NUTP: Putrajaya laksana guru kerja sembilan jam mulai 2012
Presidennya Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.
Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
Katanya, NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.
Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.
“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.
“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” kata Hashim, dipetik Utusan Malaysian hari ini, pada sidang sidang media di Alor Setar.
“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini,” katanya.
Tambah beliau, walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan “kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah.”
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.
—–
Sumber: Malaysia Insider |12/11/2011|





cikgu pada masa kini menghadapi pelbagai tekanan, tekananya bukan sahaja datang daripada pihak sekolah dan kementerian malahan daripada ibubapa murid. ibubapa risau terhadap anak -anak mereka, mereka selalu datang ke sekolah untuk membuat aduan, malahan membuat tuduhan kepada guru. ibubapa hanya mahu anak mereka mendapat “A”dalam peperiksaan, mereka tidak ambil duli sama ada anak mereka mempunyai minda yang kreatif, inovatif dan peanaakulan. sekiranya murid-murid tidak dapat “A” dalam ujian, ibubapa akan menggunakan pelbagai cara untuk menukargantikan guru tersebut contohnya aduan dan tuduhan.
demi mahu menukarkan guru tersebut ibubapa sanggup menghantar surat layang ke sekolah untuk membuat tuduhan palsu terhadap guru.disebabkan budaya yang hanya mementingkan “A”, guru-guru terpaksa menggunakan cara yang keras semata-mata untuk memaksa murid -murid rajin belajar. kazlau murid-murid tak dapat “A”, ibubapa akan membuat tuduhan palsu terhadap guru tersebut. tuduhan palsu itu selalunya mdipercayai oleh pihak atasan dan melakukan penyiasatan, dengan ini sesuatu tekanan telah dikenakan terhadap guru tersebut. demi melindungi diri masing-masing, guru terpaksa menggunakan cara yang tidak selaras dengan dasar pendidikan. kalau kementerian mahukan tranformasi pendidikan berjaya, tolonglah membuat satu peraturan dengan menghalang ibubapa mencampur tangan hal ehwal pengajaran.
Like or Dislike:
0
1
APA YG DILAKUKAN OLEH MUHYIDIN YASEM NI ADALAH DIPANGGIL ‘TROLLING’..UTK MELIHAT SEJAUH MANA SAMBUTAN ATAU TENTANGAN DR PIHAK MASYARAKAT.AMATLAH BODOH JIKA ISU INI DITERUSKAN DLM KEADAAN PILIHANRAYA YG SEMAKIN DEKAT…
KEPDA ANDA YG MEMBACA KOMEN NI, SILA BUKA KEPALA OTAK TU SKIT…GAYA AHLI POLITIK MALAYSIA TAK PERNAH BERUBAH…BACA LA PATTERN TU SKIT!!
TAK PAYAH NAK CERITA TTG HAL DAN MASALAH GURU..SEMUA ORG TAHU BETAPA JERIHNYA MENJADI GURU. KESILAPAN KITA IALAH KERANA MENJADIKAN ORG YG BODOH SBG PEMIMPIN…JD, SILA BUKA OTAK ANDA LUAS2..
Like or Dislike:
0
0
PILIHANRAYA DAH DEKAT….PIHAK UMNGOK TAKKAN BUAT MOVEMENT BODOH MCM NI…..KEPADA MODERATOR, TOLONG JGN DELETE KOMEN NI..TOLONG FAIR..BG ORG LAIN YG BENGAP NI SEDAR..JGN BIAR SEMUA ORG BENGAP MCM MUHYIDIN YASEM…
Like or Dislike:
0
0
SAMADA KORANG GURU ATAU BUKAN GURU, JGN LA MELATAH …INI DINAMAKAN ‘POLITICAL GIMMICK’…JGN JD BENGAP
Like or Dislike:
0
0
Tak faham la tiap2 kali tukar menteri tukar lgi sitem pendidikan… Guru seolah-olah dijadikan pengasuh anak-anak supaya tidak berkeliaran sementara menunggu mak bapa mereka pulang dr pejabat.
Like or Dislike:
2
0
Saya rasa guru-guru bukan panik mahupun marah. Cuma guru-guru tahu pada dasarnya memang kerja lebih 9 jam. TETAPI 9 jam itu jangan dipaksa. Jika guru rasa mahu stay back kat sekolah untuk siapkan kerja biarkan sahajalah. Berapa lama nak stay itu terpulang pada diri masing-masing. Jika rasa dah penat, sakit maka boleh la balik awal. Jangan dipaksa 7.30 hingga 4.30 dan 9.30 – 6.30 itu sahaja.
Like or Dislike:
0
0
kenapa guru-guru merasa risau, panik dan marah dengan waktu bekerja baru ni, adakah para guru selama ini bekerja hanya 4 atau 5 jam sahaja di sekolah ?. Jika benar guru bekerja melebihi 9 jam, sepatutnya ini peluang untuk mengurangkan beban yang selama ini diwawarkan terlalu berat.
Like or Dislike:
0
2
pelaksanaan masa guru 9 jam ini mmg xsesuai malah menambahkan lagi beban guru sebenarnya..kalau tidak percaya saya persilakanlah Perdana Menteri, Tim.Perdana Menteri, menteri2 sila turun ke sekolah untuk sama2 turun padang mengajar para anak bangsa yang berlainan kerenah dan perangainya serta tugas2 kerani yang lain. tempoh percubaan tak lama hanya 6 bulan sahaja & kalau para menteri boleh tahan dalam tempoh ini baru kita laksanakan yaa.kalau kerajaan mahu juga mentranformasi pendidikan ambillah sistem pendidikan negara CHINA di mana guru hanya mengajar tanpa ada beban lain. Setiap kali peperiksaan mahupun ujian bukan guru lagi buat soalan mahupun tanda kertas pelajar tetapi pihak PPD, JPN dan kementerian. kalau sistem pendidikan negara CHINA dilaksanakan bukan 9jam, 10 jam pun xper lagi. Harap Maklum
Like or Dislike:
3
0
Elok juga tu, nak tengok PM/TPM angkat speaker/kerusi waktu perhimpunan mingguan (Isnin), tangani murid hyper aktif dalam kelas waktu pembelajaran, siapkan dewan untuk sebarang majlis rasmi ke atau apa-apa program sekolah. Dah tentu kalut & terpaksa tinggalkan kelas agaknya kan.
Like or Dislike:
0
0
Lagi cikgu jd bahan uji pembebal kpm dn menteri.jgn buat lupa doa org yg dizalimi tika ppsmi terkial-kial nk mansuhkan mula2 2012 dlanjut 2016pula.krn KEBODOHAN dan KEEGOAN menteri HISHAMUDDIN paksa sekolah tika banjir besar johor dulu.jgn lupa siapa yg mansuhkan JAWI dan menukar cuti jumaat ke ahad menjadikan RAMAI yg dpt pahala TELUR AYAM saja dn ramai remaja melepak disiber dn pusat beli-belah..cikgu jg disalahkan(solat jumaat)jika dilaksanakn dasar 9jam@satu sessi dijohor ramailah guru mengajar hantu-hantu kerna ramai pelajar terlibat sekolah agama dan lebih membimbangkan sekolah agama dan kitab akan dikuburkan dn dimuziumkan.MANA jk mengkaji BEBAN CURU YANG TERBEBAN semasa hishamudin jd menteri DAH DPERBAKULSAMPAHKAN
Like or Dislike:
3
0
Boleh kerja 9 jam sehari tapi dengan syarat-syarat seperti berikut.
1. Tidak boleh mengadakan LADAP atau sebarang aktiviti berkaitan kurikulum atau ko kurikulum atau apa saja bentuk perjumpaan dengan ibu bapa pada hari Sabtu dan Ahad. Bermakna setiap hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti sama seperti penjawat awam yang lain. 1 jam untuk makan dan rehat iaitu dari pukul 1.00 – 2.00 juga perlu disediakan.
2. Guru-guru tidak perlu membawa sebarang kerja seperti menanda buku latihan, menyediakan bahan p&p, mengisi markah secara online, persediaan soalan peperiksaan ke rumah. Semuannya perlu diberi dan disediakan masa untuk disiapkan di sekolah sahaja. Pendek kata semua kerja berkaitan sekolah perlu dibuat di sekolah sahaja. Habis sekolah balik rumah, lupakan sekolah, hanya keluarga yang penting. Boleh ke? Pada dasarnya guru bekerja 18 jam sehari tolak 6 jam untuk tidur. 18 jam itu kerja sekolah dan murid-murid masih terbayang-bayang di dalam pemikiran guru.
Well-loved. Like or Dislike:
17
0
sistem ini tak sesuai untuk guru, dimana guru selalu bekerja lebih daripada 9 jam. kita tak kerja kat sekolah tapi kerja kat rumah. sebab di sekolah tidak mempunyai kemudahan yang secukupnya untuk para guru.
contohnya, guru perlu memasukkan markah peperiksaan ke dalam sistem, diseebabkan kekurangan komputer dan kelemhaham sisitem, guru terpaksa buat di rumah pada larut malam.tambahanpula KSSR yang baru dilaksanakan telah banyak membebankan para guru.guru bekerja di rumah, tak bermaksud kita tak bekerja. kementerian tolonglah jangan menguji kesabaran guru. kalau nak menjadi terkenal dengan melaksanakan dasar dasar yang tak dikaji betul akan mengorbankan kejayaan generasi masa depan.
Well-loved. Like or Dislike:
16
1
Cikgu dan para pelajar selalui dijadikan bahan ujikaji. Setiap kali tukar menteri,setiap kali terdapat dasar baru.Bertambah pula Menteri Pelajaran satu jawatan untuk naik pangkat jadi Perdana Menteri.
Nasihat Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini ,supaya para guru agar tidak ‘panik’ dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.
Siapa yang panik para guru ,pelajar dan Muhyiddin Yassin atau NUTP ?
Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri — Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak — berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.
Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan.
Well-loved. Like or Dislike:
6
2