SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sedang mengadakan mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkaitan isu keputusan kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, pihaknya akan membincang isu ini dan akan memberi penjelasan petang nanti.
“Sekarang Presiden Cuepacs (Datuk Omar Osman) tengah mesyuarat dengan KSN, pasal isu ini (SBPA). Telefon balik petang nanti untuk mendapatkan penjelasan,” kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sebelum tengah hari tadi.
Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem SBPA, yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.
Sinar Harian Online difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.
Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.
Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.
Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.
“Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi,” kata sumber.
—–
Sumber: Sinar Harian |12/01/2012|
Sila ke sini (blog Cuepacs) untuk memberi komen tentang penangguhan SBPA.





Hairan gaji jusa boleh melambung kenaikan yg terlalu tinggi. Gaji kakitangan rendah pula beberapa sen ja yg naik? Kenaikan harus adil tidak kira tinggi atau rendah taraf pendidikan dia. Melampau betullah jpa ni..entah2 orang yg disuruh mengira tu gagal matematik. Yg lebih pelik, kekananan tidak lagi bererti dalam sbpa. Contohnya, pensyarah ds52 t3 dapat skala gaji sama byk dengan t1 yg baru. Adakah kerja lebih setahun dua dari pensyarah baru tiada nilai kekanan langsung. Beza pun ialah bulan naik gaji? Jpa tau kira atau tidak? Selain tu banyak berlaku d ipta, yg bekerja keras naikkan rating u tu ialah ds52 ke bawah…yg dah naik jadi pm atau prof pula, ramai (bukan semua) yg sudah berada d zon selesa tak nak dah berusaha utk menerbit, cari geran etc., makin naik pula gaji dia dgn skim ni…
Like or Dislike:
0
0
Sbpa mngkayakan golongan yg atas gaji org bwh naik chonet jer org atas naik melampau hamper 100% byangkan dr rm6 ribu sbln naik ke rm11 ribu blm campur lain2 Elaun …… Brapa kerat yg guna Wang keraian utk tujuan keraian alih2 guna pruntukan jg byk g kalu nak cerita ………
Like or Dislike:
0
0
MEMANG PATUT DITANGGUHKAN, CUBA LIHAT GOLONGAN YANG TERLIBAT SEPERTI DIBAWAH, BEZA CUMA 0.61 SEN AJE.
SBPA – MENAMBAHKAN SAKIT HATI DAN JIWA, MOTIVASI BERTAMBAH MERUDUM, DAH LAH DINAFIKAN PEMANGKUAN DG48 FASA 3, DARI SSM KE SPBA HANYA NAIK 61 SEN SAHAJA.
CUBA TUAN-TUAN LIHAT NI, SSM T5(3584.11) KE T6(3734.39), BEZANYA 150.28, BILA KE SPBA AKU SAIN ARI TU MACAM NI= T5(3584.11) KE T4(3735), BEZANYA 150.89, JADI KALAU DILIHAT PERBEZAANNYA (150.89 DITOLAK 150.28=0.61 SEN AJE) CUMA 61 SEN AJE. SUNGGUH MENYAKITKAN HATI. MACAM MANA LAH CARANYA PIHAK JPA BUAT PENGGIRAAN MATEMATIKNYA. NAK CARI KERJA LAIN DAH TUA, NAK TUNGGU SAMPAI 60 (BERTONGKAT LAH NAMPAK GAYANYA). SEMOGA DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK MENERUSKAN KERJAYA INI SELAGI ADA NYAWA. AMIN.
Like or Dislike:
2
0
just info..
T4 RM3735 YG TU BRU PINDAH SSM KE SBPA..KENAIKAN TAHUNAN 2012 NAIK 1 TANGGA PLK KE T5RM3885 (LBH KRG)..KLU NAIK JANUARI GAJI TRUS MSUK YG T5 KLU NAIK APRIL GAJI T5 MSUK APRIL LA..N STRUSNYA..CUMA YG KURGNYA KENAIKAN NGN KWN2 YG JUNIOR XSMA..JUNIOR NAIK LG BNK..SBPA BEZAKAN SENIOR NGN JUNIOR NGN PERUBAHAN BULAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN JER..CM SYA JUNIOR SYA YG SMA TANGGA GAJI NGN SYA NAIK JULAI, SYA NAIK APRIL N SENIOR SYA NAIK JANUARI..(TANGGA GAJI KAMI SMA)..SENIORITI DLM TANGGA GAJI XNMPK CUMA NMPK DR TARIKH KENAIKAN GAJI JER..
Like or Dislike:
0
0
memanglahh mcm tuh cg maria..tp sebub RM1 tuh, kami rugi satu tangga gaji..org laen naek smpai 5++ tp kami naek berapa sgt ???
Like or Dislike:
0
0
kita senasib cikguu..ngajar dah berpuluh tahun..DG48 dah bbrpa kali isi (tp x dapat)..gaji sama mcm cikgu..bila pilih SBPA, gaji naek x smpai RM1 !
elok sgt lah ditangguhkan..
Like or Dislike:
0
0
SAYA SOKONG TANGGUH DAN KAJI SEMULA SUNGGUH TAK PATUT 61 SEN SAJA BEZANYA,SEOLAH-OLAH KITA KAKITANGAN BAWAHAN NI SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG…PANDAI SUNGGUH PTD2 DI JPA BUAT SKILL GAJI BARU UTK KITA…APA NAK BUAT SAYA YG MENURUT PERINTAH
Like or Dislike:
0
0