Yuran Tambahan Persekolahan

8 December 2009

Oleh: Kujie (Blog Hidup Biar Sedap)

Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.

Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan.

Wahai Tuan Pengarah, sebelum ini memang dalam Yuran Persekolahan sudah ada bayaran untuk insurans dan aktiviti kurikulum.

Contoh Yuran Sekolah anak saya tahun 2008

Intan ( Tahun 3 )
Kokurikulum RM 2.00
Kertas Ujian Dalaman RM 6.00
Sukan Tahunan RM 6.00
Pendidikan Moral RM 6.00
Yuran Takaful RM 1.50
Yuran MSSM RM 2.00
AIA Student Accident Shield ( pilihan ) RM 20.0
Akhbar mingguan ( xin xin) RM 11.00

Bayaran kelas komputer
Pendaftaran ( setahun) RM 20.00
Yuran Bulanan RM 11.00 x 10 bulan = RM 110.00

Bayaran Kelas Tambahan ( PIBG)
Yuran Bulanan RM 17.00 x 10 bulan = RM 170.00

Jumlah saya perlu bayar hari ini = RM 102.00
Jumlah yang saya perlu bayar setiap bulan selama 10 bulan = RM 28.00

Nak kena beli insuran untuk kaki, tangan , gigi macam artis-artis popular luar negara tu?

Kepada pembaca, fahami topik yang saya sentuh. Selalunya akan keluar ayat ” hal sekolah anak berkira tapi bab lain boleh pula membazir “ . Isu saya bukan jumlah yuran yang perlu dibayar tetapi keperluan mengutip yuran tambahan untuk perkara yang memang telah ada selama ini.

©Kujie – Saya orang Baling, kawasan tersebut pekerjaan utama ibubapa murid adalah penoreh getah. Sekarang musim hujan, ada yang hampir 2 bulan tidak menoreh. Jangan cakap bab simpanan atau tabungan, mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bila masa nak kais bawah tilam?

Tags: , , ,

One Response to Yuran Tambahan Persekolahan

  1. TMN ANGSAMAS on 3 January 2010 at 1:41 pm

    da 2 jenis pembayaran yg perli ibubapa mesti bayar. Pertama yuran tambahan. Kedua Sumbangan PIBG. Yuran tambahan telah diberi garis panduan (bayaran minima) oleh Kem. Pelajaran. Pihak Sekolah dan PIBG dibenarkan membuat penambahan berdasarkan keperluan. Kelulusan Jabatan perlu terlebih dahulu diperolehi bagi tambahan yang dibuat. Sumbagan PIBG pula mestilah diputuskan dan dipersetujui dlm Mesyuarat Agong sblm kutipan bagi sesi tahun akn datang. Kelemahan 1 Penerangan dan peraturan bagi kutipan tidak dihebahkan kepada ibubapa. 2 Pihak pengurusan sekolah tidak menggunakan konsep 3 k iaitu kehendak, keperluan dan keupayaan untuk merancang aktiviti. Pastikan aktiviti yang lebih penting dari yang penting dilaksanakan. Perlu diingatkan kpd mereka yang terlibat jangan dok sibuk nak mencairkan kewangan PIBG demi kepentingan tekak dan perut (kepentingan peribadi)masing2. Tujuan utama yuran tambahan adalah bertujuan untuk mempertingkatan kemudahan dan keselesaan murid-murid. Renungkanlah IB&G. 50 peratus hingga 65 peratus kewangan PIBG digunakan untuk menyediakan sajian menu. Geran peruntukan yang diberikan oleh kerajaan bagi setiap murid, berapa org pengetua atau guru besar memaklumkan kepada ajk duit itu dibelanjakan. Tidak mustahil di masa akan jutaan ringgit diperlukan untuk membuat aktiviti semata-mata untuk memenuhi kehendak guru yang tidak amanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Sembang


ShoutMix chat widget

Pendidikan

Kesatuan