuhada Choo Abdullah 140,000 unit disediakan kerajaan tahun depan KUALA LUMPUR: Kira-kira 140,000 kerusi dan meja baru akan dibekalkan ke sekolah di seluruh negara untuk memenuhi keperluan pelajar pada tahun depan, terutama di negeri yang dilanda banjir pada musim tengkujuh ini. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, sekolah di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, menghadapi masalah kerosakan meja dan kerusi akibat ditenggelami air bah. Katanya, pembekalan meja dan kerusi baru juga diperlukan atas pelbagai faktor lain, termasuk peningkatan jumlah kemasukan pelajar pada penggal persekolahan tahun depan, di samping untuk menggantikan kerusi lama dan rosak.

Baca Lagi »

Cuepacs Nafi Khabar Angin Penarikan Balik Cola, ITP

Sumber: Berita Harian |12 Disember 2009| PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan khabar angin kerajaan akan menarik balik pembayaran Elaun Sara Hidup (Cola) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada kakitangan awam mulai tahun depan. Presidennya, Omar Osman, berkata ini kerana sebarang penarikan elaun perlu dimaklumkan kepada Cuepacs. “Cuepacs tidak menerima sebarang maklumat mengenai penarikan balik elaun itu. “Malah dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada bulan lalu pun, perkara berkenaan tidak dibincangkan langsung. “Mengikut kebiasaan, Cuepacs akan dimaklumkan terlebih dulu jika kerajaan ingin membuat sebarang perubahan dalam pembayaran elaun,” katanya kepada Berita Harian...

Baca Lagi »

Tugas yang Membebankan Guru (i)

Oleh: Mendewa (Blog Mendewa) Isu beban tugas guru bukanlah sesuatu yang baru. Hal ini sudah lama diperkatakan dan juga diperjuangkan oleh kesatuan guru. Kini isu beban tugas ini diperkatakan lagi apabila kecemrlangan sekolah diperkatakan. Apatah lagi persoalan kecemerlangan ini menjadi bandingan antara sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC). Akhirnya yang menjadi perhatian bukan amalan di SJKC, tetapi bebanan-bebanan tugas yang ditanggung oleh guru yang dikatakan menjadi faktor menjejaskan kecemerlangan di SK terutamanya . Bagi guru, bukan sesuatu yang asing lagi apabila mereka diarahkan melakukan pelbagai tugasan hatta di luar bidang pengajaran dan pembelajaran (p&p). Cuma bebanan...

Baca Lagi »

Guru Jadi Kerani Sekolah ?

Sumber: Forum Utusan Malaysia |10 Disember 2009| SAYA merujuk maklum balas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Md. Dom terhadap tulisan saya di Forum Utusan Malaysia yang bertajuk Erti Sebenar Guru Cemerlang. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana barangkali saya tidak menulis secara jelas tentang apa yang saya maksudkan dengan beban kerja perkeranian dalam tulisan itu. Biar saya jelaskan lebih lanjut tentang ‘beban kerja perkeranian’. Contoh pertama: Tugas guru kebajikan dan biasiswa. Saya berpendapat, semua guru, terutama sekali guru tingkatan ialah guru kebajikan. Sebab itulah banyak hal peribadi murid yang mengganggu pembelajaran mereka ada dalam pengetahuan guru. Ibu bapa...

Baca Lagi »

Pembaziran Skim Baucar didedah

Sumber: Utusan Malaysia |10 Disember 2009| KUALA LUMPUR 9 Dis. – Kementerian Pelajaran hari ini mendedahkan berlaku pembaziran dalam pelaksanaan Skim Baucar Tuisyen (SBT) kepada pelajar miskin. Pembaziran itu berlaku ekoran pelajar yang sebenarnya layak menikmati skim berkenaan tidak berminat untuk mengikuti kelas tuisyen yang disediakan. Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pembaziran tidak sepatutnya berlaku kerana usaha yang dimulakan sejak 2004 itu memberi tumpuan khusus kepada pelajar miskin bagi mendapatkan pendidikan tambahan berkualiti. “Ada kelas tuisyen yang dibuat melalui program SBT tidak mendapat sambutan dan ini menyebabkan pembaziran kerana walaupun diberikan baucar tuisyen, pelajar tidak datang ke...

Baca Lagi »

Sekolah Prestasi Tinggi Bukan Autonomi

Sumber: Utusan Malaysia |10 Disember 2009| OSAKA 9 Dis. – Sebanyak 20 sekolah menengah yang dipilih sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) akan mendapat beberapa imbuhan termasuk kelonggaran dalam mengurus kewangan, kurikulum dan pentadbirannya namun bukan secara autonomi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi membolehkan sekolah terbabit yang terpilih berasaskan kriteria dan syarat ketat tidak terikat dengan peraturan sekolah biasa namun terus dipantau bagi mengekalkan kecemerlangannya pada masa depan. “Kita sedang susun apakah imbuhan yang mereka boleh dapat selain status SBT antaranya insentif kewangan dan fleksibiliti dari segi kurikulum. “Contohnya, jika ramai pelajar sekolah berkenaan sudah...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan