Archive for February, 2012

NUTP Syor Guru Bersara Ganti ETA

Dialek bahasa Inggeris AS sukar difahami KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tindakan menempatkan Peace Corps atau Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fullbright (ETA) selama beberapa bulan tidak banyak membantu meningkatkan penguasaan pelajar.  Presidennya, Hashim Adnan, berkata maklum balas daripada guru di Terengganu yang mempunyai ETA menunjukkan pelajar terpinga-pinga mendengar dialek bahasa Inggeris Amerika Syarikat (AS) kerana sebutannya sukar difahami. Beliau berkata, ETA juga mungkin bukan guru BI atau jika mereka guru terlatih sekalipun, kaedah yang berjaya di AS tidak semestinya berkesan jika diterapkan di negara ini kerana tahap penguasaan pelajar berbeza. Di AS katanya, bahasa Inggeris ialah bahasa ibunda...

Baca Lagi »

Cuepacs: Formula Gaji SBPA Keliru

SIBU – Cuepacs akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu, yang rata-rata mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam. Timbalan Presiden 1 Cuepacs, Aziz Muda berkata, perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan agar ia diterima baik oleh semua penjawat awam. “Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di sini malam tadi. Dipetik Bernama, beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia...

Baca Lagi »

CUEPACS akan Kemuka Formula Perpindahan Gaji daripada SSM kepada SBPA

SIBU: Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu. Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda, berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan supaya ia diterima baik oleh semua penjawat awam. “Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di sini malam tadi. – BERNAMA —- >>Berita Harian |4/2/2012|

Baca Lagi »

14 Sekolah lagi Dapat Taraf SBT

Perisytiharan angkat mutu pendidikan, beri autonomi laksana inovasi pengurusan PUTRAJAYA: Sebanyak 14 sekolah lagi, iaitu 10 sekolah rendah dan empat sekolah menengah, diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan SBT sehingga ini ialah 66.  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pencapaian itu meletakkan Malaysia di landasan yang sepatutnya supaya negara setanding dengan pendidikan di negara maju, selaras wawasan kerajaan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Beliau, yang juga Menteri Pelajaran, menjangkakan selepas fasa penilaian semula dan hala tuju sistem pendidikan negara dimuktamadkan, tanggungjawab kecemerlangan yang dipikul warga SBT akan lebih mencabar....

Baca Lagi »

Banyak Kerenah di IPG?

AGI Sarawak  SAYA ingin mendedahkan beberapa masalah pensyarah dan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) berkenaan kerenah birokrasi. Teguran ini terpaksa dibuat secara terbuka kerana teguran dalaman tidak berkesan. Saya salah seorang pensyarah IPG yang telah 15 tahun berkhidmat. Saya dapati terlalu banyak kerenah diamalkan. Amalan kerja tidak berperancangan, tidak mengikut prosedur atau peraturan, tergesa-gesa, dan sebagainya yang diamalkan semasa IPG di bawah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) masih menjadi amalan oleh pegawai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK). Walaupun IPGK dinaikkan ke taraf universiti, amalan mementingkan populariti, urusan remeh-temeh, kerenah birokrasi terus menjadi tonggak pentadbiran....

Baca Lagi »

SBPA: Cuepacs Ancam Buat Sendiri

Cuepacs ancam buat sendiri KUALA LUMPUR: CUEPACS yang mengancam menarik diri daripada pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) jika tiga lagi wakilnya tidak dilantik, menubuhkan Jawatankuasa Bertindaknya sendiri bagi menyediakan kertas kerja komprehensif berhubung penambahbaikan skim berkenaan. Jawatankuasa yang diketuai Timbalan Presiden CUEPACS I, Azih Muda itu diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja berkenaan dalam tempoh tiga minggu sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penubuhan jawatankuasa itu mendapat sokongan penuh kepimpinan tertinggi kesatuan berkenaan pada bengkel khas SBPA anjuran CUEPACS yang diadakan semalam. “Kertas kerja itu amat...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan