Bahasa Melayu: Isu yang tidak berkesudahan

Teliti isu bahasa Melayu hingga ke akar umbi DR. SHARIFUDIN LUBISPensyarah Kanan,Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Isu cabaran dan penghinaan yang dihadapi bahasa Melayu nampaknya tidak pernah reda. Lepas satu isu, satu isu yang lain pula akan muncul. Setiap kali pula media tidak jemu memaparkannya apatah lagi apabila membabitkan kenyataan dan ulasan oleh para pemimpin negara. Ada dua isu bahasa Melayu yang timbul setakat beberapa hari ini. Satu ialah berkenaan penggunaan bahasa Melayu di mahkamah dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan para peguam. Satu lagi ialah berkaitan papan tanda kawasan perumahan dan nama jalan sebuah taman...

Baca Lagi »

Ulasan Prof. Awang Sariyan tentang hujah Tun Mahathir

Ulasan Prof. Awang Sariyan tentang hujah Tun Mahathir

Sumber: Forum Utusan Malaysia Online (26 November 2008) ‘Bahasa sumber ilmu bukan masalah besar’ PANDANGAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Wacana Dilema Melayu anjuran Gapena baru-baru ini bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) patut diteruskan tidaklah memeranjatkan. Ini kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksananya. Dr. Mahathir masih dengan dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila telah membuat keputusan. Isunya ialah bahawa hujah Dr. Mahathir merupakan hujah yang tergelincir daripada hakikatnya. Dalam laporan Bernama, beliau mengatakan bahawa PPSMI penting agar anak-anak Melayu menguasai Sains dan Matematik dan sekali...

Baca Lagi »

Banteras ketagihan fantasi siber anak muda

Banteras ketagihan fantasi siber anak muda

Sumber: Forum Utusan Malaysia Online (25 November 2008) BEBERAPA ibu bapa telah menulis kepada saya baru-baru ini menyatakan kebimbangan mereka mengenai ketagihan anak muda kepada fantasi siber melalui permainan komputer (computer games) yang terdapat di kafe siber yang mereka kunjungi. Semakin ramai anak muda mengunjungi kafe siber untuk bermain permainan komputer dengan alasan ingin mendapat ketenangan atau merehatkan minda daripada tekanan alam persekolahan. Menurut ibu bapa tersebut, bukan ketagihan dadah yang dihadapi anak muda ini tetapi sebaliknya ialah ketagihan kepada permainan siber. Tidak lama dulu terdapat laporan yang meluas dalam media mengenai pelajar sekolah rendah dan menengah berpakaian seragam...

Baca Lagi »

Tun M di rumah GAPENA & PPSMI

Tun M di rumah GAPENA & PPSMI

Sumber: Blog Tanah Nurani MAKNA SEBUAH PENDIRIANi.AKHIRNYA secara terbuka atau secara tertutup pada 22 Nov 2008, GAPENA dengan juak-juak pemikiranya berjaya mengundang tokoh yang hebat dengan agenda dan strategi itu untuk berbicara di rumahnya. Sebagai tetamu yang diundang dan diraikan, makanya tokoh ini diberi ruang dan kemuliaan untuk berbicara sesuka hatinya. Dan wadah serta kebebasan yang diberikan itu telah digunakan sebaik-baiknya untuk menegakkan benang basahnya bahawa PPSMI adalah satu usaha berjaya untuk membijaksanakan orang Melayu. Mendengar hujah itu, saya terus angkat kaki dan meninggalkan rumah itu. Dalam hati saya ada sebak yang amat nanar sekali. Nanar kerana penguhuni rumah...

Baca Lagi »

Bahasa dan perpaduan dari kaca mata Pak Ungku

Bahasa dan perpaduan dari kaca mata Pak Ungku

Bahasa sebagai wadah pupuk perpaduan Oleh Profesor Diraja Ungku A Aziz Pendekatan 3 penjuru pastikan pembelajaran rakyat pelbagai kaum berkesan PERPADUAN negara adalah landasan membentuk negara Malaysia yang kukuh. Maka, isu pembelajaran perlu terpilih sebagai pengaruh terpenting demi pencapaian perpaduan negara itu. Inti pati pelaksanaan dasar itu ialah pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pencapaian perpaduan negara yang tulen hanya boleh termakbul melalui wahana bahasa Melayu. Namun demikian bahasa Inggeris perlu dipelajari supaya segala faedah globalisasi dapat dinikmati seluruh warga Malaysia. Kelebihan pendekatan pembelajaran melalui dua bahasa akan tercapai daripada saling pengaruh-mempengaruhi minda (pemikiran) pelajar apabila mereka berpeluang mempelajari sistem itu...

Baca Lagi »

Bahasa Melayu tidak boleh majukan bangsa?

Bahasa Melayu tidak boleh majukan bangsa?

Sumber: Utusan Malaysia Online (20 November 2008) MASYARAKAT terbanyak sibuk membicarakan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Persoalan mereka banyak berkisar tentang wajarkah PPSMI ini diteruskan dalam tahun-tahun mendatang. Kebimbangan pihak-pihak tertentu terhadap kemungkinan PPSMI akan menjejaskan pencapaian pelajar ditolak sama sekali oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sehinggakan beliau membuat kenyataan bahawa keputusan UPSR yang telah diumumkan baru-baru ini menunjukkan dasar PPSMI ini tidak gagal. (Utusan Malaysia 5 November 2008). Pada hemat saya penentangan ke atas dasar PPSMI mempunyai dua jenis aliran atau pendapat. Satu pihak menentangnya kerana dasar ini hanya...

Baca Lagi »

Salam daripada bekas anak murid …

Salam daripada bekas anak murid …

Sumber: Blog Tanah Nurani SALAM KEPADA SEMUA ANAK MURID SAYA YANG BERADA DI PERANTAUAN. Semalam, saya menerima email panjang daripada bekas pelajar saya ketika saya mengajar di SAS (Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur) pada tahun 2000. Dia kini berada di Jepun, tahun akhir dalam bidang kejuruteraan submerin. Emailnya panjang dan antara intipatinya ialah dia kecewa apabila melihat beberapa dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang mula tergelincir daripada landasannya. Dia membayangkan bahawa apakah yang akan terjadi 10 tahun akan datang kepada dasar KPM yang tunjangnya mesti berteraskan bahasa Melayu itu diperkotak-katikkan oleh agenda politik negara? Dia berkisah juga tentang kerajaan Jepun...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan