Lagi masalah sebenar isu DG2941
Sumber: Blog NUTP |Wed Jul 01, 06:26:00 PM 2009|
crkb said…
Salam bahagia semua.
Dah lama saya tidak menulis, cuma jadi pemerhati sahaja.
Hari ini saya terpanggil untuk mencatat sedikit untuk di”code”kan…itu pun kalau-kalau catatan saya ni “laku”.
Balik dari sekolah, saya “dikejutkan” oleh isteri saya dengan slip gaji yg tersalah buka…slip gaji guru yg sebaya dengan saya iaitu lantikan 1987, telahpun merasa DG32, merasa juga naik gaji 25% dlm DG32, tahun 2008 dilantik ke DG41 (PJJ- OUM). Gaji pokok beliau : RM4044.73. Setelah dicampur dengan elaun2 maka jumlahnya: RM$4,996.97. ..fuyooo…hampir lima ribu!Mengajar di sekolah rendah!
Cuba tuan2 bandingkan dengan gaji saya:Lantikan 1987 juga, bezanya saya dilantik ke DG41 pd 2004 dan belajar sepenuh masa di Universiti..gaji pokok saya RM2419.45.Kalau saya dilantik ke DG44 tahun ini atau tahun 2010 pun sah-sah tak dapat menandingi gaji beliau kerana pada tahap tersebut kenaikan tahunan pun dah 150.++; sama dengan DG44.Sampai pencen pun tentu masih tak dapat…
Saya percaya pihak NUTP tentu faham kenapa boleh jadi banyak tu perbezaan gaji antara saya dengan cikgu sekolah rendah tersebut…Harap NUTP dapat buat study case dan panjangkan kepada pihak kementerian supaya mereka sedar keadaan ini dan harap diharap dapat berbuat sesuatu agar perkara ini tidak menjadi barah dalam perkhidmatan perguruan..







Sebelum dilantik ke DG 41, ada di kalangan guru guru tersebut juga terima tunggakan gaji yang amat lumayan ketika penyelarasan gaji DG32 dan DGA32 ditambah lagi, jika mengajar mata pelajaran PPSMI dapat juga 10% daripada gaji pokok. Selain daripada itu, mereka juga di beri peluang naik pangkat untuk menjadi GPK dan pentakbir sekolah kerana ketika itu mereka DGA32.Bertambahlah kaya jika lulus PTK (IV, IV) gaji pokok bertambah lagi RM 210.24 (minima) untuk T1P2 tetapi pada hakikatnya ada dikalangan mereka tersebut ada yang berada di tangga lebih daripada T1 selepas penyelarasan gaji 25%. sila rujuk Gred Gaji SSM: DGA32. Sila buat perbandingan dengan jika Guru DG2941 lulus PTK(IV, IV) untuk ke P2 dan P3, 2 sekali pun masih di belakang mereka buat selama-lamanya jurang perbezaan gaji semakin besar. Sila sekali lagi buat kajian berapa guru DG 2941 yang dapat lulus PTK P1 (IV,IV) dan seterusnya P2 (IV, IV) Pada hakikatnya sekali lagi ramai di kalangan guru-guru tua dan senior ini belum lagi sampai ke P2 , bukan guru-guru malas bekerja atau tidak belajar tetapi tidak ada peluang. Mereka yang lulus PTK 41 P1(IV, IV) masih belum lagi terima surat anjakan gaji walaupun sudah bertahun-tahun lulus jadi sebelum anjakan gaji maka tidak boleh menduduki PTK.
Tahun ni dah 14 tahun mengajar… gaji baru RM2500.. kawan-kawan seangkatan yang x sambung belajar, dah dapat DG32, gaji pun dah mencecah rm3000 dan dah kaya-raya menikmati tunggakan berbelas ribu ringgit.. tinggallah aku dengan dg41 yang dibanggakan..hmm…rasa nak menangis pun ada!!! Jadi sapa-sapa yang nak jadi cikgu x payahlah susah2 ambik ijazah… buang duit, berhutang sana-sini nak bayar yuran pengajian… akhirnya sil uncai terjun dengan labunya….ha!ha!ha!
Saya juga DG29/41. Lantikah 4.2.04 lepasan PJJ usm 2003.
Lantikah DG6 4.12.89. Gaji terkini RM2690.30. Gaji ini amat jauh dari rakan yang tak sambung belajar yang berada di DG32.
Tolong Selesaikan masalah kami DG2841. Tak tahu dan merungut kat mana lagi.
Surat dari Laman web Nutp tentang riaksi KPM tentang layanan secara individu untuk guru DG29/41 adakah untuk guru yang jadi ahli NUTP sahaja?. Guru yang tak jadi ahli bagaimana?
Salam bahagia semua rakan guru dg2941,
Mendidik anak murid sdah menjadi sebati dengan jiwa saya. Walau mcmmana pun ketika kawan saya menerima dg32 dan sya dgn gelar dg41, gaji kawan lebih tinggi-kami sama2 dilantik ke dg29 pada tahun 1981 tapi kawan ini tidak pegi sambung belajar, dapat bisp 10% dan kenaikan 25%. saya telah membuang masa dan tenaga, wang dan ringgit, tinggalkan anak2 dan suami di Sabah hanya semata-mata untk dapatkan dg41. Malangnya inilah apa yang kita dapat kini. llantikan dg44 mei 2008, tapi 3 tahun=1 tahun itu hanya manis mulut di bibir, pada hakikatnya pelaksanaan ini menuntut berbagai syarat, konon2 tidak ada lantikan yang lebih awal dari mei 2008 untuk kes guru2 dg2941. Rasa terpinggir, rasa kecewa, tidak puas hati dgn kementerian dn nutp, rasa menyesal buang duit sambung belajar semua ada. Kita smua brharap kepincangan dalam tangga gaji ini akan disemak semula. Kita berhak menuntut keadilan….supaya mereka2 dg2932 tidak memandang rendah rakan sejawat dg2941 yang konon dg41 tapi gaji lebih rendah…
ssssssssssssssssssssszzzzzzzzzzzzz!
Sudah banyak luahan rakan2 yang saya baca, ada yang sedih, lucu, nakal, kecewa, marah dsb. Tapi yang menghairankan saya kenapa PM /MP @ KPM senyap tak berkata apa2 seolah2 tidak ada isu yang patut diberi perhatian terhadap golongan guru DG2941.
Apakah kepimpinan hari ini lupa bahawa golongan ini juga ada saham dalam menentukan kedudukan mereka nanti.
Oleh itu kepada Kepimpinan hari ini cuba jenguk2 dan rasai apa yang kami rasa, jangan tunggu nak lemas baru teringatkan kami.
Pada NUTP pulak cuba nyatakan seikhlas hati, apakah pemasaalah DG2941 ini sudah dimaklumkan kepada PM/MP/KPM atau masih dalam simpanan NUTP?
Jangan lupa peringatan orang tua2…kucing walaupun lari ketakutan bila dikejar anjing, tapi bila dah tersempit dia akan melawan balik!
Tiada sesuatu yang merangsang bekas DG29/41 di sekolah rendah untuk bekerja kuat:
1. Tak layak mohon jawatan pentadbiran GPK/GB
2. Gaji rendah dari DG32 yang lebih Junior
3. Tidak boleh menunjukkan kewibawaan kerana dipandang sepi.
4. insentif 3:1 maksimum 3 sedangkan servis dah lebih 15 tahun dalam PPPBS.
Kasihan kami yang dah melepasi umur 45 tahun keatas?
Wahai MP dan JPA tolong prihatin sedikit kepada kami.
Tu le Mat kau silap! Kenapa kau ikut saranan MP pada masa tu supaya sambung belajar? kononnya nak membentuk Pendidikan Betaraf Dunia! Sekarang apadah jadi, engkau gaji kecil tapi yang menyarankan PJJ senang lenang. lain kali berhati-hati membuat pilihan, jangan salahkan ibu mengandung tapi salahkan diri sendiri dalam membuat pilihan.Hehehe
Saya pun mangsa kerajaan jugak, sabarlah! ada masa kita diperlukan, masa tu jual mahal lah! jangan dok ikut telunjuk sangat. Byeeeeeeeeee2941
Hello……nak tanya skit
Saya telah lulus PTK TK1 baru baru ni . tapi saya confuse skit lah pasal anjakan gaji saya nanti.adakah saya akan gunakan P2T4 seperti yang dalam jadual gaji kita atau pun yang lain .Sekarang ni saya pakai P1T1.Ada sapa sapa boleh tolong. Thank you.
Respons dari tulisan Mat pd
15 July, 2009 at 8:50 am,
Saya juga DG29/41. Lantikan 01.09.04 lepasan U sepenuh masa 2004.
Lantikah DG6 04.01.1987. Gaji terkini (Sept 2009)RM2509.90.Lebih rendah dari anda… dan terlalu amat jauh dari rakan yang tak sambung belajar yang berada di DG32.Tengok je contoh yg saya papar dlm blog NUTP atau kat atas tu…
Sudah nyata dan jelas atau Sudah terang lagi bersuluh, mengenai nasib malang guru 2941. NUTP bertanggungjawab membawa isu ini sehingga selesai kepada Perdana Menteri atau Timb Perdana Menteri (Menteri Pelaran).
Sudah nyata dan jelas atau Sudah terang lagi bersuluh, mengenai nasib malang guru 2941. NUTP bertanggungjawab membawa isu ini sehingga selesai kepada Perdana Menteri atau Timb Perdana Menteri (Menteri Pelajaran).
Sudah nyata dan jelas atau sudah terang lagi bersuluh, mengenai isu nasib malang guru 2941. NUTP seharus bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh membawa isu ini sehingga selesai kepada Perdana Menteri atau Timb Perdana Menteri (Menteri Pelajaran). NUTP kena buat kenyataan media dan akbar, jasa NUTP akan disanjung nanti atau jika tidak mengusahakan hingga berjaya akan menjadi sejarah hitam nasib guru 2941 tidak terbela oleh kesatuan guru. Betul NUTP tidak ada kuasa tetapi tanggungjawab yang diamanahkan membela nasib guru mesti diusahakan sehingga berjaya.
marilah kita beramai-ramai menulis blog kpd PM kita untuk beritahu masalah guru dg2941.
najib@1malaysia.com
s.kanan, kulim
saya juga guru 2941 lantikan 1980(dg6), 1991 (dg3 dan tukar name dg41) dan dg 44 (2005).betul kata engkau orang semua kita yang seangkatan sekapal nak pensen tak lama lagiii, umur telah mencecah 50 tun telah mengajar lebih 30 tun termakan janji KPM dan rang-rang yang lain mahu memartabatkan profesen guru SAMBUNG BELAJAR DENGAN DUIT SENDIRI TINGGALKAN BINI MUDA DAN ANAK-ANAK YANG MASIH KICIK-KICIK LAGI, konon nak tingkatkan standad kita sebagai guru siswa. Eh tak mahu cakap manyaklah sebab gue tak layak DIPERTMBANGKAN UNTUK DG 48 kerana kata mike dari JPN dan Kementerian walaupun setelah dicampur 3 tun jadi 1 tanggagaji pada 2002 tidak nampak anda layak.
betoi engkau oranq kita ini diperbodohkan,minta maap pada oranq yang terkena, cume nak perjuagkan hak kami yang kecewa dan rasa teraniyai.
saya yg kecewa, sila komen.
kanankulim
Cerita den pun samo. Sambong belajor tapi gaji jauh ketinggalan drp yg tak sambung belajar. Hati berkecai tgk perbandingan gaji yang jauh berbeza. Harap Kementerian Pendidikan dan JPA dpt meneliti dan mengambil tindakan bagi menyelesaikan hal ini dgn secepat mungkin.
Kami suami isteri rasa seperti teraniaya,kami sama2 belajar sepenuh masa di IPT bawah tajaan KPM iaitu PKPG (DG2941)yang ketika itu bergaji separuh.setelah tamat belajar baru-baru ini, suami saya telah posting awal di sek men pada 18 Mei 2009 dan saya telah posting semula juga pada 1 Julai 2009,kami menerima kejutan bahawa gaji suami saya tidak dikira penuh (mengikut gaji lama)bermula kami berkhidmat semula selama 3 bulan setengah (Bulan Mei hingga Ogos) dan hanya dikira gaji penuh bermula bulan September,kemudian mangsa kedua pula adalah saya iaitu saya masih menerima gaji separuh pada bulan Julai hingga Ogos dan bergaji penuh mulai bulan September.Sedangkan pada bulan2 yang dinyatakan tadi kami telah berkhidmat bukan belajar lagi dan telah mendapat surat penempatan yang memberitahu gaji kami akan dikira semula mengikut gaji lama (DGA29).Minta pandangan, adakah perkara ini benar,sekiranya telah habis belajar dan dipostingkan semula ke sek men,2 atau 3 bulan selepas dipostingkan masih bergaji separuh?
DI MANA PERLU KAMI RUJUK MENGENAI MASALAH INI?
Aku pun heran dgn sistem pendidikan kat malaysia ni……Orang besar2 kata suruh cikgu memertabatkan profession perguruan. Disuruhnya belajar kononnya nak jadikan guru sek. men. 100% siswazah.Kita dah biasa ngajar sek. men. takutlah juga kena turun ngajar sek. rendah. pun pergilah belajo dgn harapan grad nanti akan tetap ngajo disek. men.Dalam masa yang sama berkorbanlah segala2nya dari fizikal dan mental.Tinggal anak bini, dulu pakai keta beso tp. dah masuk U terpaksa pakai keta kecik takut lari bajet…sengsaranya tuhanlah tahu.Kena buat keja part time lagi…..PAK GUARD.habis sape nak tanggung makan minum kat U. Dgn harapan tinggi berjayalah juga dapat ijazah walaupun umur dah dekat senja. Harapan dgn adanya ijazah dapatlah gred Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah DG 41 bolehlah mengubah nasib diri dan keluarga…..macam gempabumi rasanya bila member2 yg. tak sambung belajar dapat dg32 gaji jauh lebih tinggi daripada kita.Nak tau apa member tu kata…” Apa nak susah2…dulu sijil maktab kerajaan ubah jadi diploma(Tak payah susah2 diberi poercuma). Tak lama lagi sebab nakkan semua cikgu siswazah ngajar di sek men dan rendah kelulusan diploma ni akan ditukarkan jadi ijazah. Terbukti cakap kawan aku tu ada kebenarannya. Tengoklah pensiswazahan guru besar belajar percuma je.. kita belajar 4 tahun nak dapatkan ijazah.Yang geramnya anak emas ni tunggu 3 tahun je terus dapat dg44. Habis kita ni jadi apa… habuk pun tak de.Hutang keliling pinggang.. nak dapat DG44 ramailah dg41 tua ni mati dulu.Siapa peduli??????? KPM..JPA…Pak Menteri…mana faham sebab tak kena batang hidung sendiri.KPPK lagilah hampeh.
Dengan laluan STPM aku dilantik ke B10 tahun 1990 sebagai C1.
Lepas tu aku ke DG6 melalui SSB gaji aku masih ok dengan taraf hidup waktu tu sebagai orang bujang.
Bila dah kahwin 1993 dan dapat anak 1995 terus berderet hingga 7 orang (2009)
Aku berijazah 2003, DG41 2004 gaji baru RM2690.000.
Cikgu tempat aku 5 tahun lebih JUnior (1995) dah DG 32 (2005) sekarang RM2800++. dah mohon DG41 mungkin 2010 dia ke situ gajinya pasti RM3200+++ P1 T16.
(sambung)
Hidup aku amat tertekan kini, duit tak cukup hendah menyara hidup. Setiap hutan difisit RM300.00++. simpanan tiada kwsp dah habis.
Belanja sentiasa berjimat. tak boros langsung. itulah nasib ku guru DG2941 lagi 12 tahun nak pencen.
DG2941 akan terus teraniaya, kwn saya dapat dg32, pas tu baru mohon dg41 dgn tawaran gajinya pada p1t16 skrg, gajinya ha,pir sama dgn gaji saya yg baru ditawar dg44. itulah nasib 2941. kerja lama gaji siket dari mereka yg baru. malaysia ni semuanya sistem tunggang langgang
Aku pun guru Otai yang teraniaya dengan saranan kerajaan menyuruh aku sambung belajar. Kesal dan menyesal satu hal tetapi apa yang amat-amat mengecewakan ialah hari ini terpaksan membayar balik PTPTN sebab dulu gaji pun separuh (bukan PJJ tapi Full time), bagi geng yang buat program pensiswazahan untung sikit sebab yuran pengajian dapat balik masa tu (merujuk kepada ambilan 1999 – 2002 la.)Bagi yang full time macam aku dan rakan-rakan telan air liur, PTPTN kena bayar balik,senioriti hilang, gaji jauh lebih rendah berbanding kawan-kawan yang tidak pernah untuk sambung belajar. Aku memang terima takdir Allah… tetapi saranan kerajaan tidak henti-henti menyuruh guru-guru sambung belajar untuk tambah ilmu. tapi yang sambung ilmu dapat rugi, yang tak buat apa-apa goyang kaki hari ini. Memang betul kata kawan-kawan yang senasib hutang keliling pinggang, pencen dah melambai-lambai tuntutan kerja tidak pernah reda. Inilah balasan menjadi guru yang sangat taat kepada professionnya. MEMANG TAK TAHU DI MANA NAK MENGADU. MENYESAL YANG TIDAK TERHINGGA.
Blog NUTP sudah boleh diakses. Walau bagaimanapun blog tersebut kelihatan ANEH kerana:
1. Tiada ruang komen untuk dibaca pada bulan-bulan yang lepas.
2. Selepas 3 hari boleh diakses, hanya ada 1 komen sahaja?
Nampaknya NUTP menyekat ahli-ahlinya membaca komen-komen yang disampaikan oleh rakan yang lain.
Selain itu, NUTP juga tidak akan memaparkan komen atau pandangan ahli yang menegur atau menghentam mereka.
Macam mana tu…
kpd crkb…apa salahnya…daa mungkin dya dpt 4,4 selalu dlm PTK…??
Perkhidmatan Pelajaran”Ramai guru tidak faham dasar”
Ketidakpuasan guru Gred DG 41 mengenai gaji guru Gred 32 telah berlarutan bertahun-tahun di akhbar, termasuk akhbar Utusan Malaysia. Kebanyakan para guru Gred DG 41 sebenarnya tidak tahu mengenai dasar kenaikan pangkat dan juga skim kenaikan pangkat anggota perkhidmatan awam Malaysia. Untuk makluman guru Gred 41, semua skim kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah sama, tidak kira di jabatan mana berkhidmat. Cuma kelebihan diberikan kepada guru untuk dinaikkan pangkat selepas 10 tahun berkhidmat selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan dalam gred yang sama, berbanding kakitangan perkhidmatan awam yang lain 15 tahun. Untuk makluman, Gred 32 dan Gred 38 adalah gred kenaikan pangkat bagi Gred 29 (berkelulusan diploma) sementara gred kenaikan pangkat bagi Gred 41 (berkelulusan ijazah) adalah Gred 44,48,52,54 dan seterusnya JUSA. Para guru Gred 41, apabila tiba masanya 10 tahun berkhidmat dalam gred yang sama, akan juga dinaikkan pangkat ke Gred 44 selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Sudah semestinya gaji permulaan Gred 44 lebih tinggi daripada gaji permulaan Gred 32. Jangan bandingkan gred kenaikan pangkat iaitu Gred 32 dengan guru yang baru masuk kerja di Gred 41 atau guru Gred 41 yang belum dinaikkan pangkat atau tidak cukup servis dalam gred yang sama, sungguh pun guru baru itu bergred lebih tinggi. Semua pegawai di jabatan lain faham mengenai dasar tersebut kecuali kebanyakan para guru tidak faham. Sepatutnya sebagai kakitangan awam, para guru wajib tahu tentang skim perkhidmatan awam dan begitu juga skim perkhidmatan mereka. Sudah semestinya gred lebih tinggi akan mendapat gaji lebih tinggi daripada gred bawahannya. Mana mungkin gred lebih tinggi itu mendapat gaji lebih rendah daripada pegawai gred lebih rendah. Isu yang timbul sebenarnya guru gred lebih rendah telah dinaikkan pangkat. Sudah semestinya guru gred lebih rendah yang telah dinaikkan pangkat, lebih tinggi gajinya daripada guru gred lebih tinggi yang baru berkhidmat. Perlu diingat gaji maksimum guru Gred 41 yang belum dinaikkan pangkat jauh lebih tinggi daripada gaji maksimum guru Gred 32 atau pun Gred 38. Oleh itu saya mengesyorkan supaya para guru diberi kursus khas atau taklimat khas mengenai skim-skim mereka dan juga skim kenaikan pangkat dan gred-gred dalam perkhidmatan awam sebelum diserapkan menjadi guru. Pada saya sebagai kakitangan awam para guru mesti tahu mengenai skim tersebut dan tidak perlu menghebohkannya di akhbar. Kementerian Pelajaran adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tersebut kepada staf mereka, terutamanya para guru sebelum para guru itu menjadi guru sebenar di sekolah. Saya berasa sangat hairan kerana isu ini sering didedahkan di akhbar sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada tindakan oleh pihak yang berkenaan, terutamanya Kementerian Pelajaran atau pun Institut Perguruan itu sendiri. Cara yang paling baik dan berkesan untuk menerangkan mengenai skim ini kepada para guru adalah para Guru Besar atau Pengetua.
Pegawai Kanan Kerajaan Putrajaya
Utusan Malaysia Online: 9 November 2009
dicatat oleh GURU_CIKGU pada 10:04 oada 2009 Nov 9
guru-guru dg2941, bacalah petikan di atas yg dipaparkan hari ini, memang jelas pegawai tersebut tidak faham masalah yg kita hadapi. mungkin beliau tidak tahu, jadi guru-guru dg2941, marilah beramai-ramai menulis kepada pegawai tersebut untuk memberitahu perkara sebenar yg telah berlaku kepada kita.
kamu bacalah ruangan “PERKHIDMATAN PELAJARAN” dan balaslah komen kita kepada pegawai kanan kerajaan putrajaya itu.
Pegawai kanan kerajaan la ni tak tau apa-apa…depa naik pangkat sebab guna kabel…Kalau macam ni hancur Malaysia.
Inilah pegawai yang tak pernah turun padang…duk perap dalam bilik air-cond…sembang tentang peluangnya utk naik pangkat..HAPRAK
Hi, kawan-kawan isu dg29/41 tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini adalah nak bantu di tengah jalan. Pokoknya penyelarasan tersebut perlu diambil kira sejak kenaikan gaji di buat pada tahin 2007. Kalau kumpulan P&P turut diberi kenaikan 25% dapat menyelesaikan isu ini. Apa pendapat kawan-kawan yang lain.
setuju 100% but yang mampu kita lakukan untuk mengubah nasib kita yang malang ni? nutp pun tak dapat bantu…kerajaan tak kesian kah dengan nasib kita ni?
tahun 2010 genaplah 20 tahun aku mengajar..lantikan 1 jan 1989, sambung belajar sepenuh masa dan dilantik ke dg41 pada tahun 2004….amat malang nasib aku…walaupun dah berpuluh tahun mengajar…tetapi gaji jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan guru yang tidak sambung belajar….perbezaan yang bukan sedikit….amat malang lagi..semasa belajar….dibayar separuh gaji dan lebih dari itu terpaksa membayar ansuran ptptn sampailah ke usia bersara nanti….ini kah yang dikatakan rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan….aku bukan kesan dng wang ringgit yang telah dilaburkan semasa belajar dulu…yang aku kesalkan…tiada pembelaan terhadap golongan seperti aku…malah org yang tidak sambung belajar…terus terusan mendapat keutungan…aku juga bukan cemburu dengan rezekinya yang sentiasa murah…cuma yang aku pertikaikan…di manakah keadilannya…ini kah pembalasan terhadap pengorbanan yang bukan sedikit semasa belajar dulu…berjauhan dari keluarga…dng budget yang sentiasa sahaja ‘lari’…dengan yuran setiap semester…dng duit minyak yang terkorban setiap hujung minggu ku….rupanya ini yang aku dapat….aku tidak kesalkan pada nasib…cuma yang aku kesalkan..pihak yang bertanggung jawab..setiasa sahaja tidak membela nasih aku dan rakan2 ku yang senasib…
selama ini saya hanya mendengar keluhan dari rakan2 mengenai isu gaji guru dg2941,setelah baca halaman ini barulah saya faham perbezaan ketara kita, tak tahu nak kata apa, cuma yang pasti timbul perasaan benci yang teramat sangat pada kerajaan yang selalu menganiaya insan seperti kita, tak suka dengan slogan 1MALAYSIA, hanya orang yang mengalaminya saja yang faham, tapi disudut hati ini mengatakan kita ini adalah orang yang teraniaya, doa orang teraniaya pasti Allah makbulkan, marilah kita berdoa agar orang yang berkenaan dapat berbuat sesuatu untuk kita….
Hishamuddin suruh Tok Guru mengaku salah, kenapa tidak suruh Najib sama ?
Dosa kau kat guru2 masa jadi menteri pelajaran dulu cam ner?
DG2941 terabai sibuk dengan politik jer,apa yang dilakukan pak menteri masa jadi menteri dulu?
Terharu dan sedih kerana kumpulan dg2941 hanya berani berkarya di belakang pentas,mana pemimpin dg2941,PM tak tahu kalau tak buat perhimpunan atau bantahan secara rasmi atau buat memorandum secara rasmi.Pemimpin kita tak faham bahasa melalui perundingan atau rayuan.Perkara ini dah lama disuarakan tetapi pemimpin kita buat tak reti sahaja,sibuk dengan berpolitik.Sehingga bila perkara ini akan berlanjutan.Guru di Malaysia antara pendidik yg memiliki kadar gaji yg terendah dikalangan negara2 yang membangun.Gaji pekerja kilang tambah overtime lebih banyak dari guru2.Guru buat kerja lebih pentadbir kata kena ikhlas walaupun kena hantar pelajar tanpa apa2 bayaran.Kalau arahyan pentadbir dan tiada surat ditambah sekolah tak mahu keluar duit takkan guru nak merenget macam peminta sedekah.
saya juga senasib dengan puluhan ribu guru yang sambung belajar. Ingatnak tingkatkan ilmu dan pendapatan tapi selepas lebih 11 tahun tamat belajar dan berkhidmat sebagai guru siswazah namun amat menyedihkan gaji yang diterima tidak setimpal dengan usaha. Guru tua yang lebih berpengalaman diberi tugas yang berat ,guru muda asyik memberi alasan tiada berpengalaman apabila diberi tugas.Hakikatnya semua orang tau pengalaman amat diperlukan untuk menjadi guru yang baik justeru haruslah dihargai dengan ganjaran supaya tidak mematahkan semangat guru-guru”recon”ini. Wahai PM 1 Malaysia dengarlah rinti.han kami
KPPK tidak dapat membantu,paling bengang zaman Hishamudin jd Menteri Pelajaran.Tak de apa2 yg dia buat.
Doa guru2 teraniaya semoga mereka yg tidak bertanggungjawab menerima pembalasannya kelak,di dunia dan akhirat.
Salam hormat,
Apa yang saya baca banyak sangat rintihan anda….
Siapa yang nak kasihan?
Buang masa je. Terima saja hakikat nak buat macam mana.
Selagi asyik komen dalam blog macam ni selagi tu la masalah ni tak kan selesai.
Guna la pendekatan lain yang boleh membuka mata tapi biarlah berhemah.
Kan bilangannya ramai tapi semuanya tak berani ke depan
Jadi terima saja hakikat dan takdir ini.
Nak harap KPPK? tak perlulah
Banyak kerja dan komitmen lain yang diutamakan.
Selalunya lain diminta lain yang dapat.
Mungkin golongan guru dg2941 ni ramai yang Penakut?
Berani kerana benar ………..
salam semua,
kita dah salah pilih pemimpin kot. apa kata kita ubah pemimpin dlm pru13 nanti, baru mereka sedar kita ni wujud, bukan halimunan. pemimpin yang adil kita sokong yang hanya pentingkan perut boroi dan muka botox isteri mereka kita humban. jgn lah pengecut sngt buat sekali mcm indon ka? baru mereka tau dan sedar diri. Nak ajak muhasabah pun mereka ni rasanya tak munasabah sebab mereka hanya suruh org muhasabah, mereka, bedebah…?
Isu Guru 2941
Zaman dulu ada sahabat nabi yang menjadi khalifah turun padang menyamar menjadi rakyat biasa untuk berlaku adil dan melihat sendiri masalah rakyat dan bukan mendengar bulat-bulat laporan dari pegawai-pegawainya. Wahai pemimpin-pemimpin tertinggi, kalau nak selesaikan masalah, tanyakanlah pada orang yang mengalami masalah tersebut agar jelas duduk perkara.
Diharapkan guru – guru DG2941 janganlah terlalu cemburu kepada guru – guru DGA32 sebab mereka boleh naik sampai P2T11 sahaja . Gaji mati takat tu sahaja . Jumlahnya hanyalah RM 3700.00 .Sedangkan guru – guru DG2941 boleh naik sampai pencen , P27T3 iaitu RM 5226.19
Silap tu emil. Nak smpi RM3700.00 brapa tahun lagi? Kami pun dah pencen. Saya lagi sedih masuk U full time, separuh gaji lsgi. Dpt pulak tahu anak sakit jantung. Cekalkan juga hati. Keluar2 U, gaji lebih rendah. Belanja anak2 belajar meningkat terutama yang sedang belajar d U. Anak2 lain di asrama juga belanja besar. Pakai kereta pn VIVA 850. Yang tak ijazah pn dh pakai VIOS atau TOYOTA MPV. Prestasi temuduga dg41, GB beri 68 je…. mana ada semangat nk klu terus-terusan begini. Last2 balik kg, kurang sikit beban belanja di bandar. Tapi saya masih bersemangat mendidik anak bangsa kita supaya berjaya.
KUALA PILAH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk bersemuka dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bagi menyelesaikan sebarang permasalahan yang berbangkit.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan.
macamana dengan kes dg2941? dari tahun 2007 sampai sekarang kes dg2941 masih tidak dapat diselesaikan??????
Masalah ini sekian lama berlarutan… tp masih belum dapat diselesaikan. Apakah kesatuan guru tidak mampu membela? Hanya mampu melepaskan kata2 diruang ini sahaja? Adakah org kementian baca?
Assalamualaikum…w.b.t Wahai rakan2 ku yg budiman, pendidik yg perkasa berhati waja….sebenarnya dah agak lama aku tidak menyertai kalian semua…bersabarlah dengan dugaan yang menimpa, sesungguhnya ada hikmah d sebaliknya, ada cahaya d seberang sana, inssyaaalah tunggulah sehingga sepurnama lagi 16 mei tarikh keramat perayaan hari guru mugkin ada sesuatu d sana…tunggulah yee…sebenarnya aku juga senasib dengan kalian..tapi di akhir2 ini banyak urusan yg perlu d bereskan…tambahan masalah datang bertimpa2 sehinggakan bagai tersentap nyawa dari badan…berdoalah sesungguhnya allah itu maha pemurah lagi maha penyayang…amin ya robalal amin.
sekian hamba mengundur diri dahulu, sehingga ketemu lagi.
salam semua insan yang malang nasib ku
kita dah salah pilih pak2 menteri ni. apa kata kita bg peluang kat org baru mana tau ada yang terbela oleh mereka nanti, baru mereka sedar kita yg tertindas ada ………, pemimpin yang adil kita sokong yang hanya pentingkan diri sendiri ini kita doa2kan terjatuh baru dia sedar dunia segi empat ke bulat. baru mereka tau dan sedar diri nanti.pi le
Emil tak paham-paham….
jangan rujuk pada gaji mati..sebab guru dg 32 sekarang ni semuanya dah ada degree..jadi gaji permulaan mereka di dg 41 jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan guru dg 2941..ini sudah tentu akan meninggalkan jauh guru dg 2941. beza > RM 400. Diharapkan emil paham…
tolong pikir dengan pandangan jauh….kalau tak paham jangan cuba nak beri penjelasan..nanti orang akan kata kita bengap…maaf
NUTP : belalah nasib kami DG29/41 juga , jangan asyik nak dapatkan keistimewaan Guru Besar dan Pengetua saja. Siapa yang berada di sebalik tabir dan bertungkus- lumus setiap kejayaan Sekolah.
Kementerian Pelajaran : sepatutnya buat perbezaan gaji bagi setiap gred seperti polis atau tentera. barulah nampak sistematik dan profesional. sesiapa yang terus menimba ilmu dan meningkatkan pencapaian diri , letakkan mereka di tempat yang sepatutnya. Pengorbanan masa, tenaga dan wang mereka perlu dihargai demi pendidikan selama-lamanya. Barulah masyarakat akan memandang profesion ini benar-benar profesianal. Bagaimana boleh terjadi, gred rendah tapi gaji tinggi dan gred tinggi bergaji rendah. Jika ini dapat diperbetulkan, barulah tiada lagi rungutan yang tiada kesudahannya. Kembalikan semula ‘senioriti’ yang telah diambil daripada guru DG29 ke DG41. Kami bukan berada di luar kementerian pelajaran. Kami berada di bawah bumbung yang sama dan matlamat yang sama.
Kepada Emil, ni pak cik nak bagi tau Emil tak paham apa dah jadi. Orang DG2941 macam pakcik dah kena tsunami 1 Julai 2007. Pakcik bukan siswazah selama 22 tahun. Kalau umur panjang pencen 58 tahun, servis siswazah adala…13 tahun. Tau dak pakcik punya gaji pokok masa nak pencen…RM3600++…itu saja! Harap-harap Emily paham.
bodoh betul saudara Emil yang berlagak pandai ni.
Apa pulak Emil bengap @ berlagak pandai. Dia bijak aka pandai aka cerdik apa. Sebab tu bila dia bersuara org bengap mcm korang terus melantun tak puas hati. Fikirlah korg kan pekerja, majikan kita siapa? Ade ke pekerja yang nak mengatur / menetapkan gaji. Itu urusan majikanla..kalo x puas ati atau rasa gaji kecik – berenti cari kerja lain. Korg cikgu memang x tahu nak bersyukur n puas hati. Benda yang sama berlaku kat lain Jabatan / Agensi tapi diorg x pun bising mcm korg. Mereka belajar utk tingkatkan ilmu, soal naik pangkat / naik gaji bukan niat utama. Jadi kena betulkan niat korg. Ingat korg tu da naik gaji atau da ada degre ade ke meningkat tahap prestasi kerja korg??? Ada yang masih sibuk dgn MLM, buat tusyen lah..tapi kerja hakiki buat sambil lewa kerja sampingan plak buat sepenuh masa..sampai bila korg nak kejar duit??? Tu sbb cikgu skrg org x hormat langsung..cuba banding cikgu dulu-dulu..sebb apa? Sebab ko sndri x hormat kerjaya korg..pentingkan duit..mata RM!!!
Entah le, smpi bila masalah gaji kita ni nk selesai…. prestasi kerja pn makin menurun. Bila usia meningkat….. otak pn makin tumpul…. tenaga pn tk larat lagi, ada ilmu pn tk leh guna…… dikatakan mencabar boss…. senyap je le…. dak gitu.
jom kt email PM.TPM HARI-HARI..DH TK BOLE HARAP DH KAT SEBARANG KESATUAN GURU.ISU DG29/41/44 YG DH 20 THN KEJA NI KESATUAN MANA PN TK PANDANG.kt minta balik gaji kt yg ketinggalan jauh,kt minta hakk kt jd PK/GB.KT ADA ALASAN KUKUH,KITA DH TERLALU LAMA JG GURU.KT PN MAMPU TADBIR SEKOLAH.KLU PERLU GUNA MEDIA LAIN SAMA.KT PEJUANG HAK KITA.DULU DEPA BUKAN MAIN,MINTA BELAJAQ,ANJAKAN PARADIGMA LA KONON.
jom kt email PM.TPM HARI-HARI..DH TK BOLE HARAP DH KAT SEBARANG KESATUAN GURU.ISU DG29/41/44 YG DH 20 THN KEJA NI KESATUAN MANA PN TK PANDANG.kt minta balik gaji kt yg ketinggalan jauh,kt minta hakk kt jd PK/GB.KT ADA ALASAN KUKUH,KITA DH TERLALU LAMA JD GURU.KT PN MAMPU TADBIR SEKOLAH.KLU PERLU GUNA MEDIA LAIN SAMA.KT PEJUANG HAK KITA.DULU DEPA BUKAN MAIN,MINTA BELAJAQ,ANJAKAN PARADIGMA LA KONON.
ingin berkongsi kekecewaan dlm dilemma guru dg29/32/41..kerja dah x semangat sebab macam manapun baik prestasi dah tak boleh naik jadi gb. Hati pedih melihat rakan-rakan pk dan guru penolong (dg 29/32) yang junior dah jadi guru besar sedangkan kawe hanya menunggu pencen sebagai PK sahaja.Walhal dah jadi PK (hakiki) sejak 1995..(waktu tu dipanggil gred dg5)dah 16 tahun.. dan telah lalui semua jawatan PK sekolah rendah. Nak pencen lagi 9 tahun. Dimana slogan pencapaian diutamakan..realitinya xdak makna..sebaliknya dengan pencapaianlah (dapat ijazah) depa jatuh hukum tersadai macam ni, macam kena tindakan tatatertib sebab sambung belajar. Apa punya dasar..”akai ada ka”.Sepatutnya pengalaman lama dan pencapaian meningkat, adalah kelebihan..tapi lain jadinya. Susah sangatkah nak struktur semula jawatan pentadbiran sekolah rendah. Bagilah sama peluang kat kami PK yang sudah berijazah untuk meneraju sekolah. Bukannya minta lantik secara otomatis, nilai dulu, kalu layak ambik. Ini tidak, terus tutup pintu.”Klause” meneruskan jawatan sedia ada bila dapat dg41 amat merugikan bagi kami golongan PK yang dah senior. Dah la x dapat dah jadi guru besar..formula 3 thn dapat dg44 pun x bagi juga. Yang paling untung geng GB..mengaji ijazah 2 tahun..3 thn dpt 44.Apa punya double standard. Yang pasti semangat makin hari makin layu dan lesu. “Dunia makin maju, kira bicara macam zaman batu”
kita sudah lama tertipu dengan orang-orang politik. Sekarang ini ikut sukalah nak pangkah sapa pun.
Salam…saya ita dari pahang ingin mengetahui sekiranya guru yang berpangkat DGA29 ingin menyambung pelajaran, peringkat yang manakah yang lebih baik untuk menyambung pelajaran?