Pemilihan SBT dibuat Secara Menyeluruh – KPPM

28 January 2010

Sumber: Utusan Malaysia |28 Januari 2010|

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom hari ini menjelaskan, pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dibuat secara menyeluruh dan dinilai oleh satu jawatankuasa berdasarkan formula dan kriteria yang ditetapkan.

Katanya, terdapat 100 buah sekolah yang akan diumumkan sebagai SBT sepanjang tempoh tiga tahun ini iaitu 20 sekolah bagi tahun ini, 30 pada tahun depan dan baki 50 buah untuk 2012.

“Jadi mana-mana pihak tidak perlu bimbang jika tidak tersenarai sekarang.

“Lagipun pemilihan adalah menyeluruh dan berdasarkan formula serta mengambil kira pencapaian dan kejayaan setiap sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan persatuan guru dari Sarawak dan Sabah yang meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana tiada sebuah pun sekolah dari kedua-dua negeri itu tersenarai dalam 20 SBT berkenaan.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai 20 SBT dalam usaha mengangkat kualiti sekolah terbaik di seluruh negara ke taraf dunia.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Sembang


ShoutMix chat widget

Pendidikan

Kesatuan