Sila ke link berikut untuk semak kenaikan pangkat http://www.moe.gov.my/naikpangkat/naikpangkat.php
Sila ke link berikut untuk semak kenaikan pangkat http://www.moe.gov.my/naikpangkat/naikpangkat.php
KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua guru yang berjasa besar kepada negara,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memetik puisi Allahyarham Usman Awang yang menukilkan “siapapun kita hari ini, sama ada Perdana Menteri, pensyarah, peguam, petani atau nelayan, kita bermula dengan ajaran guru”. Katanya, dalam konteks negara membangun, pendidikan adalah industri yang melahirkan rakyat yang tinggi sakhsiahnya dan membekalkan tenaga produktif yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara. “Di sebalik itu, guru adalah pemain utama...
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Guru selaku pendidik bertanggungjawab mengajar anak bangsa agar mencintai tanah air dan memperjuangkan hak mereka dengan jujur, kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. A. Samad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau sangat berharap agar guru bersikap jujur dalam menyampaikan apa juga ilmu kepada para pelajar. “Saya harap guru adalah asas kejujuran. Guru adalah orang yang mendidik, jadi saya harap sangat mereka jujur untuk mendidik anak-anaknya supaya mencintai tanah airnya dan memperjuangkan hak mereka,” kata beliau ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini, hari ini. Pak Samad juga mengingatkan guru-guru...
Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru sedang melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap beban tugas guru, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata antara langkah yang dilaksanakan Jawatankuasa Kerja itu adalah memperkenalkan Sistem Pengurusan Sekolah yang merupakan satu sistem tunggal kemasukan data untuk mengurangkan beban tugas guru yang menggunakan pelbagai sistem kemasukan data pada masa ini. “Sistem ini telah dilaksanakan secara rintis di 88 buah sekolah dan dijadualkan semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran akan menggunakan sistem baru ini menjelang 2013,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2012 peringkat...
KUALA KANGSAR: Guru berinovasi adalah guru yang berkualiti dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, guru berinovasi mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. ”Dalam konteks ini, sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi akan menekuni kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2012 peringat kebangsaan bertemakan ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’ di Dewan Jubli Perak di sini, hari...
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 2011 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 2010 Guru Pembina Negara Bangsa 2009 Guru Pembina Negara Bangsa 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan...
SEMUA sekolah sama ada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan dibina di atas tanah rizab sekolah atau rizab pendidikan. Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata adalah tidak benar dakwaan mengatakan tapak tanah rizab hanya dikhaskan untuk pembinaan SK dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Katanya, kementerian akan memastikan tapak rizab sekolah aliran perdana iaitu kebangsaan mencukupi demi meneruskan usaha pemupukan perpaduan di kalangan murid dilaksanakan pada peringkat awal persekolahan. “Semua sekolah kerajaan sama ada SK, SJKC dan SJKT akan dibina di atas tanah rizab sekolah atau rizab...