Teks Baru Komsas, Kesusasteraan Melayu
Sumber: Berita Harian
Oleh Nazmi Yaakub

KARYA pengarang veteran, berjenama, bergelar selain muda dipilih Kementerian Pelajaran sebagai teks Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas) dan Kesusasteraan Melayu untuk pelajar Tingkatan 1 dan 4 pada sesi persekolahan 2010.
Senarai baru teks bagi kedua-dua subjek berkenaan dengan Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran elektif bagi menggantikan buku lama yang digunakan sejak 10 tahun lalu, sudah pun diterima sesetengah sekolah, tetapi belum diedarkan kepada pelajar.
Sumber memberitahu Sastera, Berita Harian, hanya teks membabitkan genre karya klasik, sajak, cerpen dan drama yang sudah diterbitkan, manakala novel pula dalam proses dipermudahkan untuk membolehkan pelajar mudah memahami karya terbabit.
“Teks Komsas Tingkatan 1 yang sudah diedarkan di sekolah ialah Kasut Kelopak Jantung dan turut memuatkan cerpen Kasut Kelopak Jantung karya Ghazali Lateh dan Yuran (Omar Mamat), manakala drama pula, Arah Ke Mana (Datuk Johan Jaaffar) dan Surat Untuk Ina (Amiruddin Mohd Ali),” kata sumber itu.
Harga Remaja dipilih sebagai teks Komsas bagi Tingkatan 4 dengan cerpen di dalamnya didominasi sasterawan dan pengarang mapan, iaitu Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad lewat Ibu dan Ceper serta SN Abdullah Hussain (Melissa).
Teks itu turut mengandungi cerpen Penerima Anugerah Penulisan Sea 1996, Zaharah Nawawi, Pemain Catur dan penulis veteran, Zahari Affandi (Memori Seorang Tua), selain Erda Roslan Khairi (Israk) serta Raihanah Salleh (Biarkan Samudera).
“Hanya sbuah novel dijadikan teks Komsas untuk setiap tingkatan mengikut pecahan zon iaitu utara, tengah, selatan dan pantai timur, sekali gus menjadikan hanya empat novelis berpeluang melihat karya mereka dipilih sebagai teks. Novel SN Allahyarham Dr Syed Othman Syed Omar atau S Othman Kelantan, Juara (DBP – 1976) turut dipilih sebagai teks Komsas,” kata sumber itu lagi.
Selain Juara, sumber itu berkata, novel yang dipilih sebagai teks Komsas ialah Renyah karya Dr Gunawan Mahmood yang diterbitkan pada 1994; Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (1999) dan Azea Hanani oleh Halis Azhan Mohd Hanafiah (1995).
Sastera difahamkan, teks baru Komsas dan Kesusasteraan Melayu hanya akan dipelajari pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 pada 2011 dan Tingkatan 3 (2012), manakala buku teks Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 hanya dijual di pasaran pada tahun depan, ekoran buku teks diberi percuma kepada pelajar, tetapi perlu dikembalikan pada akhir tahun.
Pada Januari tahun lalu, Sastera, Berita Harian, mendedahkan pemilihan teks Komsas bagi sekolah menengah yang disemak semula bagi menggantikan teks lama yang digunakan sejak 10 tahun lalu, ditumpukan pada novel popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka membaca.
Pemilihan pada peringkat awal itu, tidak menyenaraikan puisi, cerpen, novel dan drama penerima Anugerah Penulisan Sea dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta baik bertema Islam mahupun kemerdekaan, meskipun diberi perhatian panel pemilih.
Sumber memberitahu Berita Harian, tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.
Bagaimanapun, sasterawan, pengarang dan persatuan penulis membantah hasrat itu termasuk SN Datuk (Dr) A Samad Said; Pemenang Anugerah Sastera Negara (ASN) yang baru diumumkan, SN Datuk Dr Anwar Ridhwan dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).
Kementerian Pelajaran kemudian memberi jaminan pemilihan teks untuk Komsas mempertimbangkan tiga dimensi utama, iaitu dimensi bahan, pedagogi dan murid dengan dimensi bahan menggabungkan karya terbaik, bermutu, estetika dan kesesuaian.







Tolong beritahu Judul Novel tingkatan 4 yang akan diguna pakai oleh pelajar-pelajar di Selangor mulai tahun 2010. Terima kasih.
Saya sokong saranan Sdr Ikhwan. Lebih molek jika pemberitahuan judul novel Ting. 4 dimaklumkan awal untuk membolehkan guru dan pelajar membuat persediaan sebelum sesi persekolahan 2010 bermula.
apa nama novel baru tingkatan 4 2010???
adakah ura-ura yang mengatakan bahawa novel karya ahadiat akshah menjadi novel tingkatan 1 dan 4 itu benar?
tolong keluarkan sinopsis bab untuk novel melunas rindu secepat minggu dalam internet. we have homework to do
Macam mana nak baca novel ni, kat pasaran belum jual. SPBT kat sekolah pun tak bagi pinjam..
K, kat bwh ni sy bagi tau negeri2 yg akn gunakan buku novel bm ter baru
Form 1
1. Hikmah (Mohd Faris Akmal)= Zon 1 (Perlis, Kedah, P.Pinang n Perak)
2. Sukar Membawa Tuah (M.Z. Erlysha)= Zon 2(Selangor, KL, Putrajaya, N9)
3. Bukan Duniaku (Aida Shahira)= Zon 3(Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan)
4. Istana Menanti (Abd. Latip Talib)= Zon 4(Johor, Sabah, Sarawak n Labuan)
Form 4
1. Azfa Hanani (Halis Azhan Mohd Hanafiah) = Zon 1 (sm sprti di atas)
2. Papa…. Akhirnya Kau Tewas Jua (deana Yusof) = Zon 2
3. Renyah (Gunawan Mohamad) = Zon 3
4. Melunas Rindu (Hartini Hamzah) = Zon 4
sy guru GSTT yg mengajar subjek BM..sangat seronok membaca novel komsas tingkatan 1 & 4..harap pelajar juga berminat hendak membacanya…saya dah dapat sebelum cuti sekolah bermula…
mana ada isi penting dia,boleh pergi web mana untuk cari?
tolong keluarkan sinopsis bagi novel papa akhirnya kau tewas juga…(tiap-tiap bab)
sy stuju dgn prubhan ni. tp, sinopsis bagi novel ni x kn x kluar lg kot??
bleh tlg submitkan sinopsis ‘azfa hanani’ x? ty….. ^^
novel ad tema n persoalan x ?? leh bg x coz nk study ….
setuju dengan novel yang baru ni. cerita dia memang best. cuma agak biol nak faham pasal konflik keluarga dalam novel melunas rindu. banyak sangat mak bapak dia sampai dah tak faham. nak tanya bila sinopsis bab demi bab nak dikeluarkan. we have work to do. kalau kerja bertangguh, susah nak suapkan cepat. so, please please please… keluarkanlah sinopsisi bab demi bab secepat mungkin.
tolong kluarkan sinopsis melunas rindu tiap-tiap bab…
buku harga remaja ni best laaa….boleh hantar sinopsis novel ni tak??????????please
mane nak carik buku komsas 2010??
tlog bg tema dan persoalan coz lbih sng utk saya bentang dan lbih tepat,thank u
bleh x sent kan tema n persoalan novel melunas rindu???
pening nak wat lesson plain..bku rujukan pn ssah nak dpt,,,nak wat pbandingan..lg ssah…
tolong beri saya sinopsis bab 10 novel papa akhirnya kau tewas jua
assalamualaikum..
Alhamdulillah novelnya menarik. Tp, sy mohon pihak yg brtanggungjawab utk menyediakn nota2 bg novel ini spt sinopsis, teknik pnceritaan, plot, gaya bahasa dll atas sebab kehabisan buku rujukan di pasaran.
Mohon agar pihak yg brtanggungjwb menyediaknnya secepat mungkin krna ramai para pljr prlu mggunaknnya lebih2 lg utk pembentgn di kelas. Terima kasih.
assalamualaikum, boleh beri latarbelakang Pengarang Pitteriah Abdullah untuk anak saya yang diarahkan oleh guru, kerana saya cari dalam laman web tak jumpa
boleh x bagi tema novel melunas rindu coz mau buat folio…
plezzz,, n tq vry much!! ^^
saya suka baca novel melunas rindu. seronok ceritanya. harap2 pelajar suka membacanya..tak susah la bila belajar nanti..
assalamualaikum, saya perlukan sinopsis,tema dan persoalan,latar belakang.Kalau boleh secepat yang mungkin sebab nak buat presentation nih
ner nak cari sinopsis melunas rindu ek? susahnyer…huhuhu..
salam hormat, saya berminat dengan subjek sastera tetapi pada hemat saya adalah lebih baik KOMSAS diasingkan dengan BM sama ada dalam PMR dan SPM. Guru dapat menumpukan sepenuh perhatian dengan kajian sastera secara menyeluruh. Sekadar pendapat.Martabatkan subjek sastera!
Mcm mana nak dptkan semua data melunas rindu,cth: sinopsis stiap bab,plot,nilai,gaya bahasa……..etc.?? Ku nak buat folio ni…..kalau sesiape nak blh bagi bantuan insyallah kerja umah ku dpt selesai……..tq
ASSALAMUALAIKUM,SAYA PERLUKAN SINOPSIS DAN LATAR BELAKANG.KERANA SAYA DIWAJIBKAN MENGHANTARNYA PADA HARI SELASA INI.TERIMA KASIH!
assalamualaikum, saya perlukan sinopsis,tema dan persoalan,latar belakang.Kalau boleh secepat yang mungkin sebab nak buat presentation nih!!!!
assalamualaikum,,saya perlukan watak dan perwatakan,latar tempat,dan rujukan yang di gunakan…dalam cerpen ibu dan ceper…kalau boleh saya nak secepat yang mungkin sebab nak buat presentation…terima kasih…
mana cerpen mellisa???????
boleh tak bagi tema novel bukan duniaku kerana saya nak buat folio
salam..boleh saya tahu tema dan persoalan cerpen tukang lama 2010..?
kenapa kita beri perhatian kepada watak utama?
ada plot istana menanti kah?
Bolehkah saya dapatkan sinopsis untuk Novel Jeriji Kasih?
mana sinopsis novel azfa hananinye
assalamualaikum, kalau boleh saya nak sinopsis untuk yuran dan trauma embah?
hi…………mana teks-teks komsas?bolekah bagi teks komsas dgn cepat & complete.tolong la…susah la komsas baru ni
hii,,,,,
mne folio komsas ni,,,nk tngk folio buat macam mne dengan lengkap!!!