SUARA DG2941

3 December 2009

Kolum ini khusus untuk perbincangan isu DG2941.


HARGAILAH PENGORBANAN DAN KESUNGGUHAN GURU-GURU DG2941 MENINGKATKAN PROFESIONALISME DAN MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

BERILAH KEADILAN UNTUK DG2941

Sila berikan komentar anda.


Petikan dari Blog NUTP
lan lin said…

Seperti yang saya sudah faham selepas PM mengumumkan 6 intensif buat guru, memang tiada kenaikan gaji buat kami guru DGA29/41 tetapi time based sahaja.

Nasib kami DGA29/41 tetap tidak terbela. Gaji pokok kami terus ketinggalan. Tahun 2009, guru DGA32 yang baru berijazah dan sudah ditemuduga untuk mengisi jawatan DG41 akan bergaji RM2809.30 akan dilantik ke DG41 akan mendapat 1 gaji terdekat dalam gaji DG41 iaitu menjadi RM2871.70 dan mendapat 1 HKG menjadi gaji terbaru ialah RM2962.15. Gaji pokok kami DGA29/41 hanya RM2509.90 bagi yang sama tempoh berkhidmat iaitu 15 tahun yang asalnya kami dari DGA29/DG6.

Tahun 2011, baru cukup 10 tahun saya berkhidmat iaitu 7 tahun DG41 sekarang ditambah 3 tahun dulu (9tahun DGA29) baru layak memohon DG44 tapi tiada jaminan untuk saya akan mendapat segera jawatan Gred DG44 sedangkan dan memandangkan masih lagi terdapat berpuluh ibu orang guru DG41 yang sudah cukup dan melebihi tempoh 10 tahun berkhidmat yang sudah lama reput menunggu pun, masih belum mendapat lagi lantikan DG44.

Tahun 2011, gaji pokok saya DGA29/41baru mencecah RM2690.80 tetapi DGA32/41 sudah mencecah RM3143.05. Perbezaannya ialah RM452.25. Tahun berikutnya kadar kenaikan gaji tahunan guru DGA32/41 ialah RM150 sebab sudah melebihi RM3143.05 tetapi saya masih lagi dengan RM90 kerana belum mencapai RM3143.05. Kami memerlukan 5 tahun lagi untuk mencapai RM3143.05. Sedangkan dalam masa 5 tahun itu gaji pokok DG32/41 sudah RM3894.45. Perbezaan di sini pula ialah RM751.40.

Seandainya kami murah rezeki dan mendapat segera jawatan DG44 pada tahun 2012, gaji pokok kami yang baru ialah P1T1/DG44 ialah RM2982.99 tetapi guru DG32/41 sudah RM3293.33. Perbezaannya ialah RM3293.33 – RM2982.99 = RM310.34.

Kesimpulannya sampai mati pun kami tak dapat menyamai malah terus ketinggalan gaji yang ketara di belakang guru DG32/41. Pada hal kami sama-sama posting dan sama lama tempoh berkhidmat.

Untuk makluman tuan, insentif tempoh perkhidmatan DGA29 dulu diambil kira juga untuk time based buat guru DGA32/41 dan bukan untuk kami sahaja. Ini bermaksud tidak ada apa-apa yang istimewa tentang kami DGA29/41walaupun gaji pokok kami ketinggalan di belakang gaji pokok mereka.

Untuk makluman tuan juga, guru DGA32 yang akan dilantik ke DG41sekarang, Guru Cemerlang yang dipendekkan time based dari 7 kepada 5 tahun untuk kenaikan pangkat/gred ke peringkat ke seterusnya dan Guru Besar DG41 di sekolah rendah yang perlu 3 tahun dan bukannya 10 tahun lagi macam kami DGA29/41 untuk bakal mendapat DG44 langsung tidak mempedulikan isu ini tetapi tiba-tiba sahaja mendapat ‘HADIAH’ lagi tapi saya dan guru-guru DGA29/41 yang memerah otak dan berhempas pulas memperjuangkan nasib kami, rupa-rupanya kami hanya dapat penat sahaja malah dapat memberi keuntungan kepada guru lain yang sudah mencurah-curah rezeki.

Jika pihak NUTP ragu atau tidak percaya pada data di atas, kena rajin-rajinkanlah diri menyemak dan mengkaji JADUAL GAJI BARU UNTUK SEMUA GRED GURU yang NUTP bekalkan kepada saya.

Terima kasih.

Fri Oct 02, 11:58:00 AM 2009

Tags: , , , ,

114 Responses to SUARA DG2941

  1. pendidikmy on 12 August 2009 at 6:09 pm

    Insyaallah akan ada yang membaca luahan kita.
    Luahkan saja daripada terbuku dan menyesakkan dada.

    • Azran bin Ibrahim on 25 August 2010 at 6:12 pm

      perlu beri keutamaan hal seperti ini..

  2. manah on 13 August 2009 at 10:55 am

    fikirkan idea atau cadangan yang bagus supaya pihak kerajaan ambil perhatian dan bertindak segera masalah gur 2941

  3. ellen on 13 August 2009 at 3:58 pm

    Masalah dg2941 tak akan selesai selagi pegawai yang tidak berkeupayaan dalam pengiraan sedia ada dan berkhidmat di jabatan tersebut. Mereka memang tidak tahu pengiraan. Lihatlah web jpa, apa yang mereka jawab? jawapan memang tak boleh masuk akal!

  4. mior on 15 August 2009 at 11:39 pm

    amat malang menjadi guru yang kebajikannya tidak dipedulikan guru dg29 hanya mampu menahan hiba didada melihat kepincangan dalam kementerian yang paling kelam kabut dan paling kelakar didunia. Kita disuruh belajar kononnya utk meningkat prestasi kerja dan dikatakan mulai 2010 semua guru yg mengajar disek.men mesti berkelulusan ijazah. Bila segala pengorbanan yg kita lakukan utk dapat segulung ijazah diatas kesengsaraan,pahit maung,dan kehidupan keluarga yg lebih sedikit dari peminta sedekah kebajikan kita diabaikan malahan yg paling best NUTP persatuan gutu terbesar hanya layak menjadi wakil kepada guru DG29 ke DG 32.Tak payah susah2 belajar. Guru SPM bergaji lebih tinggi dari guru siswazah. Kah-kah-kah padan muka aku…………

  5. Mat on 17 August 2009 at 12:44 pm

    Masalah DG2941 hanya akan selesai setelah guru-guru ini mendapat time base pada tahun 2010.2012 dan 2013. Group DG2941 kebanyakannya ialah lantikan 2002 (dah mohon DH44(KUP), lantikan 2003 (tak ramai kerana selekted) 2004 (ramai) 2005 ramai DG32/41
    Walaupun ketika itu gaji kita relatif rendah mudah-mudahan cepat dapat DG48(KUP) tapi yang baki servis tinggal kurang 10 tahun pasti akan terus rugi jika tiada tindakan dari pihak KPM,NUTP dan JPA.

    • Muhamat AR on 2 August 2010 at 9:19 am

      Luah jangan tak luah walaupun melimpah ruah. 15.05.2011 aku pencen. Dia orang peduli apa sebab dia orang pun bermasalah

      • fryda on 4 August 2010 at 3:08 pm

        akula salah seorang mangsa 29-41…hampa tul…

  6. smith on 17 August 2009 at 10:20 pm

    Selaku guru senior DG2941 lantikan 2004,saya merasa diri sendiri amat terhina dan sengsara di sekolah rendah terutama apabila berdepan dengan DGA32 dan bakal DGA3241. Kumpulan kami bagaikan peminta sedekah. Berkali-kali ditipu oleh NUTP…….KPM………..

  7. cikgu kini on 18 August 2009 at 7:37 am

    relaksler cikgu-cikgu … aku pun termasuk dalam golongan ni tapi tak kisah pun … lantikan thn 2000 … wat PKPG lagi … kalau nak kira kerugian mmg la banyak .. hutang pun bertimbun nak sara anank bina masa separuh gaji..

    Tapi dengan rendah diri , aku nyatakan redha jer lah mybe Allah nak bagi yang lebih baik pada kita . Tak terima kat dunia semoga kita terima kat Akhirat esok..

    InsyaAllah…

  8. tan on 19 August 2009 at 12:14 am

    guru-guru dg2941 jgn putus asa ptk buat elok-elok supaya turun ke p3

  9. ustaz2941 on 19 August 2009 at 10:39 am

    Tolong beri jawapan : Kerajaan sememangnya tahu tetapi BELUM ADA PERUNTUKAN KEWANGAN untuk menyelesaikan masalah gaji guru-guru khususnya isu guru 2941. Kalau ada duit nanti semuanya beres. Duit ada tetapi hendak buat perkara yang lain lebih penting. Guru-guru ini biarlah dia merunggut dahulu, guru ini orang baik-baik dia orang tidak melawan dan tidak memberontak.

  10. Guru Tua 3 ( DG2941 ) on 20 August 2009 at 1:32 am

    BUKAN BELUM ADA PERUNTUKAN LE USTAZ, TAPI MEMANG KERAJAAN TAK NAK SELESAIKAN ISU 2941, KERANA: I. KERAJAAN TAK NAK MENGAKU KESILAPAN DIA, 2. DG2941 TAK RAMAI TAK MENGGUGATKAN NEGARA PUN. 3. KERAJAAN KATA GOLONGAN CIKGU ORANG BAIK, TAK BAGI TAK APE. 4. DG2941 TAK BUAT TUNTUTAN MACAM TUNTUTAN PPSMI, ISA, KERAJAAN HARI SUKA SANGAT KALAU DIBUAT SECARA PERHIMPUNAN. 5. DG2941 KEBANYAKKANNYA GURU MELAYU, ORANG MELAYU TAK AOA LAMBAT2 SELESAIPUN, YANG PENTINGNYA BANGSA LAIN.

  11. GPP on 25 August 2009 at 7:07 pm

    Apabila KPM memperkenalkan DGA32 KUP guru-guru yang baru 10 tahun mengajar paling untung dapat kenaikan gaji hingga RM 500. Kemudian KPM perkenalkan pula 7+3 bagi yang sambung belajar, sekali lagi mereka yang baru 10 tahun untung lagi. Saya yang 18 tahun dalam DGA29 sebelum dilantik ke DG41 pada tahun 2006 hanya melopong

  12. tan on 28 August 2009 at 10:26 am

    sesiapa boleh beritahu bolehkah timebase dg41 ke dg44 hanya naik RM6 atau sekurang-kurangnya satu kenaikan dalam dg41 iaitu RM90 lebih?
    thank you

  13. guru kesal DG41 on 28 August 2009 at 6:43 pm

    diminta nutp mengemukakan permohonanan bagi guru DG41 yang mempunyai pengalaman mengajar di PPPLD tidak dihadkan dalam tempoh 9 tahun sahaja iaitu bersamaan dengan 3 tahun sahaja pengalaman mengajar di DG41…contohnya…jika seseorang guru itu sudahpun ada pengalaman mengajar selama 21 tahun, beliau layak mendapat 7 tahun pengalaman mengajar di DG41…harap dipertimbangkan…sekian terima kasih…

  14. Carol on 29 August 2009 at 10:21 am

    Saya juga seorang mangsa DG2941. Tahun 1995 saya dilantik ke DG29. Pada tahun 2005, saya dilantik ke DG41. Selama 4 tahun di DG41, gaji saya baru di P1T9 (RM 2419.45).Tetapi rakan sejawat saya yang lebih senior daripada saya yang tiadak ijazah, dilantik ke DG32 pada tahun 2008. kini gajinya berada di P1T2(RM 2514.37). Lebih tinggi daripada saya. Sampai bilakah nutp dapat menolong kami yang banyak kerugian ini?

  15. Jonis Ghani on 31 August 2009 at 2:52 pm

    Ada sesiap yang tahu bila keputusan kenaikan pangkat Dg29/41 lantikan 1.1.2002 keluar?

  16. Mat on 2 September 2009 at 12:29 pm

    Dalam suasanan pendidikan yang tak menentu kerana MP sekarang ini nampaknya kurang fokus kepada Pendidikan, dia lebih sibuk dengan jawatan TPM dan nak pertahankan BN maka harapan cikgu DG29/41 kian meleset, tambahanpula laporan ekonomi negara untuk suku tahun 2009 menguncup (tiada pertumbuhan langsung)maka harapan tinggal harapan untuk ke DG44 tunggu 2011/2011/2012 cukup tersiksa rasanya…../

  17. mamat on 4 September 2009 at 11:20 am

    Kalau kita nak selesaikan masalah dg 2941 mesti ada campur tangan politik. kalau tak JPA tak pandang pun. Jumpa muhyiddin ke atau najib.. cerita masalah sebenar…saya ingat dia orang pun tahu… Bawak NUTP dan kesatuan guru yang lain jumpa mereka…JPA akan ikut arahan ahli politik…berani lawan…

    Inilah satu-satunya jalan terakhir…

    p/s sapa sapa yang sedara dekat dengan mereka tu…boleh lah main peranan..

    Didoakan semoga berjaya akhirnya…

  18. esah on 5 September 2009 at 1:02 am

    dg29 pada thn 2000 sambung blaja pd thn 2003 hbs 2006. Naik DG41 pada thn 2007. baru2 ni ketua bidang ada kosong so kecoh nak cari ganti, saya bukan gila kuasa tapi kecil hati bila tgk cikgu yg muda dari saya tapi sudah DG41 5 thn layak untuk jadi ketua bidang. Kalau nak bandingkan pengalaman saya dengan dia yg hanya 5thn mengajar memang banyak beza. Timbul rasa tidak puas hati apabila ini berlaku. Ramai guru yg terus menyandang DG41 tidak tahu masalah pelajar di sekolah rendah malah kami yg pernah menyandang DG29 dan kemudian ke DG41 lebih banyak pengalaman dan tahu menangani masalah dngan lebih baik berdasarkan pengalaman yang kami ada.

  19. Mat on 7 September 2009 at 10:13 am

    Cikgu-cikgu DG29/42 NEgeri Johor patut bersuara kerana MenterPelajaran(Pagoh), Timbalan Wee Ka Siong (Keluant) Fuad Jarkasi (Batu Pahat).
    Jelas jika cikgu JOhar guna kuasa undi dengan bertemu dengan MP-Mp mereka ini mungkin ada perubahan.
    Ayoh guru DG29/41 Johor Bertindaklah cepat agar BN sedar.

  20. nana on 8 September 2009 at 4:35 pm

    pada thn 1995 seorang guru(A) dg29 posting di sek rendah X.selepas 3 thn(1998) seorang guru(B) yang lbh berwawasan posting ke sekolah itu.setelah 5 thn ckgu B sambung belajar kerana menyahut seruan kerajaan konon.sedangkan cikgu A lena diulit mimpi.katanya malas nak baca buku dah.sedangkan mereka sebaya.thn 2006 ckgu B posting dengan gred gaji dg41 p1T4 je.thn 2005 baru ckgu A sambung belajar.memang rezeki ckgu A sempat dpt DG32.dan kemuncaknya pada thun 2008 ckgu A posting dengan gaji Dg41 p1T13.masa tu ckgu B baru nak masuk p1T6.beza gaji RM800 lebih.sekian terima kasih.apa pendapat anda?ckgu B sekarang tengah tension sebab org yang kurang wawasan dpt duit lbh.

  21. M.kila on 9 September 2009 at 2:06 pm

    anjakan gaji dg32 tahunan RM98.tapi dg41 cuma RM90.wahai org cerdik pandai tolong la kaji balik.ada yang tak kena dgn sistem gaji negara ni.apasal agongkan sgt org yg ada spm je.

  22. tan on 10 September 2009 at 10:19 pm

    mana keadilan?
    kenapa sagu hati hanya diberi kepada kumpulan sokongan saja?
    kumpulan profesional juga miskin khasnya dg41.
    PM patut menilai melalui gaji, bukannya jenis kumpulan sokongan atau profesional.
    contohnya kakitangan awam yg bergaji rendah dpd 2000, patut diberi sagu hati.
    kenapa kumpulan profesional asyik jadi kambing korban saja, ingat pada tahun 2007, berlakunya ketidakadilan pelarasan kenaikan gaji(PAK LAH), sekarang pemberian sagu hati pula(NAJIB).
    bilakah perkara ketidakadilan dapat diselesaikan lagi?
    Mana prinsip “ONE MALAYSIA”?sedih sekali…………..

  23. Kecewa Beterusan on 11 September 2009 at 10:31 pm

    DG2941 samemangnya guru yang sentiasa kecewan denga perubahan yang dialkukan oleh kepimpinan hari ini. Jadi kepada DG2941 tak payahhlah mengharap apa daripada kerajaan, nutp dah kata setiap kali isu DG2941 disebut kepada JPA, JPA akan menolaknya. Nampaknya kerajaan semakin banyak berhutang dengan DG2941. RM500 sebulan bermula Julai 2007 hingga sekarang, lebih kurang RM15,000! jadi kalau kerajaan tak bayar hutang ini DG2941 kena pakat bayar masa pilihanraya nanti, hahaha

  24. Kecewa Beterusan on 11 September 2009 at 10:39 pm

    Tulis kat sini pun bukannya dia orang ada masa nak baca! Tapi bagus jugak laman ni , sekurang-kurangnya dapat meluahkan rasa kecewa.Cuma kita nak ingatkan kerajaan supaya ambil iktibar daripada pekembangan dalam negara hari ini, apakah kerajaan rasa masih kuat? Kita ni sanggup membakar kelambu andainya hajat tak sampai.sama2lah kita lihat. Takkan kepimpinan tak tau lagi setiap kali pilihanraya kecil UMNO tetap kalah pada hal maklumat sampai kepada setiap orang pemilih tapi masih kalah, kenapa? sepatutnya renong dan fikirlah siapa yang tak sokong kerajaan? orang kampong ke Penjawat awam?. Tepuk dada tanya hati.

  25. Dose on 12 September 2009 at 6:43 pm

    Memang betul dalam banyak hal banyak keputusan kerajaan berkaitan pendidik terutama 2941 amat mengecewakan.Kita pun tidak pasti apakah sebenarnya peranan kesatuan kita.Takkan mereka tidak menyampaikan keluhan dan rasa tidak puas hati golongan ini atau kerajaan sengaja tidak mahu mendengar kerana mungkin berpendapat golongan ini kecil sahaja dan tidak memberi sebarang impak terhadap kekuatan kerajaan.Kalaulah begitu,cubalah kita buktikan dalam piliharaya akan datang.

  26. guru benggang on 15 September 2009 at 9:32 am

    DG2941 polimik sejak 2007..namun kerajaan buat bodoh aje..ye lah tak ada anak, bini mahupun anak buah pak menteri yang terlibat maka kita golongan bawahan ini melalak bukit macam anjing aje..NUTP dan KESATUAN semua diteraju golongan sokongan manale diorang nak bersungguh-sungguh berjuang lagipun diorang dah dapat kenaikan gaji 25 %..Tahniah le..Teman dilantik ke 41 pada 2004 dan nak tunggu ke 44 tahun 2011 baru layak mohon..dikira RM 15000.00 lebih kerugian kalau tidak sambung belajar..apa nak buat tunggu ajelah pilihanraya kot-kot kerajaan baru boleh mendengar rintihan kami sebab menteri pelajaran baru ni pun tak de lara pun nak membela.

  27. Kecewa Beterusan on 16 September 2009 at 2:47 am

    Nampaknya puak2 DG2941 misti betul sepakat dan satu hati untuk kita sama2 merubah keadaan bila pilihanraya nanti! janji tau jangan cakap saja!
    Lagi pun puak kita ni macam dah tak harga dimata puak-puak atasan, tunggu apa lagi kita. Kita dok diam2 tunggu masa digomol lah, biar sama2 putih mata.

  28. Kecewa Beterusan on 16 September 2009 at 2:53 am

    Nampaknya puak2 DG2941 misti betul sepakat dan satu hati untuk kita sama2 merubah keadaan bila pilihanraya nanti! janji tau jangan cakap saja!
    Lagi pun puak kita ni macam dah tak ada harga dimata puak-puak atasan, tunggu apa lagi kita. Kita dok diam2 tunggu masa kita pakat gomollah, biar sama2 putih mata.
    Tambahan pulak tak ada sesiapa yang nak perjuang dan ambil tau kekecewaan yang kita rasa, mereka beranggapan apa yang puak kita luahkan bohong semata, pada hal halkikat sebenarnya gaji kita puak ijazah lebih kecil daripada puak SPM.

  29. 2941 lagi on 26 September 2009 at 4:03 pm

    isu dg2941…..
    sudah jelas bhw orang atasan memang tak cerdik dlm bab pentadbiran termasuk sistem gaji.
    mana ada dlm dunia ni pekerja berkelulusan lebih tinggi mendapat gaji yg lebih rendah!
    tapi semuanya ada di malaysia selaras dgn gagasan 1malaysia…..

    kasihan guru dg2941 sudahlah jatuh ditimpa tangga pulak lepas tu ditimpa tragedi 2007 dan tragedi 2009……….sedihnya……

  30. 2941 lagi on 26 September 2009 at 4:05 pm

    Pn Lo yg di hormati apa yang kita maksud kan dengan ketinggalan adalah kami kumpulan dg29/41 masih jauh rugi berbanding kumpulan lain kalau nak dibandingkan rakan-rakan yang seangkatan kami yang sama masuk maktab dengan tempoh perkhidmatan yang sama, mereka yang tak belajar hingga sekarang masih besar gaji mereka dari segi gaji pokok dan kasarnya berbanding kami yang telah sambung belajar, apatah lagi nagi kami yang telah mengambil cuti belajar secara sepenuh masa dengan separuh gaji…kalau nak diceritakan berapa kos utk segulung ijazah kami tu boleh mencecah puluhan ribu kami rugi ini kalau dikira dari segi kehilangan semua elaun, separuh gaji pokok dipotong, 3 atau 4 tahun hilang faedah dan peluang kenaikan tahunan, hilang peluang kenaikan seperti melintang dan menegak, tambah berhutang dgn PTPTN tak masuk lagi campur perbelanjaan lain…sememangnya kami mengucapkan terima kasih kepada kerjaan keranan memberi ruang dan peluang utk belajar tapi terlalu banyakj sangat pengirbanan yang kami lakukan sudaj utk segukung ijazah demi memertabatkan prosefioan guru sebagai institusi yang mengutamakan ILMU..apakah patut institusi memperlakukan golgongan yang memcari ilmu sebegini…kamiyang belajar secara sepenuh masa terpaksa akur dengan cuti yang telah ditentukan…apabila pada satu sesi dialog TKSU kememterian pelajaran di Sarawak seolah-olah adalah satu kesilapan guru-giri yang belajar dan terus bersorak setelah tamat belajar…ini betul bagi guru yang belajar semasa SSM dan yang mengambil PJJ pada masa kini mereka tidak terikat dgn cuti yang ada tempoh tamatnya..kami mesti melapor..adakah kami mampu utk menidakkan peruntukkan ini..so apabila kami bercerota tentang kesensaraan ini..maka pihak berwajib terus memberi respon iaitu memberi satu kenaikkan satu tahun gaji di atas DG41, ini bertujuan redakan kesedihan DG29/41 tapi faedah ini juga dapat dinikmati oleh ORANG KAYA BARU di sekolah iaitu DG29/32/34/41…mungkin tujuan untuk memberi ruang kepada yang telah senior..tapi dalam masa yang sama golongan yang seangkatan kami dan yang muda sedikit dalam perkhidmatan kami turut menikmati faedah ini..INGAT di kalangan angkatan saya telah ada yang sambung belajar dan tengah menunggu DG41 sedangkan mereka telah berada DG32..dan secara relatifnya gaji mereka ini 400-500 lebih besar dengan guru yang berijazah (yg sambung belajar)..dan mereka ini juga berhak mendapat faedah 7 + 3, 8 + 2, 9 + 1 kerena alasan mereka asal guru bukan berijazah..so apabila mereka ini berada di tangga ini maka kami ini masih ditinggalkan oleh rakan seangkatan dan yang junior beberapa tahun..maknanya disini kami ini terpaksa menunggu hampir 20 tahun untuk menerima faedah kenikan pangkat secara timebased, dalam masa yang sama rakan kami yang senagkatan mengalami beberapa kali kenaikan dalam tempoh tersebut dengan imbuhan yang gila-gila..ironik kami ini gila-gila kerja pun kami tak akan sampai gaji pada tahap yang telah rakan kami yang seangkatan nikmati…secara kesimpulanya apa jua perubahan yang dilakukan untuk memperbaiki nasin kami DG29/41 ini tolonglah untuk merapatkan jurang antara kami dengan rakan seangkatan kami yang terkemudian beajar dari kami…sebab banyak sangat faedah yang telah mereka perolehi..apatah lagi dengan Program OUm-BPG yang amat memudahkan semua warga guru, program sebegini dizahirkan apabila banyak sangat ,masalah yg telah kami hadapi semasa belajar secara sepenuh masa dan separuh gaji..so kembalikan peluang dan peluang yang sepatutunya kepada kami..kami memoho semua kesatuan guru melihat masalah ini dari sudut kami dan bincang secara rasional..memang kami minoriti jika berbanding dengan golongan dg29/32..ingat mereka ini akan bakal juga berijazah..so mungkin masalah kami ini akan ditinggelam dek masa..so selamai itu lah kami masih merasakan kami ini tertindas dan terpinggir dalam apa jua perubahan yang dinamakan untuk memertabatkan guru dan mengutamakan kebajikkan guru..sedarlah Puan Lok dengan senagkatan suara kami tidak kuat..apakah perlu kami mengurus kesatuan guru agar suara kami senantiasa didengari mungkin tidak

  31. ABA on 27 September 2009 at 11:03 pm

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI…. DAN MAAF ZAHIR BATIN…
    Entah ke berapa kali saya menulis diruangan ini…semata-mata kerana saya ingin menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap isu dg29/41 ini… tahun ini 2009 dah masuk 15 tahun saya mengajar… gaji baru menjangkau rm2500…dg 44? kena tunggu tahun 2011…hai kalaulah saya tahu keadaan haru biru macam ni… tidaklah saya tergesa-gesa memohon dg41 dulu sedangkan saya hanya perlu menunggu 1 tahun je lagi untuk dapat dg32…dah la Grad PJJ 2001 pun hanya dilantik pada tahun 2004!!!! Kawan kawan seangkatan dah dapat dg32,ada dah dg44.. dan ada dah jadi pk pun…. saya bukan pe… biarlah berbaloi dengan apa yang saya usahakan… dah la abis duit belajar rm 20 ribu… sekarang simpanan pun x da… sudah jatuh ditimpa tangga…siapalah kami…sedih!sedih!!cuma tertanya-tanya kita ni ketandusan orang bijak pandai ke dalam mengira bab2 gaji ni? Musykil, musykil….

  32. Mat on 30 September 2009 at 4:10 pm

    Negara dan tak ada duit kerana pekej suntikan lebih 70 bilion telah lenyak di bawa angin lalu.
    bukan sahaja guru dg29/41 yang tak dilayan semua kumpulan profesional lain pun macam tak ada rezeki selagi ekonomi negara tak pulih.
    aku dg 29/41 gaji RM2690 rugi besar

  33. tan on 30 September 2009 at 10:13 pm

    dalam press hari ini(30/9/2009),omar presiden cuepacs lagi meminta PM menyemak gaji kakitangan awam lima tahun sekali
    Namun dia hanya dan asyik mempertikaikan gaji kumpulan sokongan di mana mereka hanya naik dalam lingkungan 30-70 ringgit saja dalam setahun.
    adakah dia tahu, kami kumpulan profesional dg41 hanya naik RM90 setahun.
    si omar ni asyik bela kumpulan dia saja. cuepacs adalah kesatuan kerja semua kakitangan awam. jangan-jangan dia minta lagi peratus kenaikan lebih tinggi untuk kumpulan dia saja iaitu sokongan, nanti tragedi 2007 akan datang menimpa lagi iaitu ketidakadilan % kenaikan gaji.
    kita kumpulan profesional khasnya guru dg41 patut bertindak sebelum berlakunya tragedi tahun 2007 yang menimpa kami khasnya guru dg2941!!!!!!!!!

  34. mior on 1 October 2009 at 12:20 am

    Si Omar Cuepacs tu tak kena batang hidung dia abis sekolah ke tak… apa dia ingat cuepacs tu semua utk kakitangan sokongan. Kami 2941 ni golongan yang paling malang dalam sistem pentadbiran kerajaan.Dah lah harapan pembelaan utk peningkatan gaji….ni kerajaan bagi pulak bantuan /bonus pada kakitangan sokongan. Abis kami ni kaya sangat ke? Si Omar tu dapat je RM500 terus puji keprihatinan kerajaan pada kaki tangan sokongan yang banyak menyumbang jasa pada negara?????? kami ni apa? Si Omar tu sepatutnya kenalah pandai jaga2 hati semua kakitangan kerajaan. Sekurang2nya dia patut mohon pertimbangan kerajaan semula perihal isu bantuan/bonus tu.

  35. ustaz 2941 on 1 October 2009 at 9:40 am

    Isu 2941 akan diambil perhatian sekiranya disiarkan dalam media seperti TV3, TVI, dalam akhbar-akbar utama, NUTP buat pula kenyataan di media dan akbar, berani jumpa Perdana Menteri dan TPM sendiri dalam isu ini. Sekira tidak dibuat saranan macam ni , tidak tahulah bila nasib 2941 terbela.

  36. mior on 1 October 2009 at 4:35 pm

    Tim. Menteri pelajaran cadangkan utk. mengujudkan jawatan pen. kanan disiplin DG44 di sek. Men. Oklah juga adalah peluang untuk guru dg2941 memperoleh kenaikan. Tetapi jawatan tu satu yang berebutnya ramai….abis camno. Kenapa tak ujudkan jawatan2 lain yang agak penting jugak kat sekolah. Orang selalu terlepas pandang jawatan setiausaha sukan sekolah. Kenapa tak ujudkan jawatan pen. kanan sukan kat sekolah? Nasiblah cikgu opsyen pjpk dg2941 anda (termasuk akulah….) adalah orang yang paling teraniaya.

  37. Nor on 4 October 2009 at 7:05 pm

    Selamat hari raya idil fitri, maaf zahir dan batin.
    Memanglah malang kita dg2941. BIla lah nak selesai pun tak tahu. Saya ni lagilah dah mengajar hampir 20 tahun. Anak-anak pun ada yang dah masuk ipta. Tapi masih lagi belum dapat dg44. Sedangkan lantikan dg41 pada tahun 2001.Belanja anak-anak belajar meningkat. Guru yang baru service 10 tahun gaji hampir sama dengan kita. Tercabar juga dibuatnya, mana tidak boleh pakai kereta besar.Kita pulak pakai kereta proton aje. Tolonglah kami ini.

  38. tan on 5 October 2009 at 11:42 pm

    marilah kita guru dg2941 beramai-ramai menulis emel kpd PM kita untuk memberitahu nasib kita yg malang itu.
    dalam press, Pm menyeru rakyat malaysia menulis komen kepadanya regarding bajet pada bulan 10.
    emel = najib@1malaysia.com
    jom…………

  39. ellen on 6 October 2009 at 5:33 pm

    Saya akan menulis komen kepada PM mengenai masalah dg2941. Sia-sia saja juga kami melepaskan perasaan ketidakpuasaan di blog kppk. Buatlah sesuatu yang berfaedah dan memperjuangkan nasib kami pada tempat yang paling berkuasa.

  40. guru lama on 8 October 2009 at 10:44 pm

    saya setuju dengan cadangan tsc:
    marilah kita guru dg2941 beramai-ramai menulis emel kpd PM kita untuk memberitahu nasib kita yg malang itu.
    dalam press, Pm menyeru rakyat malaysia menulis komen kepadanya regarding bajet pada bulan 10.
    emel = najib@1malaysia.com
    (petikan dari pendidiknet.my)

    PM sekarang yang pada ketika menjadi menteri pendidikan dulu yang mengarahkan pembukaan pusat PJJ di semua universiti tempatan. Golongan guru pula yang menjadi majoriti menyahut seruan mempertingkatkan ilmu pengetahuan.

    Sekarang tibalah masanya PM menyelesaikan masalah guru DG2941. Beri peruntukan khas dalam bajet 2010.

  41. Chung on 9 October 2009 at 12:55 pm

    Ada sesiapa golongan 2941 lantikan 1.1.2002,yang sudah mendapat lantikan ke DG44? Tolong kongsi maklumat.

  42. Bose on 14 October 2009 at 9:56 am

    Saya dah muak dengan isu DG2941 ni, nampaqknya tak ada sesiapa yang nak selesaikan, kerajaan kepimpinan hari ini pandang sepi saja.
    Ikut dia nak selesai atau tidak, aku dah nekad hutang tetap aku bayar. Biar sama-sama putih mata>

  43. fahziz on 15 October 2009 at 8:31 pm

    tolong tengok nasib guru dg2941 yang malang . ada ijazah tapi gaji lebih murah dari gaji guru spm. malu rasanya

  44. fahziz on 15 October 2009 at 8:33 pm

    apakah perdana menteri tahu hal ini ? atau saja tak mahu tahu

  45. fred on 18 October 2009 at 9:29 pm

    apa boleh buat. Nasib kita serupa, kita tidak dipedulikan oleh kementerian pelajaran. Kalau saya tahu beginilah kesudahan profesion kita awal-awal lagi saya simpan dg41 dan tidak pergi temuduga. Biar saya dapat 32 dahulu dan barulah pergi temuduga untuk dapatkan 41. Harap-harap budget 23 okt nanti adalah pengumuman bonus dan tentang 29/41.

  46. Mat on 20 October 2009 at 9:31 am

    Saya setiap masa berharap akan ada perubahan dalam kebajikan DG29/41.
    1. Diselaraskan lagi 10% gaji
    2. Diberi peluang menjawat jawatan pentadbir di sekolah rendah untuk mempercepatkan KUP DG48 kalau ada.
    3. Insentif ditingkatkan kepada lima tahun 3:1 bukan 3 seperti sekarang.

    Dalam suasana senario ekonomi yang tidak memberangsangkan dik kerana kepimpinan yang diterajui oleh peminpin yang tak perihatin saya hanya boleh BERHARAP TANPA KHABAR.

  47. Ahli 2941 on 20 October 2009 at 11:10 am

    Jika tidak ada pembelaan nasib 2941, ia jadi SEJARAH HITAM dalam pelajaran, kita tunggu diarkibkan nanti.

  48. ellen on 20 October 2009 at 6:35 pm

    KPPK ingin membantu, tapi dengan malang sekali, sebagai persatuan yang terbesar, mereka langsung tidak faham apa masalah yang sebenarnya yang dihadapi oleh guru dg2941,asyik melakukan sesuatu yang BODOH untuk memperbodohkan kami! sedihnya sekali! rakan-rakan, melaman ke blog KPPK! menyakitkan hati saja!

  49. Bob on 20 October 2009 at 10:15 pm

    Hakikatnya apabila menjenagh ke blog NUTP, barulah terserlah bahawa NUTP sebenarnya masih belum memahami isu DG2941.

    Patutlah tidak ada penyelesaian yang memberangsangkan.

  50. tuabangka on 21 October 2009 at 10:17 am

    Malaysia memang negara yang pelik. semua boleh berlaku. Sijil SPM gaji lebih tinggi dari Ijazah. Pelik, Pelik

  51. tuabangka on 21 October 2009 at 10:25 am

    Sorotan dari Malinja JB (1Oktober, 2009)
    Dari Blog NUTP

    En. A dilantik dg29 : 1987
    MERASA DG32 (dapat kenaikan 25% tahun 2007 bersama beribu-ribu RM tunggakkan)
    Lantikan DG41 : tahun 2008
    Gaji sekarang: RM 4044.73

    Saya umur hampir setengah abad
    Lantikan dg29 : 01.05.1982
    Lantikan dg41 : 01.10. 2005 (dapat 15% dari Tragedi 2007)
    Masih lagi dg41 (InsyaAllah 2012 – DG44)
    Gaji sekarang : RM 2871.70
    Pencen : 2016 (Pada usia 56 tahun).
    Pn. SU

    … saya yang lebih senior menerima gaji yang lebih rendah gaji saya RM 2871.70, sedangkan En. A gajinya RM 4044.73. Beza saya 5 tahun lebih senior dari Pn. A dan perbezaan gaji ialah RM4044.73 – RM2871.70 = RM1173.30 (SERIBU SERATUS TUJUH PULUH TIGA DAN TIGA PULUH SEN )

    Bayangkan kalau 2 tahun 24 x RM1173.30 = RM28,152.72
    Sedih, kecewa, terhina oleh kerana gara-gara dg32 dan mereka menerima kenaikan 25%. Menyebabkan gaji saya lebih rendah berbanding orang yang lebih junior dari saya, lantikan 1987.

    Cukup ZALIM, 20 tahun sebagai guru dg29 Cuma dpt 7 + 3
    Saya TERANIAYA SEBANYAK 2 KALI
    1. Terlepas dg32
    2. Kenaikan dari dg29 ke dg41 hanya sebanyak RM5.00
    Pn. SU ,
    …….cubalah rasai apa yang kami tanggung…….perit, benci, kecewa,
    lihatlah apa yang dah jadi. Tolong selesaikan masalah ini dalam masa sisa-sisa tempoh perkhidmatan saya dan rakan-rakan guru-guru tua yang berbaki hanya beberapa tahun saja lagi, untuk diberi pertimbangan ……..

    Sekian. Terima-kasih. Pn SU.tolonglah guru-guru dg2941 yang TERANYIANYA ini. Bagaikan GEMPA BUMI apabila guru-guru dg32 mendapat durian runtuh -ribuan ringgit padahal mereka tidak perlu bersusah payah menyambung pelajaran. Sungguh KEJAM !!!!!!!!

  52. tuabangka on 21 October 2009 at 10:36 am

    Semoga perjuangan dg2941 membuahkan hasil yang lumayan setaraf hasil penat lelah menyambung pelajaran esp. PKPG

  53. Bose on 22 October 2009 at 12:42 pm

    Sepatutnya PM kena ingat,Beliaulah yang merangka Program PJJ untuk tujuan Pendidikan Bertaraf Dunia, PM sepatutnya mengambil tanggung jawab ini, kerana beliaulah ramai guru pada masa itu mengikut Program PJJ.
    Hasilnya hari ini guru-guru ini merasa diseksa, malah Slogan 1 Malaysia yang dilaungkan menimbulkan rasa benci, begitu juga dengan ungkapan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan telah menjadi satu sindiran kepada DG2941 yang menyebabkan timbul rasa sakit hati!

  54. Guru DiGi on 24 October 2009 at 4:39 pm

    Guru Malaysia sekalian, Masalah gaji dah selesai. Kata KPPK, JPA, KPM dan PM. Buat apa nak bising2 lagi? Apa lagi yg u all boleh buat? Memang dasar guru pondan tak berani tapi merungut sampai mati.

  55. seri on 25 October 2009 at 5:11 pm

    yang bagi komen semuanya dg29/41..saya ialah guru dg32 yang tidak berpeluang sambung belajar..kenapalah semua orang tak fikirkan gaji saya yang dah sampai p2t11 dg 32 dan tak akan naik lagi sampai bila-bila berbanding dengan tuan puan yang sgt berpeluang untuk naik hingga dg44,48 dan sebagainya..bersyukurlah.

  56. Bose on 30 October 2009 at 8:55 pm

    Kalau guru sama guru tak sepakat dan simpati terhadap guru yang tertekan dengan pelbagai masaalah pada siapa lagi guru-guru nak mengadukan? KPPK, JPA, KPM memang dah tak boleh harap dah!
    Nampaknya saya pencenlah jiwa merana dan tertekan, gaji rendah, nak naik pengkat jauh sekali, PTK tak lulus pula,hai nasib-nasib! Guru Besar jugak yang 3 tahun DG41 dapat DG 44, kalau guru kerja kuat GB jugak yang dapat nama. DG2941 kuli sampai.
    Bukan Salah Ibu Mengandung tapi Salah membuat Pilihan.

  57. Bose on 30 October 2009 at 8:57 pm

    Kalau guru sama guru tak sepakat dan simpati terhadap guru yang tertekan dengan pelbagai masaalah pada siapa lagi guru-guru nak mengadukan? KPPK, JPA, KPM memang dah tak boleh harap dah!
    Nampaknya sampai pencenlah jiwa merana dan tertekan, gaji rendah, nak naik pengkat jauh sekali, PTK tak lulus pula,hai nasib-nasib! Guru Besar jugak yang untung 3 tahun DG41 dapat DG 44, kalau guru kerja kuat GB jugak yang dapat nama. DG2941 kuli sampai mati.
    Bukan Salah Ibu Mengandung tapi Salah membuat Pilihan.

  58. Hang Kebun on 30 October 2009 at 9:51 pm

    Kepada SERI: Kami kumpulan 29/41 tak berpeluang ke 32. Kalau kami berpeluang ke 32 sudah tentu gaji kami macam gaji SERI juga. Lepas itu untuk memastikan gaji kami naik, kami akan belajar sampai dapat 41. Lepas itu dapat 44 dan seterusnya 48. Jadi peluang itu terletak dalam tangan SERI sendiri. Rebutlah peluang itu. Kami guru 29/41 ada yang sudah senja dan petang, dahulunya mengejar peluang-peluang yang ada walaupun terpaksa keluar duit sendiri sehingga RM18,000 untuk sambung belajar.
    Sekarang sudah murah, RM250 sahaja bayaran setahun apabila sambung belajar melalui KPM. Cuma susah lah nak dapat peluang belajar melalui KPM kerana ramai yang mohon. Kalau SERI nak tunggu yang RM250 setahun tu, alamat bersara dulu pun belum tentu dapat. Bersyukurlah SERI kerana gaji anda lebih daripada kami walaupun anda berkelulusan rendah daripada kami.

    Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

  59. Hang Kebun on 30 October 2009 at 9:58 pm

    Guru DG29/41 telah bersuara mengikut saluran yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, nampaknya suara-suara ini tidak didengar dan tidak dipedulikan.

    Hendak bersuara dalam blog NUTP, nampaknya blog itu tidak dapat diakses lagi. NUTP pun tidak memberi penjelasan dalam laman webnya mengapa perkara tersebut berlaku.

    Saya cadangkan kita bersuara pula melalui saluran yang lain. Saluran yang saya maksudkan ialah SURAT KHABAR. Bersuaralah dengan berhemah, bukan dengan semberono. Mudah-mudahan usaha kita berjaya. Marilah kawan-kawanku…

  60. Bose on 30 October 2009 at 11:17 pm

    Hang Kebun!
    Apakah cara mmereka menutup laman itu cara yang profesional? Bagi saya cara itu seolah mereka tak nak dengar luahan hati rakyat yang tersakit hati ini. Ini sudah lari dari Konsep 1 Malaysia. Jadi kita gunalah mana2 laman pun asalkan apa yang kita rasa dapat kita luahkan.
    Dapat ke tak dapat ke nak buat macamana lagi pun ambo dah nak pencen, cuma kesian kat orang baru je!

  61. Hang Kebun on 31 October 2009 at 12:01 am

    Kepada BOSE,
    Setakat ni laman yang paling berpengaruh untuk guru-guru ialah laman web NUTP dan blog NUTP. Laman yang lain korumnya tak ramai. Bila tak ramai tak berapa kuat. Jadi tak yah le guna laman lain. Macam anjing menyalak bukit je…

    Oleh sebab blog NUTP udah disekat, maka laman yang paling sesuai utk kita bersuara ialah laman SURAT KHABAR.

    Kalau orang2 tua dulu tanam pokok, bebudak remaja tanya?
    “Buat apa tanam pokok atuk? Sempat ke nak rasa buahnya?” Orang tua tu akan kata, “Buahnya untuk anak cucunya rasa…”

    Jadi kita berusahalah sekarang ni, kalau sempat rasa kita rasa, kalau tak sempat rasa, maknanya rezeki anak-anak kita, rezeki adik-adik kita, rezeki sahabat-sahabat kita.

    Sesungguhnya usaha kita usaha yang mulia..

  62. Mat on 2 November 2009 at 8:53 am

    Masalah DG29/41 rasanya tidak akan selesai keranan kegawatan belanjawan, di mana peruntukan untuk membayar gaji “Emolemen” yang tinggi dah tak tertanggung oleh kerajaan 1Malaysia kepunyaan Najib.
    Walaupun ada simpati rasanya masalah kita ini tak akan dilayan kerana Negara Kita ini berhadapan dengan masalah Integriti dan keterlusan yang boleh dipertikaikan. Slogan “Rakyat di Dahulukan Pencapaian Dihutamakan ” pada DG2941 hanyalah retorik untuk memanjangkan hayat dan periuk nasi Orang – orang politik yang menjadi Jerung Pemakan Rasuah.
    Justeru itu DG29/41 adalah isu terpencil dalam Perhatian KPM dari aspek syarat perkhidmatan dan gaji semuanya tak releven bagi dibincang untuk ketika kegawatan dimana perbelanjaan mahu diminimumkan dan kemenangan dalam politik mahu dimaklumumkan.

  63. Azmady bin Osman on 2 November 2009 at 10:07 pm

    Kepada guru DG29/41,
    Mari kita ramai-ramai menulis dalam blog najib 1 Malaysia.

    Kalau tulis dalam laman web atau blog yang lain, kita hanya seperti anjing menyalak bukit. Selain itu, juga kita akan membuang masa dan karen.

  64. Junai on 3 November 2009 at 8:45 am

    En. Ali. semoga En. Ali berjaya dalam perusahaan elken En. Ali. Saya tak pandai jualan langsung macam En. Ali. Susah nak cari downline. Tapi En. Ali jgn nak hina guru dg29/41 ni.
    Sesiapa yang ada ikatan kekeluargaan dengan En. Najib PM kita. Tolonglah sampaikan pesanan ini. Najib bagi bonus pada orang Felda kerana nak tumpang glamour aqyahandanya. Orang Felda ramai yang undi dia. Asalkan dia menang cukuplah. Kalau guru dg29/41 pakat tak mengundi Barisan Nasional. Alamat Najib menjadi orang terakhir jadi PM dalam kalangan parti BN. Jom kita pakat ramai2 jgn undi BN. Cepat selesaikan hutang anda dengan guru dg29/41 ni sebelum air liur en. Najib meleleh.”Rakyat dipecah-belahkan, Pencapaian tidak diikhtirafkan”. “Penyokong dasar kerajaan ditindaskan, Orang yang tidak menyahut seruan kerajaan ditatang seperti minyak yang penuh”. Syabas Najib. hidup Najib.

  65. tan on 3 November 2009 at 11:58 pm

    blog nutp sudah boleh akses, marilah kita beramai-ramai masuk blog nutp

  66. Guru Malang on 5 November 2009 at 6:02 pm

    weyh…nak cita cikit pengalaman aku…aku dapat tawaran jd guru besar pada tahun 2007 selain dapat naik ke dga34…setelah berbincang dgn korga, aku tolak tawaran tu…sebaliknya aku memohon dg41…pada taun 2008, aku dapat dg41…lepas tu, aku dengar bita tentang guru besar dg41 hanya perlu tunggu 3 tahun utk ke dg44…aku rasa sungguh rugi coz kalau aku apply jawatan gb dulu, aku akan dapat dg44 pada taun 2012…tapi sebab bukan rezki aku, aku hanya akan dapat dg44 pada tahun 2015…x ke rugi tu…2019 aku dah nak pencen…x dapat lar aku merasa dg 48 kerana kesilapanku ini…kepada yg berpeluang jd gb dan cepat ke dg44, aku ucapkan tahniah utk korang…dah tu rezki korang…sekian…

  67. Hang Kebun on 5 November 2009 at 11:11 pm

    Blog NUTP sudah boleh diakses. Walau bagaimanapun blog tersebut kelihatan ANEH kerana:
    1. Tiada ruang komen untuk dibaca pada bulan-bulan yang lepas.
    2. Selepas 3 hari boleh diakses, hanya ada 1 komen sahaja?

    Nampaknya NUTP menyekat ahli-ahlinya membaca komen-komen yang disampaikan oleh rakan yang lain.

    Selain itu, NUTP juga tidak akan memaparkan komen atau pandangan ahli yang menegur atau menghentam mereka.

    Macam mana tu…

  68. Guru Malang on 6 November 2009 at 12:46 pm

    weyh…nak cita cikit pengalaman aku…aku dapat tawaran jd guru besar pada tahun 2007 selain dapat naik ke dga34…setelah berbincang dgn korga, aku tolak tawaran tu…sebaliknya aku memohon dg41…pada taun 2008, aku dapat dg41…lepas tu, aku dengar bita tentang guru besar dg41 hanya perlu tunggu 3 tahun utk ke dg44…aku rasa sungguh rugi coz kalau aku apply jawatan gb dulu, aku akan dapat dg44 pada taun 2012…tapi sebab bukan rezki aku, aku hanya akan dapat dg44 pada tahun 2015…x ke rugi tu…2019 aku dah nak pencen…x dapat lar aku merasa dg 48 kerana kesilapanku ini…kepada yg berpeluang jd gb dan cepat ke dg44, aku ucapkan tahniah utk korang…dah tu rezki korang…sekian…ha 1 lagi…weyh…nak bagi cadangan b0ley x…macam mana kalau ss0rang guru yg layak dapat dga32 / dga34 / dga36 / dga38 ( perkhidmatan 10 taun ke atas dalam PPPLD ) tapi x dapat coz dilantik ke dg41 diberikan satu kenaikan gred…contohnya kalau dia dah 10 tahun kat dga29 dulu tapi x dapat dga32 sebab naik ke dg41 terus dinaikkan ke dg44…okey x cadangan aku…

  69. Guru Malang on 6 November 2009 at 2:01 pm

    hmmm…nak bagi komen skit sal masuk u sepenuh masa n separuh gaji…boley x kerajaan bagi balik separuh lagi gaji kami dulu…selain itu, saya juga ingin memohon supaya kami diberikan kembali 4 kenaikan gaji secara sekaligus…ini adalah kerana seorang rakan yg tua 1 taun drpd saya dan baru bergraduate 1 tahun telah tggi gajinya beratus – ratus ringgit…ini adalah kerana beliau sempat mendapat dga32…gaji kasar saya rm43++ (dg44) manakala gaji kasar beliau sudah mencecah rm51++ (dg41)…perkara yg saya bangkitkan ini adalah utk mengurangkan ketidakpuasan hati golongan kami yang teraniaya terhadap kerajaan…saya juga memohon kepada kerajaan supaya mengira waktu kami belajar sepenuh masa di universiti sebagai pengalaman mengajar supaya mendapat faedah daripada kerajaan yang berkaitan dengan pengalaman mengajar…contohnya guru A telah mengajar dr 1985…pada pertengahan taun 1993, beliau melanjutkan pelajaran di USM…akibat drpd dasar kerajaan yg membabitkan bekas guru PPPLD iaitu sistem 7 + 3, guru A tersebut hanya mendapat 2 tahun ( kerana hanya 8 taun setengah pengalaman mengajar di PPPLD ) drpd sistem tersebut…jika pengalaman di universiti dikira sebagai pengalaman mengajar, sudah tentu guru A tersebut akan mendapat 3 tahun faedah…perkara ini akan mempercepatkan kenaikan pangkat guru A tersebut yg akan pencen tidak lama lagi…kumpulan guru yg senasib guru A juga agak ramai…kerajaan juga disarankan supaya tidak mengehadkan pengalaman yg diambil kira dalam PPPLD iaitu 3 taun…hal ini akan memberi peluang kpd guru2 yg sudah lanjut usia utk cepat naik pangkat…contohnya jika ss0rang guru tersebut sudah ada 21 taun pengalaman mengajar di PPPLD, beliau layak mendapat 7 taun pengalaman mengajar di PPPS…akhir sekali, saya ingin mencadangkan supaya jika ss0rang guru yg layak dapat dga32 / dga34 / dga36 / dga38 ( perkhidmatan 10 taun ke atas dalam PPPLD ) tapi x dapat coz dilantik ke dg41 diberikan satu kenaikan gred…contohnya kalau dia dah 10 tahun kat dga29 dulu tapi x dapat dga32 sebab naik ke dg41 terus dinaikkan ke dg44…sekian…saya mengharapkan pihak kerajaan supaya membaca ruangan ini kerana byk idea drpd pendidik boley digunapakai utk memartabatkan profesion perguruan…

  70. salleh on 7 November 2009 at 7:41 am

    En. guru malang. mana boleh macam tu. dah bagi nak ambik balik. buruk siku namanya. Halalkan saja apa yang telah lepas tu. nanti dapat balasan di akhirat.
    saya guru besar di pedalaman. dah lah guru besar dapat percuma RM1,500 lagi. tidak pun saya marah pada kerajaan. Hidup najib. Najib memang pemimpin yang suka tolong orang yang berpendapatan rendah. Kakitangan sokongan telah lama rendah gajinya. bagilah mereka merasa pula macam mana rasanya mendapat gaji yang lebih tinggi daripada golongan profesional. Ini baru adil. HA! HA! HA!

  71. Guru Malang on 7 November 2009 at 9:58 pm

    kpd en. salleh…bila saya bagi n bila saya nak amik baleq nie…b0ley tl0ng perjelaskan…??

  72. Tok NUjum on 8 November 2009 at 8:45 am

    Semua Guru DG2941. Kamu semua bermasalah gaji sejak Julai 2007. Sekarang November 2009. Dah 2 tahun kerajaan buat pekak, takkan nak selesaikan masalah. Masa bagi 7 + 3 pun kerajaan buat keputusan sendiri, tak tanya kamu pun. JPA lah raja dan kerajaan. Tak faham kah kamu? Kalau kamu mati, siapa nak sedih? kerajaan? Jangan harap kerajaan akan sedih pasal dia orang ada pengganti. Dia orang gaji besar, pasal apa nak peduli hal awak? Yang awak semua berkokok di sini pasal apa? Tulis lah di surat khabar macam dasar kereta lebih 15 tahun ditarik balik. Buat PM nampak masalah awak. PM tak tahu menahu apa itu DG2941. Macamlah Muyidin kata dulu yang dia tak tahu B.Inggeris SPM bukan wajib untuk lulus. Sebenarnya PM tak tahu hal ini kerana JPA dan KPPK dan tutup hal ini drp pengetahuan PM. TPM pun tak faham masalah DG2941 dan anggap benda tu tuntutan biasa yang tak perlu dilayan.

    Wahai Guru DG2941, sedar diri. Jangan jadi macam Pondan. Bangun dan menentang sekiranya anda berada di pihak benar. Kalau masih nak buat dasar pondan macam ni, sampai tahun 2012 pun masalah ni takkan selesai.

  73. tan on 9 November 2009 at 11:15 pm

    Salleh,siapa kata guru sokongan bergaji rendah? kamu ada check betul-betulkah? gaji guru dg2941 yang paling rendah antara kategori guru yang lain.

  74. tan on 9 November 2009 at 11:39 pm

    Perkhidmatan Pelajaran”Ramai guru tidak faham dasar”

    Ketidakpuasan guru Gred DG 41 mengenai gaji guru Gred 32 telah berlarutan bertahun-tahun di akhbar, termasuk akhbar Utusan Malaysia. Kebanyakan para guru Gred DG 41 sebenarnya tidak tahu mengenai dasar kenaikan pangkat dan juga skim kenaikan pangkat anggota perkhidmatan awam Malaysia. Untuk makluman guru Gred 41, semua skim kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah sama, tidak kira di jabatan mana berkhidmat. Cuma kelebihan diberikan kepada guru untuk dinaikkan pangkat selepas 10 tahun berkhidmat selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan dalam gred yang sama, berbanding kakitangan perkhidmatan awam yang lain 15 tahun. Untuk makluman, Gred 32 dan Gred 38 adalah gred kenaikan pangkat bagi Gred 29 (berkelulusan diploma) sementara gred kenaikan pangkat bagi Gred 41 (berkelulusan ijazah) adalah Gred 44,48,52,54 dan seterusnya JUSA. Para guru Gred 41, apabila tiba masanya 10 tahun berkhidmat dalam gred yang sama, akan juga dinaikkan pangkat ke Gred 44 selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Sudah semestinya gaji permulaan Gred 44 lebih tinggi daripada gaji permulaan Gred 32. Jangan bandingkan gred kenaikan pangkat iaitu Gred 32 dengan guru yang baru masuk kerja di Gred 41 atau guru Gred 41 yang belum dinaikkan pangkat atau tidak cukup servis dalam gred yang sama, sungguh pun guru baru itu bergred lebih tinggi. Semua pegawai di jabatan lain faham mengenai dasar tersebut kecuali kebanyakan para guru tidak faham. Sepatutnya sebagai kakitangan awam, para guru wajib tahu tentang skim perkhidmatan awam dan begitu juga skim perkhidmatan mereka. Sudah semestinya gred lebih tinggi akan mendapat gaji lebih tinggi daripada gred bawahannya. Mana mungkin gred lebih tinggi itu mendapat gaji lebih rendah daripada pegawai gred lebih rendah. Isu yang timbul sebenarnya guru gred lebih rendah telah dinaikkan pangkat. Sudah semestinya guru gred lebih rendah yang telah dinaikkan pangkat, lebih tinggi gajinya daripada guru gred lebih tinggi yang baru berkhidmat. Perlu diingat gaji maksimum guru Gred 41 yang belum dinaikkan pangkat jauh lebih tinggi daripada gaji maksimum guru Gred 32 atau pun Gred 38. Oleh itu saya mengesyorkan supaya para guru diberi kursus khas atau taklimat khas mengenai skim-skim mereka dan juga skim kenaikan pangkat dan gred-gred dalam perkhidmatan awam sebelum diserapkan menjadi guru. Pada saya sebagai kakitangan awam para guru mesti tahu mengenai skim tersebut dan tidak perlu menghebohkannya di akhbar. Kementerian Pelajaran adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tersebut kepada staf mereka, terutamanya para guru sebelum para guru itu menjadi guru sebenar di sekolah. Saya berasa sangat hairan kerana isu ini sering didedahkan di akhbar sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada tindakan oleh pihak yang berkenaan, terutamanya Kementerian Pelajaran atau pun Institut Perguruan itu sendiri. Cara yang paling baik dan berkesan untuk menerangkan mengenai skim ini kepada para guru adalah para Guru Besar atau Pengetua.
    Pegawai Kanan Kerajaan Putrajaya
    Utusan Malaysia Online: 9 November 2009

    dicatat oleh GURU_CIKGU pada 10:04 oada 2009 Nov 9

    guru-guru dg2941, bacalah petikan di atas yg dipaparkan hari ini, memang jelas pegawai tersebut tidak faham masalah yg kita hadapi. mungkin beliau tidak tahu, jadi guru-guru dg2941, marilah beramai-ramai menulis kepada pegawai tersebut untuk memberitahu perkara sebenar yg telah berlaku kepada kita.
    kamu bacalah ruangan “PERKHIDMATAN PELAJARAN” dan balaslah komen kita kepada pegawai kanan kerajaan putrajaya itu.

  75. Hang Kebun on 11 November 2009 at 12:31 am

    Tak sangka Cikgu Salleh macam bebudak. Macam orang tak matang. Tak sangka ada guru besar macam ni..

  76. Bose on 11 November 2009 at 11:52 am

    Ada sejenis burung malam bila ditiup seruling dia akan turun ketanah ( burung apa ? ) Tapi kalau dia tak turun ke tanah itu bermakna burung itu tuli!
    Begitulah sikap JPA hari ini, sengaja memekakkan telinga atau pun memang tuli dan tak mau menyelesaikan isu DG2941.
    Maaflah terkasar, tak tahan dengan sikap kepimpinan hari ini, Pemimpin tertinggi pun tak cakap sepatah haram. Pada hal kita jadi begini kerana mendengar cadangannya jugak!Masa tu dia Menteri Pelajaran sekarang dah jadi PM tak dok masa nak tengok kebajikan guru-guru lagi.

  77. Tok Nujum on 12 November 2009 at 6:08 am

    KPPK hanya melambat-lambatkan urusan DG2941 kerana dijangkakan tahun 2011 akan ada semakan gaji. Jadi tunggulah sehingga tahun 2011. Sementara ini teruskan bersandiwara. Kalau betul-betul naka kerajaan bertindak dalam hal ini, berpiketlah kalau berani.Tapi golongan guru tak pernah berani, ada-ada saja alasan untuk menutup ketakutan.

  78. Guru Teraniaya on 12 November 2009 at 2:36 pm

    Saya merupakan guru dg41 lantikan 1997 dan gaji kasar saya hanyalah rm42++ (dg44) manakala rakan saya di sekolah merupakan guru dg41 lantikan 2008 dan gaji kasar beliau sudah mencecah rm51++ (dg41)…ini adalah kerana beliau sempat mendapat dga32…lihatlah betapa besarnya jurang gaji kami walaup0n saya dah bergaduate 12 tahun manakala beliau baru bergraduate 1 tahun…

  79. nix on 16 January 2010 at 12:03 am

    Saya guru baru DG2941, memang sakit hati dan jiwa apabila tahu jauh besar bezanya gaji kita berbanding dengan DG3241. But what can we do? sama-sama kita mengambil ubat untuk menenangkan hati and jiwa kita yang tidak dapat dirasai oleh orang luar…

  80. Bose on 27 January 2010 at 11:10 pm

    Sama2lah kita ucap selamat tinggal kepada dunia pendidikan dan kita jadikan kita bekerja untuk gaji. Ada kerja ada gaji!

  81. geeleepeace on 31 January 2010 at 9:17 pm

    Saya guru dga29 dan baru tamat belajar 2009…perlukah saya tunggu DGA32 kup untuk daftar DG41. Ada apa2 kerugian tak kawan2….minta tolong bg penjelasan

  82. Hans on 3 February 2010 at 2:03 am

    saya pun senasib dengan anda semua. memeang sakit hati melihat cek mek2 baru naik pangkat,yang kitani melopong. saya kalau dikira dr Dg29 dah 21thn mengajar. Tulah depa kat sekolah, bila nak suruh kerja kata kita ni berpengalaman. kita pun kuli free. bila nak bagi pangkat dan gaji lebih depa tengok baru masuk DG41 tahun 2005! Ada juga tanya dgn PK1 bila i mula2 keluar uni, nak ajar form 6. katanya i baru lagi. Skrg cewek2 muda yang baru 7 – 8 tahun pengalaman mengajar dapat DG44 sb ajar tingkatan 6. Lagipun, aku tengok sekolah aku bukang mengajar pun. Budak F6 satu kelas tak sampai 6-7 org tapi gaji puh!!! Yang aku heran kerajaan ni kenapa bodoh sangat dasar2 dia orang? kejap itu kejap ini… Satu dasarnya,sekolah2 SK, SMK kalau nak buka kelas POL (B Tamil atu B Cina, mesti kena ada lbh 15 org pljr. Kenapa F6 satu kelas ada 6-7 org budak boleh pulak mengajar. Dapat pulak cikgu2nya DG44, DG48 dan mcm PK1 aku sendiri lompat ke DG52. Gua tak fahamla… kerajaan kita ni powerless ke? Siapa yang buat keputusan2 ‘cantik’ mcn ni?enapa tak ‘study’ situasi dulu. Tak tau ke mcm mana sesuatu dasar itu harus dijalankan??? awat bodoh no…..

  83. cikgu2941 on 13 February 2010 at 3:42 am

    lihat rakan kita ni dg29 1988 yang asalnya guru C1, gred 1999 tapi dapat dg3 2002,sekarang gaji 3050.terlepas juga dg32. so saudara fikir lah ada orang lebih teruk dari saudara saudari…sabar je lah dah rezeki kita begitu.

  84. ustaz 2941 on 3 March 2010 at 3:41 pm

    Mengenai isu bernasib malang , sekarang cakap apa-apa pun tidak dilayan , mustahil masa terdekat ini dapat diselesaikan.terlalu bercelaru kementerian pelajaran sekarang. Tnyunggulah suatu masa nanti,contohnya perubahan pemimpim, politik dan ekonomi akan datang, tak kiralah kerajaan mana-mana memerintah. Jadi guru 2941 simpanlah surat2 dan dokumen berkaitan untuk tuntutan, mungkin masa itu kepimpinan nutp yang baru.

  85. salleh on 8 March 2010 at 11:52 am

    buat apa fikirkan nasib malang anda semua. tengok macam saya. happy go lucky. en. Tan releks le. fikir-fikir pun macam tu juga.

  86. salleh on 8 March 2010 at 11:55 am

    saya tak rasa pun yang cikgu-cikgu di Malaysia ni bernasib malang. kalau rasa malang jadi cikgu, berhentilah jadi cikgu. ada berani??????
    en. Tan, Hang Kebun, ustaz 2941, cikgu 2941, ada berani sahut cabaran ni??????

  87. Cikgu N on 9 March 2010 at 10:37 pm

    Bagi yang tak terkena batang hidung memang lah rasa tak rugi. Tpi dah terkena batang hidung sendiri baru nak melenting. Dalam usia yang hampir mengangkau separuh abad dan dah menjadi guru lebih 25 tahun, kerja apa lagi kami boleh buat. Mengajar dah jadi darah daging. Bayangkan kalau gaji pokok pun belum mencecah RM3000. Anak-anak makin membesar dan dah mencecah peringkat universiti. Belanja pendidikan mereka pun semakin tinggi. Memang betul guru 29/41 adalah guru yang paling rugi. Fikir, fikirlah dan renung-renungkan lah….

  88. Guru Lama on 15 March 2010 at 12:59 pm

    saya merupakan guru PPPLD lantikan 1987. dg41 lantikan 2008 stelah tamat belajar. apabila disahkan jawatan, ada perbezaan gaji sebanyak RM 1. perkara ini telah menidakkan saya utk menerima satu lagi kenaikan tangga gaji. bolehkah saya membuat permohonan utk mendapatkan satu lagi kenaikan tangga gaji itu…? mohon penjelasan.
    Contoh ;
    2008 ; 3592.81 ( dga32 ) – 3593.89,
    3744.17, 3894.45 (dg41+HKG)
    2009 ; 3700.20 ( dga32 ) – 4044.73 ( dg41 )

  89. Bose on 15 March 2010 at 9:32 pm

    Saleh! U ni Cik Gu jenis apalah, tak berhati perut langsung, mentang mentang lah U dah jadi GB, U sengaja pulak nak sakit hati kami yang dah sakit ini. Sebenarnya orang macam U lah yang tak reti bersyukur dan merosakkan negara, kerja tak buat cakap je lebih. Jenis Yes Bos! tidak ikhlas.
    Ada pulak suruh kita letak jawatan, tak profesional langsung macam budak-budak.
    Inikah pemimpin yang cemerlang?

  90. tai on 17 March 2010 at 8:40 pm

    Beberapa langkah perkukuh pembangunan sukan di sekolah

    17/03/2010 2:20pm

    KUALA LUMPUR 17 Mac – Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan pelaksanaan beberapa langkah untuk memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu diambil bagi mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah.

    Beliau berkata, antara yang diputuskan ialah menjadikan aktiviti sukan di sekolah sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan-timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang.

    Selain itu, katanya, bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum akan dipisahkan.

    “Kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan.

    Selain itu, beliau berkata, turut diputuskan ialah penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

    Muhyiddin berkata, peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini. – Bernama

  91. Cikgu Kudis on 21 March 2010 at 1:59 am

    Aku bukan saja cikgu yang sentiasa ketinggalan sejak jadi guru DG29/41 selama 9thn(PPPLD)/9thn(PPPS)walaupun setelah bergelombang dengan ilmu di menara gading sehingga ke peringkat master/phd dapat cemerlang. bagi kami kelulusan diperingkat master/phd ini juga tidak dapat perhatian dari pihak yang sewajarnya. Kami harap sekurang-kurangnya memberikan sedikit habuan untuk kenaikan pangkat. kami skrg ni mengajar kat sekolah, nak harapkan time base, ting 6 atau guru cemerlang jauh sekali sebab tak dapat perhatian dari pihak pentadbiran dan JPN dan juga KPM. kami mencadangkan supaya mula gaji mengikut pencapaian akademik tertinggi dip Dg29, bacelor DG41, master Dg 44, Phd Dg 48 untuk semua guru di malaysia

  92. nanas on 11 April 2010 at 4:57 pm

    saya duk di sekolah yang hanya ada 17 orang guru.semua dga32(kup)dan 3 org 32 hakiki dan 1 3(gb)saya tinggi sekali gred iaitu dg41 tapi gaji paling kecil dan kerja paling banyak.apa bleh buat dah nasib.cpt sgt nak smbung bljar.kena tipu la ni…he…he,kesian.

    • dinbot on 1 September 2010 at 9:21 am

      maaf le…nak komen ada kawan kita menulis…mengatakan guru DG3241 gaji telah mencecah RM5000+++++….Benda ni baru bermula pada 2007…kalau dia
      dah gaji mati RM3400 atau P2 3700 ini bermakna dia telah memegang jawatan
      dia telah mendapat DG32 sebelum ni lagi, dan kalau dia sambung belajar dengan satu kenaikan RM 4200 + RM 550 = RM 4750…kes ni lain ceritanya..
      sebab tidak berlaku kepada semua guru DG32 itu kita kena faham…..jangan sebab seorang dua punya kes kita pukul rata semuanya….kalau kita rujuk buku
      laluan kerjaya bagi mereka yang telah mempunyai jawatan spt GB mereka hanya setakat DG 44 sahaja.Tuan2 yang muda boleh mencapai setidak-tidaknya ke DG48..atau DG52….Wow…besar jurang pendapatannnya…jangan tengok sekarang….bagi yang dah tak lama lagi ni…nak pencen…sabo je ler…
      ada rezeki kot lain….mungkin…anak-anak kita le kot….allah bersama dengan orang bersabar….

  93. zulbudin on 22 April 2010 at 11:24 pm

    Aku dari kumpulan DG29/41 juga. Memang bengang tengok budak-budak junior gaji sama ngan aku yang dah tua nak mampuih ni. Kira-kira aku hilang 13 tahun servis sbb orang yang ada SPM dan kerja baru 15 tahun sama taraf dengan aku yang 29 tahun kerja. Aku terpaksa mengaku aku ni cikgu bodoh, duduk diam-diam dalam mesyuarat sebab budak-budak junior nanti jerkah, pakcik gaji kecik duduk diam-diam! Kami ada SPM dan STPM, ijazah cikgu tu sama nilai macam SRP saja tau tak? Bagus juga macam tu, KPPK dah lupa kita, KPM lagilah lupa. Nak buat macam mana, Melayu Mudah Lupa. La ni aku buat part time job nak cover rugi RM450 tiap-tiap bulan sbb dapat ijazah yang tak diiktiraf oleh JPA!

  94. Embah Sohaimi on 24 April 2010 at 9:51 am

    kerja je jgn merungut x elok. kita marah rezeki yg kita dapat. x cukup x banyak! ada kita tanya ke mana kita belanjakan wang kita. jalan berkat ke x? agama kata jika beli mkn dgn org kafir adalah HARAM jika ada org seagama berniaga brg yg sama kita x ikut. mahal 10 sen berkira. berkat kita x kira. bila nk maju bangsa bila hukum nafsu yg kita guna. ramai lg org yg susah.. kita boleh mkn sepinggan org wang bnyk pun sepinggan. alhamdulillah syukur. rezeki kalau berkat akan ada je bila kita perlukan.. nk takut apa kan. muhasabah diri.. saya pn anak ramai, x masuk direct selling xde sampingan lain. masa free wt mural kat sekolah bkn ada upah pn. prestasi rendah tiap tahun. 22 tahun ngajar x pernah rasa 90.00 SKT. bkn guru agama tp anak murid asli yg masuk islam lebih 5 org.. pastu keluarga dia org pn ikut.. jd la khalifah bkn sampah di mata Allah s.w.t. nk tongkat langit nanti bwk kain putih jugak.. xleh gi Mekah Allah x paksa.. beli kereta silih berganti duit nk gi naik haji x cukup manjang.. jd bagi saya bsyukur pada apa yg ada.. selalu senyum, jumpa org seagama beri salam, belanja minum sekadar mampu asal halal. Jgn derhaka pd pemerintah krn Allah yg dh tetapkan sb kita yg mahu mcm tu.. mengeluh x abis2 nanti x sempat ngucap nk mati. Nabi pesan ingat mati org paling bijak! tenang aje!

    • Emil Jr on 31 July 2010 at 7:06 pm

      kalau macam ni sumer cikgu bagusnya…

  95. Zulkifli Budin on 30 April 2010 at 5:16 am

    Saya dalam PPLD DG 6 (DGA29)dari tahun 1981 hingga 2002, 22 tahunlah kiranya. Lepas tu masuk DG41 1.1.2003 dan gaji sekarang RM2962.15. Kawan sama sekolah mula khidmat 1.1.1998, dapat DG32 tahun 2008, masuk DG41 8.10.2009. Sekarang ni gaji pokok dia sama dengan saya. Apa nak jadi dengan KPM dan JPA? Isu ini tak akan habis, orang atasan yang mencipta masalah ini akan menanggung silap mereka sampai mati. Dulu masa Tun Mahathir jadi PM tak ada masalah macam ni. Nampak sangat bahalulnya mereka yang buat keputusan tu. Cikgu suruh murid-murid belajar pandai-pandai. Tapi bila cikgu pandai terus dibunuh kerjaya dengan bagi gaji yang jauh tertinggal dengan kawan-kawan. Anak kawan saya pernah tanya dia kenapa gaji dia kurang daripada isterinya, dia jawab sebab dia ada ijazah, isteri tak ada ijazah. So…sianak kata apa guna belajar pandai-pandai, lagi jadi pandai…lagi sikit gaji. Ohh…silap besar saya ada ijazah. Nak pencen 2016, tentu tak sempat nikmati apa-apa perubahan gaji. Kerani kat JPN kira gaji terakhir saya sama dengan gaji terakhir DG32. Untungnya kawan-kawan semaktab yang tak ada ijazah!

  96. Zulkifli Budin on 6 May 2010 at 2:11 am

    Apa pendapat tuan puan cikgu-cikgu DG2941, saya cadang nak cuti pada 16 Mei 2010 nanti. Malas nak join Hari Guru sbb saya guru 2nd class(29ke41), yang 29ke32 dan 32ke41 semuanya jenis 1st class pada kacamata KPM. Jadi lebih baik duduk rumah dan membuta…malu nak join orang 1st class. Jenis macam saya 29ke41 ada 3 orang saja di sini. Kami dianggap orang-orang tak profesional di sini sbb gaji banyak kurang daripada dia orang semua…kiranya kami 3 orang haprak 29ke41 ni macam sampah masyarakat dalam dunia pendidikan Malaysia! Senang cakap inilah anak-anak tiri KPPK dan KPM. Syabas dan tahniah kepada KPM yang berjaya membunuh motivasi guru-guru DG29ke41. Err…rasanya orang yang jenis 1st class tak pernah jengok dan baca website ni kan? Saya pasti 100%.

  97. Penyokong BN on 17 May 2010 at 10:57 pm

    Kepada TPM atau M.Pelajaran, semak semula nasib yang menimpa guru-guru yang DG29. Kerana menyahut seruan kerajaan kami menyambung belajar dengan separuh gaji. apabila keluar tangga gaji kami rendah daripada DG32 dan senioriti pun tergadai. Pengalaman yang bertahun-tahun tidak dihargai. lebih malang lagi bagi orang seperti saya yang telah menyambung lagi pelajaran dan mendapat ‘master’. gaji tetap sama dengan guru baru yang berkhidmat 5 tahun. bagaimana pula kementerian nak menyelesaikan masalah mereka yang telah memiliki ‘ master ‘ dengan pengorbanan masa, tenaga dan wang yang banyak.Kenapa kami tidak dibela dengan seadil-adilnya. kami rasa seperti telah ditipu oleh sistem yang digunakan oleh kementerian pelajaran. Demi memartabatkan profesion perguruan hingga bertaraf dunia, kami meningkatkan lagi diri dengan ilmu namun kesudahannya tak payah belajar tinggi-tinggi pun boleh bergaji besar. Ini ke negara yang sedang menuju ke arah negara maju.1 Malaysia, Semua rakyat didahulukan, pencapaian akan menjadi keutamaan. Jangan mempertikaikan keikhlasan dan ketelusan kami. Kami guru Malaysia.

  98. salleh on 18 May 2010 at 10:32 pm

    cikgu Bose. cikgu Bose jeleske? Gaji cikgu tak cukup ke? u kerja mati-matian buat apa? U mesti kerja bijak, bukan kerja kuat(MACAM LEMBU).

    Cikgu Bose. kalau gaji cikgu bose tak cukup. cari kerja lain yang lebih menjamin masa depan cikgu Bose. Bukan saya suruh berhenti kerja dan menganggur. TETAPI cari kerja lain. ADA FAHAM. kalau tak faham, macam mana murid2 nak faham.

    • mat fikri on 28 July 2010 at 2:11 pm

      memang betul tu bro.apa yang hendak difikir sangat.rajin-rajinlah baca dasar-dasar tentang kenaikan pangkat.tak ada siapa memaksa kalian dahulu untuk sambung belajar.risiko untuk kenaikan pangkat dan gaji adalah tinggi, tak terbela. so, diam ajalah.bagi yang masuk kerja cikgu dari ijazah tu, kena fikirlah lah dulu ijazah apa yang kalian pakai.ijazah pendidikan ke atau ijazah yang dah lama tanam buah anggur.kebanyakan sekarang ni, makin ramai guru berijazah masuk cikgu yang lain bidang daripada apa yang belajar di universiti, patutlah makin ramai murid buta huruf.kursus setahun ipg bukannya memadai. sepatut jika lepasan universiti yang hendak jadi cikgu perlu training sekurang-kurangnya 3 tahun. barulah cikgu namanya. tq

  99. calondga32 on 19 May 2010 at 5:15 pm

    Kepada semua guru 2941 yang terlibat, cubalah cari jalan yang baik…dan yang tak berkenaan jangan lah menambah bahang kepanasan.Sepatutnya kita sesama guru saling mendengar dan memberi cadangan yang elok2.Jangan lah sampai menggunakan istilah-istilah yang tidak elok.Menyedihkan melihat sesama guru bertelagah.Atau ada ‘bukan guru’ yang menyamar dan menjadi api dalam sekam.

  100. taat perintah1990 on 2 July 2010 at 3:07 am

    berilah kenaikan kepada kami tunggakan rm300 sebulan x 11 tahun,baru la bebaloi.

  101. taat perintah1990 on 2 July 2010 at 3:12 am

    umur dah lewat 40 an,akibat BSM kedekut nak ubah dasar,maka kami dg29/41 dan kalau da rezeki 2011 dapat time base dg44,masih dok jadi guru biasa lagi.dah la gaji rendah.

  102. nor on 22 July 2010 at 10:55 am

    kpd sume senasib dg2941…
    aku dah letih sgt nak baca sume komen di atas….air mata pun dah kering…bila la nasib akan terbela….Yang ada kuasa x menjalan kan hak. memberikan hak kepada yang berhak….

  103. SAM on 29 July 2010 at 2:35 am

    kalau ada kelayaan mester and phd gaji berapa dan DG BERAPA?

    • Emil Jr on 31 July 2010 at 7:12 pm

      kat tempat aku (bukan cikgu) ada sorg staff tu ada sarjana tapi pegang jawatan S17 – tak pernah pun dia merungut. Dia rajin mohon kerja lain, bukan macam cikgu kat sini menyalak aje lebih tapi masih bergayut dengan kerja jadi cikgu , last-last berkat sabarnya kawan aku tu dapat kerja gred S41 kat jabatan lain – pun dia syukur – takde pun minta S44 sbb dia ade master!!

      • dinbot on 12 August 2010 at 10:09 am

        tuan2 syukur le bagi lantikan 2004 permohonan mereka ke DG44 telah diproses diperingkat JPN dan insyallah akan diberi pada 2011,pada dasarnya gaji pokok masih rendah dari DG32,tetapi bila di campur dengan elaun boleh tahanlah juga. RM2980 + RM800+ RM100 itu dah hampir RM4000
        DG32 RM3050 + Rm340+Rm100 lebih kurang Rm3600 elaun Bi jangan tengok itu tak dikira sebagai pencen,tuan2 kena ingat bila dapat DG44 bila ada peluang tuan2 boleh isi borang untuk mengisi jawatan di maktab, kenmenterian,PPD dan sebangainya….time tu permulaan nya sahaja…ada peluang minta Pensyarah di maktab…kalau yang dah ada master….3 tahun kemudian akan dilantik ke DG44 dengan gaji permulaan RM4335 + Rm 1200….sabor le bagi yang muda2 itu, kami yang dah tua ni pun boleh sabor…pokoknya jangan bayak hutang….baru dapat DG32 dah rasa banyak duit mula beli kereta RM80K….beli lagi rumah….tak cukup satu….ingatlah oiiii….dunia sekejap je…..banyakkanlah guna duit itu utk akhirat….

      • Ibrahim Ahmad on 19 August 2010 at 8:15 am

        Emil Jron,
        Soal ada masters tak ada master tu cite lain, yang diminta jawatan S17 tu kenapa, bukankah dia layak untuk jawtan yang lebih tinggi berdasarkan kelayakan dia ada. x dpt keje? mngkn sebab kurang berusaha macam tu dan mngkn sebab dia berharap kerja makan gaji. anyway tahniah kepada sahabat tadi tu yang telah dapat S41, kena usaha lagi untuk dapat gred S44.

        dinbot,
        mana ada permulaan gaji DG44 sampai 4ribu lebih. tu DG48 tak? cuba cek semuala

        Berdasarkan pengalaman saya, dulu saya DGA29, selepas lebih 10 tahun, saya tak dapat plak DGA32 t, pelik btul, tapi nasib baik dapat DG41 wlpn telah berkhidmat 12 tahun di sekolah. Setelah berusaha, abes je masters, dapat lah DS45 sebagai pensyarah IPTA setelah 2 tahun berasa pada gred DG41, dan setelah beraa 3 tahun di gred DS45, saya telah berada di gred DS52 setelah berusaha keras dan kini menjawata jawatan sebagai pensyarah kanan. insya ALLAH, target saya dalam tempoh 4 tahun dari sekarang saya ingin cuba untuk jawatan DS54 sebagai prof madya dan akhirna target saya sebelum pencen mesti dah berada dalam gred JUSA C sekurang2nya sebagai prof.
        AMmin.

        USaha pasti ada jalan untuk majukan diri.

  104. dinbot on 23 August 2010 at 10:13 am

    maaf le…maksud saya gaji pokok bagi DG44 ialah RM2980 dan bila dicampur dengan elaun ianya akan mencecah kepada RM4000.Bila pencen jumlah elaun terakhir akan dikira.Kita ambil perbandingan dengan DG32 yang berada pada gaji terakhir tanpa mendapat anjakan gaji ialah RM3400+RM340 = RM3740 jangan campur dengan elaun BI sebab tidak semua guru lepasan Diploma dapat dan elaun BI tidak dikira dalam pengiraan pencen, itu pun kalau umur panjang.Teman tulis supaya kita ni bersyukur….memanglah kalau dikira gaji pokok kalahlah kita….saya ni mengira jumlah pendapatan semuanya…elaun yang kira insyaalah kerajaan tak potong punya…

  105. Hans on 7 September 2010 at 4:58 am

    apa kata guru-guru terlibat berpiket??? tak masuk kerjo ke????kah..kah … silap-silap gaji yang ada pun kantoi.. w apa pun, kerajaan kenalah buat seauatu takkan tunggu pilihanraya kot??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Sembang


ShoutMix chat widget

Pendidikan

Kesatuan