Archive for November, 2011

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Sumber daripada JPA: Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti. Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.interactive.jpa.gov.my/sbpa/

Baca Lagi »

Kerajaan Prihatin Batal Cadangan Guru Mengajar 9 jam

AKHIRNYA polemik projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari pada Januari ini di empat buah negeri menemui titik noktah. Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan projek tersebut tidak akan diteruskan. Sebelum ini kerajaan melalui jawatankuasa yang telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), serta wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) setelah melaksanakan kaji selidik di 19 buah sekolah di Melaka Tengah memutuskan untuk melaksanakan projek perintis tersebut sebagai usaha memantapkan perkhidmatan perguruan di negara kita. Empat buah negeri yang terlibat ialah Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak....

Baca Lagi »

Bahasa Melayu dipersenda di Maybank?

PADA 24 November 2011 anak saya menghadiri temu duga jawatan kerani di Maybank Seksyen 14, Shah Alam. Temu duga tersebut dikendalikan oleh dua orang pegawai bank. Dalam sesi temu duga tersebut saya pasti anak saya tidak berjaya dan saya akur dengan keputusannya kerana rezeki seseorang ditentukan oleh Allah SWT bukannya penemuduga tersebut. Saya pasti anak saya tidak terpilih atau berjaya kerana peserta yang berjaya telah diarahkan membuat pemeriksaan kesihatan pada hari yang sama. Apa yang dikesalkan adalah sikap pegawai perempuan tersebut yang telah memperli, menghina anak saya kerana bercakap dalam bahasa Melayu, menurutnya, semua bank berurusan dalam bahasa Inggeris...

Baca Lagi »

Pembaca Sukar Dapat Majalah Keluaran DBP dalam Pasaran

Pembaca Sukar Dapat Majalah Keluaran DBP dalam Pasaran

MAJALAH keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memang bermutu tinggi dan mampu menerajui dunia ilmu pengetahuan bagi orang yang bercakap, menulis dan berfikir dalam bahasa Melayu. Dewan Ekonomi dan Dewan Masyarakat, misalnya, sentiasa mampu mengetengahkan sudut dan ruang baru untuk memperkayakan pengalaman dan intelek pembaca.  Tapi sayangnya akhir-akhir ini semua majalah ini tidak dapat lagi ditemui di kedai atau warung buku. Peminat majalah ini perlu berusaha gigih setiap bulan masuk dari satu kedai ke kedai yang lain bertanyakan majalah berkenaan. Kerap kali jawapan yang diberikan menghampakan, ‘kami tiada majalah-majalah ini’. Sejak dari dulu pun memang sukar untuk membeli majalah...

Baca Lagi »

PENGUMUMAN

Pengendali web Pendidik sedang melakukan kemas kini terhadap semua pautan dalam web ini. Jika berminat untuk menyenaraikan pautan blog/web anda sila maklumkan kepada pengendali web. Gunakan ruangan komentar posting ini untuk memberikan maklumat berkaitan blog/web anda (url dan kategori). 

Baca Lagi »

KEMASKINI: Pensyarah IPG Naik Taraf

KEMASKINI:  Pensyarah IPG Naik Taraf

Terkini: Maklumat dari SU NUTP menejlaskan pensyarah IPG akan mendapat kenaikan secara ekspres. Baca seterusnya di bawah. Berdasarkan soal jawab dalam blog NUTP, makluman yang diberikan menjelaskan bahawa pensyarah IPG akan dinaiktaraf dan tidak lagi berada dalam skim guru-guru di sekolah.  Pensyarah IPG said… Cadangan waktu bekerja guru selama 9 jam telah dimansuhkan. Adakah ini bermaksud waktu bekerja pensyarah IPG selama 9 jam juga telah ditiadakan ? Pn SUA masih belum memberi makluman muktamad tentang waktu kerja pensyarah IPG sehingga hari ini walaupun sudah 2 tahun. Sun Nov 20, 05:48:00 PM 2011  Setiausaha Agung said… Sdr/ Sdri Pensyarah IPG, KPM menyatakan...

Baca Lagi »

PPSMI: 5% SM dan Kurang 9% SR yang Gunakan BI

Kebanyakan sekolah guna BM ajar sains, matematik Kebanyakan sekolah rendah dan menengah kembali menggunakan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau berkata hanya lima peratus daripada 7,495 jumlah bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 21,092 sekolah menengah yang masih menggunakan Bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik. “Meskipun ada pihak yang mempersoalkan tempoh yang begitu panjang terhadap pendekatan ‘soft landing’ melalui dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hakikatnya kebanyakan sekolah telah pun kembali menggunakan Bahasa Melayu. “Sebelum melaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu bagi kedua-dua...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan