Kecewa Sikap Pelajar Bidang Pendidikan IPTA

18 January 2010

Sumber: Forum Utusan Malaysia |18 Januari 2010|

SAYA menulis di ruangan ini kerana sedih dengan perlakuan pelajar yang mengambil kursus perguruan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan. Mereka seolah-olah menyalahkan kerajaan sepenuhnya apabila tidak ditempatkan di sekolah-sekolah, walhal mereka tahu keadaan negara pada hari ini.

Saya juga amat berasa kecewa dengan sikap mereka ini seolah-olah terlalu mengharap untuk ditempatkan di sekolah apabila tamat sahaja pengajian. Pada saya mereka ini tidak ada sedikit pun sikap untuk menimba ilmu tetapi lebih kepada untuk mendapat ganjaran semata-mata.

Oleh itu, saya tidak sedikit pun berasa kecewa walaupun mengambil jurusan pengajian Bahasa Melayu yang masa depannya entah bagaimana. Hal ini adalah kerana kami sanggup menerima cemuhan kerana mengambil Bahasa Melayu tanpa mengharap ganjaran.


Ini berlainan dengan pelajar yang mengambil jurusan pendidikan yang bangga dengan kedudukan mereka tetapi tidak tahu kepayahan yang kami tanggung untuk menghabiskan jurusan bahasa khususnya dalam Bahasa Melayu.

Sebagai contoh, mereka tidak sanggup untuk mengambil subjek yang kami ambil seperti fonetik, fonologi dan sebagainya. Jika ada pun hanya sekerat jalan sahaja kerana mereka menganggapnya terlalu payah walaupun dalam Bahasa Melayu.

Di sinilah kita melihat kelemahan mereka kerana belajar hanya untuk berjaya dan ditempatkan di sekolah semata-mata. Oleh itu, kami tidak hairan walaupun PNGK mereka tinggi melambung.

Walaupun kami hanya sekadar mendapat PNGK 3 lebih tetapi ilmu yang kami peroleh daripada kesukaran itu mungkin lebih banyak daripada mereka.

Semoga perkara ini akan menjadi renungan pelajar bidang pendidikan.

Dabong, Kelantan.”>

Tags: ,

2 Responses to Kecewa Sikap Pelajar Bidang Pendidikan IPTA

  1. Kota Bharu, Kelantan. "> on 20 January 2010 at 8:35 am

    Pelajar bidang pendidikan hanya ingin mendapatkan hak mereka. Bukan untuk mendapatkan tawaran kerja semata-mata. Pelajar yang mengambil bukan bidang pendidikan mungkin tidak mengetahui kesukaran pelajar bidang pendidikan mendapatkan ilmu. jadi, tidak eloklah sekiranya pelajar bukan bidang pendidikan menuduh pelajar bidang pendidikan belajar hanya untuk mendapatkan tawaran kerja.

    • teruna313 on 19 July 2010 at 6:55 pm

      Saya tidak bersetuju sekiranya pelajar bidang pendidikan dituduh sedemikian rupa.pelajar yang mengambil jurusan pendidikan juga mempunyai kesukaran untuk menghabiskan pengajian dalam tempoh empat tahun di mana-mana IPT.Tawaran kerja bukanlah matlamat ataupun agenda utama tetapi mendidik anak bangsa adalah semangat dan harapan yang hendak di capai selaras dengan perkembangan dunia hari ini.Oleh itu manfaatkanlah ilmu yang diperolehi sebaik mungkin demi kesejahteraan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Sembang


ShoutMix chat widget

Pendidikan

Kesatuan