Laman Pendidik Versi Geocities ditutup
Pihak Geocities.com telah menghentikan operasi hosting percumanya kepada semua web yang bertapak di sana. Oleh yang demikian Laman Pendidik (http://www.geocities.com/pendidikmy) juga tidak dapat lagi diakses. Hal ini telah dimaklum oleh pihak yahoo.com beberapa bulan yang lalu. Oleh itu penutupan Laman Pendidik tidak ada kaitan dengan sesetengah pendapat yang mengatakan laman tersebut telah disekat oleh pihak tertentu.
Kami telah mengambil langkah mendapatkan domain dan hosting berbayar untuk meneruskan operasi Laman Pendidik (http://pendidikmy.net) setelah dimaklumkan oleh pihak yahoo.com. Sebarang sumbangan untuk meneruskan operasi laman ini amat dialu-alukan. Sila e-mel kepada pendidikmy@gmail.com.






