Posts Tagged ‘ bahasa ’

Kekurangan Guru SJKC disi Serta-merta

Kekosongan jawatan guru di 1,294 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seluruh negara perlu diisi dengan guru-guru interim serta merta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas bagi menangani isu kekurangan guru di SJKC setelah mengadakan tiga mesyuarat dan dua perbincangan meja bulat bersama pihak berkepentingan termasuk Jiaozong Huazong, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Kesatuan Guru Besar SJKC Malaysia. Katanya sehingga Januari lepas, kementerian telah menempatkan seramai 1,482 guru interim di beberapa SJKC bagi menampung kekurangan 1,874 guru di sekolah jenis itu di seluruh negara. “Penambahan 392 guru...

Baca Lagi »

NUTP Syor Guru Bersara Ganti ETA

Dialek bahasa Inggeris AS sukar difahami KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tindakan menempatkan Peace Corps atau Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fullbright (ETA) selama beberapa bulan tidak banyak membantu meningkatkan penguasaan pelajar.  Presidennya, Hashim Adnan, berkata maklum balas daripada guru di Terengganu yang mempunyai ETA menunjukkan pelajar terpinga-pinga mendengar dialek bahasa Inggeris Amerika Syarikat (AS) kerana sebutannya sukar difahami. Beliau berkata, ETA juga mungkin bukan guru BI atau jika mereka guru terlatih sekalipun, kaedah yang berjaya di AS tidak semestinya berkesan jika diterapkan di negara ini kerana tahap penguasaan pelajar berbeza. Di AS katanya, bahasa Inggeris ialah bahasa ibunda...

Baca Lagi »

PMR: GMP 4 Subjek Menurun

GPMP dalam empat subjek menurun PUTRAJAYA 22 Dis. – Penguasaan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi 4 mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Bahasa Cina dan Bahasa Iban mengalami penurunan berbanding 13 mata pelajaran lain. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 1.3 peratus daripada 27.6 peratus pada tahun lepas kepada 26.3 peratus pada tahun ini. “Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat sebanyak 1.2 peratus daripada 66.5 peratus tahun lepas kepada 67.7 peratus tahun...

Baca Lagi »

Interlok ditarik Walaupun Sudah dimurnikan

Interlok ditarik Walaupun Sudah dimurnikan

Novel Konserto Terakhir ganti Interlok KUALA LUMPUR, 21 Dis – Novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain akan menggantikan novel Interlok sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) bagi pelajar tingkatan lima mulai tahun depan. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata penggantian teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu melibatkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor. “Novel Konserto Terakhir telah melalui proses penyaringan dan pemilihan yang ditetapkan, dan sesuai digunakan sebagai teks Komsas berdasarkan nilai-nilai dan mutu karya yang dihasilkan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama...

Baca Lagi »

‘Usah Cuba Hidupkan PPSMI’

‘Usah Cuba Hidupkan PPSMI’

Dasar MBMMBI turut tekankan bahasa Inggeris di kalangan pelajar KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran meminta semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tidak cuba menghidupkan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan, bagi mengelakkan isu itu terus menjadi polemik yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. Kerajaan telah membuat keputusan muktamad berhubung perkara itu dan menggantikannya dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang turut menekankan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah.  Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata cubaan untuk menghidupkan semula PPSMI tidak sepatutnya timbul kerana kerajaan memutuskan untuk...

Baca Lagi »

Bahasa Melayu dipersenda di Maybank?

PADA 24 November 2011 anak saya menghadiri temu duga jawatan kerani di Maybank Seksyen 14, Shah Alam. Temu duga tersebut dikendalikan oleh dua orang pegawai bank. Dalam sesi temu duga tersebut saya pasti anak saya tidak berjaya dan saya akur dengan keputusannya kerana rezeki seseorang ditentukan oleh Allah SWT bukannya penemuduga tersebut. Saya pasti anak saya tidak terpilih atau berjaya kerana peserta yang berjaya telah diarahkan membuat pemeriksaan kesihatan pada hari yang sama. Apa yang dikesalkan adalah sikap pegawai perempuan tersebut yang telah memperli, menghina anak saya kerana bercakap dalam bahasa Melayu, menurutnya, semua bank berurusan dalam bahasa Inggeris...

Baca Lagi »

Pembaca Sukar Dapat Majalah Keluaran DBP dalam Pasaran

Pembaca Sukar Dapat Majalah Keluaran DBP dalam Pasaran

MAJALAH keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memang bermutu tinggi dan mampu menerajui dunia ilmu pengetahuan bagi orang yang bercakap, menulis dan berfikir dalam bahasa Melayu. Dewan Ekonomi dan Dewan Masyarakat, misalnya, sentiasa mampu mengetengahkan sudut dan ruang baru untuk memperkayakan pengalaman dan intelek pembaca.  Tapi sayangnya akhir-akhir ini semua majalah ini tidak dapat lagi ditemui di kedai atau warung buku. Peminat majalah ini perlu berusaha gigih setiap bulan masuk dari satu kedai ke kedai yang lain bertanyakan majalah berkenaan. Kerap kali jawapan yang diberikan menghampakan, ‘kami tiada majalah-majalah ini’. Sejak dari dulu pun memang sukar untuk membeli majalah...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan