Archive for January, 2012

Lepas Kakitangan Akademik IPTA, Doktor Pula Bantah SBPA…DG29/41 bila lagi?

Kakitangan akademik IPTA sudah bantah, kini doktor pakar pula…NUTP wajar sekali ambil langkah segera dan terbuka selesaikan isu DG29/41/44 yang sudah 8 tahun diawangan dengan janji yang tidak pasti. Lihat juga nasib yang kini dilalui oleh pensyarah IPG yang sama seperti skim guru sekolah sedangkan mereka mengajar pelajar peringkat ijazah dan lepasan ijazah (kerja mereka setaraf dengan pensyarah ipta). Doktor Bantah SPBA SHAH ALAM – Doktor pakar antara yang paling ramai mengadu mengenai kelemahan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diperkenalkan sejak 1 Januari lalu, kerana pendapatan mereka jauh lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas. Setiausaha Agung...

Baca Lagi »

Gaji Pegawai Lebih Tinggi Timbul Perasaan Tidak Puas Hati Kakitangan Awam

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Satu cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi dicadangkan untuk pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA) telah menimbulkan perasaan tidak puas hati 1.4 juta kakitangan awam-kunci utama untuk kemenangan Barisan Nasional (BN). Di bawah skim baru berkenaan, pegawai atasan kerajaan akan dibayar sebanyak RM80,000 sebulan berbanding kakitangan awam hanya menerima kenaikan RM1.70 sebulan dan telah membangkitkan kemarahan beberapa kesatuan sekerja dan juga pembangkang. Kemarahan mereka telah membawa kepada pilihan raya akan datang dijangka dalam tahun ini dan menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak semula skim berkenaan selepas protes...

Baca Lagi »

10 Ahli Pasukan Khas Semak Semula SBPA

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam menyerahkan watikah perlantikan kepada 10 ahli pasukan petugas bagi menyemak semula Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pasukan khas dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam itu juga akan menjemput wakil kementerian, ketua skim perkhidmatan, kesatuan dan persatuan sekerja serta pihak berkaitan jika ada keperluan dalam usaha menyelesaikan isu berbangkit SBPA yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu.  “Semua isu berhubung pelaksanaan SBPA perlu sampai kepada kita (pasukan petugas) dalam tempoh sebulan ini dan pasukan petugas akan memanggil mereka untuk perbincangan lanjut, malah kita sudah...

Baca Lagi »

Pakatan Rakyat akan Kaji SBPA

Pakatan Rakyat akan Kaji SBPA

Kenaikan gaji kakitangan awam perlu adil- Abdullah Sani KUALA LUMPUR 19 Jan: Cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi bagi pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA), menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan 1.4 juta kakitangan awam di negara ini. Ekoran itu, kerajaan mengumumkan penangguhan SBPA, yang menggambarkan sikap berdolak dalik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam mengumumkan sesuatu dasar. Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji kepada penjawat dengan adil dan bukan hanya mementingkan peringkat tertinggi seperti JUSA dan TURUS. “SBPA ini sebenarnya satu laluan untuk...

Baca Lagi »

Rangka Strategi Cukupkan Guru Berilmu

PENDIDIKAN di negara ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan merangka beberapa strategi. Ini termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini bertujuan menyediakan guru yang berilmu dan berkualiti untuk melaksanakan kurikulum yang sudah digubal. Saya tertarik dengan masalah yang melanda di mana-mana sekolah di daerah saya, yang mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Persoalannya, adakah guru-guru itu mampu menyampaikan ilmu terbabit dengan berkesan? Mereka yang...

Baca Lagi »

386 Perintis Program Asas Vokasional

15 sekolah menengah terpilih mula sistem pembelajaran beri kemahiran pada usia muda PUTRAJAYA: Seramai 386 pelajar Tingkatan Satu menjadi perintis Program Asas Vokasional (PAV) membabitkan 15 sekolah menengah terpilih di seluruh negara selepas memulakan pembelajaran mereka sebaik sesi persekolahan baru dibuka dua minggu lalu.  Melalui program itu, pelajar didedahkan bidang kemahiran yang juga asas vokasional pada usia lebih muda, seterusnya melayakkan mereka memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua sebaik menamatkan Tingkatan Tiga kelak. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata sekolah perintis itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trolak Selatan di Perak yang...

Baca Lagi »

Penangguhan SBPA: Kronologi Ringkas

Artikel ini dipetik daripada blog Kempen guru Tertindas SBPA Ditangguhkan Secara Rasmi!!! Disahkan Oleh Cuepacs Atas Keputusan Kabinet Malaysia!! Harga barang telah pun naik sekarang ini mendahului pelaksanaan SBPA sekarang ini. Walaubagaimanapun sumber-sumber rapat mengatakan Kabinet memutuskan supaya SBPA ditangguhkan. Penangguhan SBPA (sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) adalah di antara alasannya ialah : Ramai kalangan kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan skim SBPA ini Tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) Peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi di mana terdapat dakwaan kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi,...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan