Adakah Guru Biasa Selamat ?

27 July 2009

Sumber: Blog Cina Islam|26 Julai 2009|

Email Oleh : Naninu Sakun

Adakah guru yang tiada berjawatan ataupun senang dipanggil guru biasa akan selamat ketika menjalankan tugas? Fenomena inilah yang selalu bermain di jiwa seorang guru. Rutin guru yang sudah berkeluarga, pagi bangun seawal jam 5 pagi menguruskan diri dan keluarga serta tanggungjawab sebagai seorang Islam melakukan solat subuh. Sesudah itu bersiap menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke sekolah untuk bertugas.Di sekolah mulalah sibuk mengajar hingga jam 2 petang termasuk kelas tambahan. Kadang-kadang berlanjutan ke jam 3 petang kerana mesyuarat.
Anak-anak guru di sekolah? Adakah guru biasa selamat? Itu baru sikit pengorbanan seorang guru biasa yang terpaksa berkorban demi untuk mendidik anak-anak Malaysia menjadi orang berguna. Persoalannya jika berlanjutan ke 5 petang kerja di sekolah, anak-anak guru macamana? Rasanya guru terpaksa berkorban walau anak-anak dia belum tentu selamat. Perkara ini bukan jadi omongan kosong tapi saya membawanya untuk kita memikirkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru biasa.

Sekarang hari cuti seperti Sabtu, jiwa seorang guru jadi terganggu. Kenapa? Ladap yang terpaksa di hadapi selama 7 hari. Mungkin yang bukan guru berkata 7 hari dalam setahun bukannya susah, tapi bila tolak campur dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang mula melampau seperti motivasilah, khemah ibadat, rakan muda, program rakan sebaya, rombongan sekolah, hari anugerahlah dan bermacam-macam lagi. Adakah guru biasa selamat? Justeru tidak hairanlah mengikut kajian yang dibuat baru-baru ini banyak guru yang menjadi gila atau mengalami simpton kemurungan. Yang hairannya kerani-kerani sekolah, pembantu tadbir kerja hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad bolehlah dengan keluarga mereka tapi guru? Dahlah bebanan buku stok juga dibebankan kepada guru. Adakah guru biasa selamat?

Ibu Bapa pelajar senantiasa perhati sahaja tindakan guru-guru. Jumpa sahaja kesalahan walaupun sikit melenting hingga ke pejabat pelajaran. Pegawai-pegawai ppd pun turunlah menyiasat dan kadang-kadang menghukum tanpa usul periksa. Pernah 1 kes yang saya jumpa, seorang guru tidak mahu bawa pelajar-pelajar ke majlis sukan sekolah lain kerana ibu bapa pelajar masih tidak beri surat keizinan. Guru Besar melenting sebab guru tersebut engkar. Bila diteliti memang patut guru tersebut tidak berbuat demikian kerana kalau terjadi sesuatu yang buruk, pasti Guru Besar akan lepas tangan punya. PPD apatah lagi.Tahu apa jadi pada guru tersebut? Beliau dipindahkan jauh ke pedalaman atas alasan guru besar kepada ppd bahawa guru tersebut tidak memberi kerjasama dan engkar perintah. Yang PPD pun tak menyiasat terus jalankan hukuman. Adakah guru biasa selamat? Tapi kalau guru besar yang kena tangkap khalwat, apa PPD buat, TUTUP KES……….Bukan cerita tipu 1 Taiping dah tahu……….

Kisah seterusnya berlaku pada isteri saya pula. Cuba 1 Malaysia bayangkan, seorang pengetua buat mesyuarat di bulan puasa bermula jam 2.30 petang habis jam 6 petang. Patutkah perkara ini? Pengetua memanglah ada kuasa, tapi dia tidak sedarkah tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Alasannya keluarga nombor 2. Memanglah boleh dia kata begitu sebab kahwinpun tidak umur dah 50 lebih. Adakah guru biasa selamat? Itu tragedi pertama yang berlaku kepada isteri saya, tragedi yang kedua lagi teruk. Isteri saya sudah banyak kali keguguran. Memang susah untuk lekat sebab menurut doktor rahim kurang kuat. Berusahalah saya dan isteri mendapat rawatan di hospital swasta. Alhamdulillah isteri saya mengandung, dan saya menjaga isteri saya sebaik mungkin takut keguguran lagi dan bila kandungan mencecah 4 bulan ada 1 peristiwa sedih berlaku lagi. Sepatutnya isteri saya mendapat rawatan di hospital kerajaan sebelah petang kerana pagi sekolah, namun pada hari berkenaan ada mesyuarat dibuat oleh pengetua tersebut lagi. Isteri saya telah berjumpa dengan pengetua tersebut memohon keizinan untuk pelepasan. Tahu apa pengetua tersebut kata, cikgu wajib hadir ke mesyuarat. Takpe nanti saya suruh cikgu lain hantar cikgu ke klinik tersebut mendapat rawatan disebelah pagi dan balik nanti cikgu naiklah bas ataupun teksi. Menangis isteri saya diklinik waktu menghubungi saya bila ditinggalkan di klinik tersebut. Apakah perasaan anda wahai pembaca 1 Malaysia? Adakah guru biasa selamat? …………..Dengarnya pengetua tersebut dah mengajar di daerah Kuala Kangsar pula……… Wahai pembaca, setiap apa yang saya paparkan di atas bukannya hendak menakutkan orang dari menjadi guru. Apa yang saya luahkan ini untuk mengingatkan pentadbir-pentadbir agar lebih berperasaan. Semoga guru biasa tidak terus terkorban……………

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Tags: , , , ,

9 Responses to Adakah Guru Biasa Selamat ?

  1. cikgu zu on 1 August 2009 at 12:58 pm

    Itu lah nasib cikgu..saya sebagi guru pun tertanya2 siapa yang akan membela guru jika terjadi apa-apa sewaktu membawa murid ke mana2..lagi satu yang saya tak puas hati mengapa guru-guru masih dipaksa menghadiri aktiviti sabtu pertama dan ketiga..sedangkan kita juga penjawat awam ..penjawat awam lain sedang bergembira di rumah bersama keluarga kita guru di paksa hadir ke PKG membina bahan bantu mengajar..pelik kan orang atas berpangkat2 ni mmg tak pandang langsung kepayahan orang bawah..bila berjaya mereka mendapat nama kita yang dibawah disuruh cat sekolahlah,melukis dinding sekolahlah macam-macam lagi..bila beban guru nak berkurang..pengetua @gurubesar termasuklah penolong kanan bila mesyuarat nak kan kita memahami tugas mereka tapi guru biasa ni sapa pulak yang nak memahami..sepatutnya adalah tolak ansur.Saya memang tak faham apa yang orang kementerian buat untuk kurangkan beban guru..sudahlah cuti sekolah asyik dipanggil ke sekolah hampir 3/4 cuti abis, semata-mata memenuhi kerja orang berpangkat..memang nasib guru biasa tak selamat. Saya sangat berharap menteri pelajaran kita yang baru fikir-fikirkan tolonglah kurangkan beban kerja guru. Berilah peluang guru berehat pada hari sabtu..dan pengetua@gurubesar tolonglah tengok2 pekeliling sebelum melaksanakan sesuatu program..dan satu lagi kalau nak mesyuarat sebelah petang timbang rasalah sikit kalau ada guru yang terpaksa mendapat rawatan sebelah petang lepaskanlah..anda akan lebih dihormati kalau anda bertolak ansur pada yang hak..

  2. bakal cikgu on 18 October 2009 at 1:00 pm

    ni pandangan saya, guru nama saja di bawah kumpulan pengurusan n profesional.percayalah, sampai bila pon guru tak akan diangkat sebagai profesional. sebab apa?guru adalah kerani,penjaga stor,pengiring pelajar,polis sekolah,atendan makmal,pemeriksa aset sekolah,kuorum PIBG kasi penuh, entah macam2 lagi la. salah sapa? bkn salah cikgu,cikgu dah suarakan lama dah. ni salah org yg paling atas, dok kat atas tak penah rasa kesusahan org bawah.diorg ni yg patutnya buat keje lebih, jangan asyik cari salah cikgu je

  3. insan prihatin on 11 January 2010 at 9:10 pm

    saya sangat2 bersetuju dengan pendapat cikgu zu dan bakal guru..itulah yang dialami oleh guru-guru disemuua peringkat di seluruh malaysia..apabila pelajar-pelajar berjaya, yang mendapat nama adalah sekolah, guru besar dan keluarga pelajar..guru..tidak tersenarai langsung…tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, guru tempat meluahkan ketidakpuasan hati..masih ingat saya satu peristiwa dimana anak hamba Allah ini tidak mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan..guru yang mengajarnya di tengking, dimaki dan dikatakan tidak pandai mengajar..adakah ini juga kesalahan guru..walhal perkara yang sebenarnya tiada siapa yang tahu..itulah nasib insan yang bernama guru..

  4. hafiz on 19 January 2010 at 1:49 pm

    Guru hari ini tidak selamat banyak seginya…dari segi keluarganya ataupun dari segi kehidupan seorang manusia.
    Pada mata pengalaman saya menjadi guru selama 20 tahun dan bertukar kebebrapa sekolah, saya dapati guru tidak selamat jika mendapat pengetua(pentadbir) yang ‘seleranya’ tidak ada org pantau.
    Mengapa saya kata begitu?kita semua tahu pengetua ada autoritinya yang bagai tidak boleh dibangkang oleh sesiapa.
    Bayangkan untk meminta peruntukan panitia membeli buku latihan pelajar, dikhabarkan “tak perlu buat masa ni…kita perlu berjimat” dsbg alasan yg memualkan. Tapi dlm masa yg sama boleh pula sekolah beli sofa baru,tukar pintu bilik pengetua (sbg cth).
    Diperingkat lagi atas pula…
    Baru-baru ini seorang guru dari pedalaman terpaksa membawa isteri ke bandar utk rujukan doktor pakar.Isterinya terpaksa mendpt rawatan segera dibandar.Utk proses itu sehingga selesai, mereka berada dihospital selama 10 hari bekerja.Isteri dapat MC, si suami kena habiskan CRK 7 hari dan cuti separuh gaji 3 hari.balik ke pedalaman semula, suami terpaksa jaga isteri hingga betul2 pulih selama seminggu.
    kesannya…dgn cuti separuh gaji ke,cuti tanpa gaji ke disebabkan malang yang kita tidak minta kpd diri dan keluarga…maka pendapatan kita ‘cedera’.
    Fikirkan rasionalnya yg dikatakan sistem kebajikan sekarang utk guru.

  5. jojo on 9 March 2010 at 3:05 pm

    malas..nak komen…cakap salah…
    tak cakap kita teraniaya

  6. matran on 21 March 2010 at 5:30 am

    semakin kurang kedengaran isu dg3941 adakah kerana dah ramai naik ke time base 44 lantikan 2009.sesungguhnya kami lantikan feb dan januari 2004 ramai masih di dg41 gaji tetap rendah.apakah perjuangan kita dah berakhir atau dah letih!

  7. Guru Asertif on 15 May 2010 at 9:58 am

    Kesian saya membaca luahan hati guru yang terniaya seperti di atas. Sebenarnya saya mungkin bernasib baik kerana tidak mengalami nasib sebegitu.Walau apapun saya kira semua permasalahan yang dialami berpunca dari pengetua yang boleh dikategorikan tidak berhati perut. Jika kita nilai peribadinya, pengetua jenis ini bukannya naik kerana dia bagus tapi kerana kebijaksanaannya memijak kepala orang lain semasa dia menjadi guru. Orang seeperti ini memang gah dimata ppd, jpn dan kementerian, tetapi hakikatnya bila tandatangan nya dah tak laku, orang akan ludah mukanya. Dan bila diberi kuasa, dia rasakan dirinya sebaris dengan kuasa Menteri Pelajaran. Salah kerajaan juga yang memberikan mereka kekebalan begitu tinggi. Ingatlah.. walau apa jawatan mereka, hakikatnya mereka pun makan gaji jugak. So janganlah berlagak, seolah olah gaji guru disekolah mereka yang bayar.

  8. Guru Asertif on 15 May 2010 at 10:06 am

    Kepala pengetua tidak akan jadi terlalu besar jika guru guru bersatu hati dan mempunyai sikap asertif. Dia seorang, kita ramai. Kalau cara baik tak memadai, ada banyak cara untuk kick pengetua dari sekolah tu..

  9. rose on 30 June 2010 at 8:24 am

    Sy teramat fhm tekanan yg dialami oleh semua guru.Sy sendiri keguguran krn hypertention.Bayangkanlah,suami navy di Lumut.Sy di Terengganu.2bulan sekalipun belum tentu dpt jumpa.Pernah sekali sy menunggu saat tibanya utk berjumpa suami time cuti sek setelah 2bulan tdk berjumpa.Tp bila tibaje time cuti suami terpaksa operasi mengejut selama 3bulan di Timo Leste.Sy cam nak giler..Hampir 6bulan tak jumpa suami.Dan ketika itulah sy keguguran.Paling mengecewakan sy rayuan pertukaran mengikut suami diberikan pelbagai alasan.Perluke sy meroyan, jadi gila and mula melakukan tindakan luar kawalan kpd pelajar barulah KPM ambil tindakan??Dah memang terang2 sy keguguran krn hypertention..Harap mana2 Kementerian Negeri tolonglah jgn ambil mudah bila ada guru yg keguguran krn hypertention.Permudahkan urusan guru tersebut dengan dekatkan dia pada suami dan keluarga.Amin..Selamatkanlah guru-guru Malaysia dari terus dianiaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Sembang


ShoutMix chat widget

Pendidikan

Kesatuan