Posts Tagged ‘ buku ’

PAKSI: Wajar Interlok ditarik balik Demi Suasana Harmoni

Interlok: Langkah Kabinet lewat tapi baik demi maruah penulis, harmoni KUALA LUMPUR, 17 Dis — Walaupun tindakan Putrajaya dilihat sudah terlambat, Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) menganggap keputusan menarik balik novel kontroversi “Interlok”, yang berlarutan hampir setahun, daripada digunakan di sekolah sebagai satu tindakan terbaik demi menjaga kewibawaan penulis dan keharmonian kaum. Setiausaha Agung Paksi Hasni Abas berkata, daripada melakukan terlalu banyak pindaan dan pada masa yang sama rasa tidak puas hati pula berlanjutan, maka “adalah lebih baik tidak digunakan.” “Saya fikir ini langkah baik walaupun Kementerian Pelajaran mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan ini,” kata beliau...

Baca Lagi »

Novel Interlok ditarik balik sebagai Teks Komsas

Novel Interlok ditarik balik sebagai Teks Komsas

Presiden MIC: Novel Interlok digugur dari silibus tingkatan lima KUALA LUMPUR, 16 Dis — Kerajaan memutuskan untuk menarik balik novel kontroversial Interlok, yang dibantah banyak pertubuhan bukan kerajaan, daripada silibus sastera tingkatan lima. Dipetik Star Online, Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata Kabinet memutuskan perkara itu minggu lalu. Dalam pada itu Bernama Online memetik Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan. Katanya, beliau berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana...

Baca Lagi »

Pembaca Sukar Dapat Majalah Keluaran DBP dalam Pasaran

Pembaca Sukar Dapat Majalah Keluaran DBP dalam Pasaran

MAJALAH keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memang bermutu tinggi dan mampu menerajui dunia ilmu pengetahuan bagi orang yang bercakap, menulis dan berfikir dalam bahasa Melayu. Dewan Ekonomi dan Dewan Masyarakat, misalnya, sentiasa mampu mengetengahkan sudut dan ruang baru untuk memperkayakan pengalaman dan intelek pembaca.  Tapi sayangnya akhir-akhir ini semua majalah ini tidak dapat lagi ditemui di kedai atau warung buku. Peminat majalah ini perlu berusaha gigih setiap bulan masuk dari satu kedai ke kedai yang lain bertanyakan majalah berkenaan. Kerap kali jawapan yang diberikan menghampakan, ‘kami tiada majalah-majalah ini’. Sejak dari dulu pun memang sukar untuk membeli majalah...

Baca Lagi »

‘Buku akan Mati!’

‘Buku akan Mati!’

‘Tukang tilik’ Perancis ramal perkara itu berlaku dalam lima tahun TAHUN 2015 diramalkan pakar teknologi sebagai detik kematian buku apabila peranti pembaca elektronik atau e-reader seperti Kindle dan iPad dibayangkan bakal menjadi ‘pembunuhnya’. Pakar teknologi berlagak tukang nujum tersohor Perancis, Nostradamus seperti pengasas Makmal Media di Massachusetts Institute of Technology (MIT), Nicholas Negroponte yang memberi tempoh lima tahun untuk buku ‘bernafas’. “Peminat buku akan mengatakan tidak terhadap ramalan itu kerana mereka gemar kepada perpustakaan, tetapi ia akan berlaku. Bukan dalam 10 tahun, tapi lima tahun ini!” beliau dipetik berkata dalam laman web TechCrunch. Peramal seperti Negroponte beranggapan perkembangan mendadak...

Baca Lagi »

Membaca Pacu Kemajuan Negara

Membaca Pacu Kemajuan Negara

PERSOALAN budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia sebagai langkah yang mampu memacu negara ke tahap lebih tinggi, sekali gus melahirkan masyarakat berilmu jika dilaksanakan secara teratur dibincangkan pada Forum Pembacaan: Bangsa Membaca Memacu Negara Ke Puncak Dunia. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata amalan membaca di kalangan masyarakat kini menunjukkan petanda awal peningkatan dan ia adalah perkembangan yang baik. “Sambutan menggalakkan terhadap Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur petanda yang baik. Bagaimanapun, amalan membaca saja tidak akan berjaya memacu negara kepada kemajuan jika pembaca tidak mencernakan apa yang...

Baca Lagi »

Kemelut Teks Sastera KOMSAS

Kemelut Teks Sastera KOMSAS

Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bharian.com.my Panel diminta berhati-hati pilih naskhah agar tidak dipersoal SIFAT karya sastera yang subjektif dan terbuka kepada pelbagai terjemahan menyebabkan banyak sekali pertikaian yang mungkin wujud apabila sesuatu karya itu diangkat, tidak kiralah dalam pertandingan atau sebagai teks kajian. Selepas Interlok terseret dalam kontroversi politik nakal, beberapa lagi teks sastera turut dicuit dan kali ini bukan atas motif politik, tetapi atas dasar mutu karya itu sendiri yang disifatkan sesetengah pengkaji sebagai tidak cukup sifat sebagai karya sastera. Mantan Pensyarah Sastera Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Fatimah Busu berkata, ada naskhah kajian sastera di sekolah tidak langsung...

Baca Lagi »

Pembudayaan Cinta Buku dan Membaca di Sekolah

Pembudayaan Cinta Buku dan Membaca di Sekolah

Rata-rata di negara yang lebih maju, pembudayaan cinta buku dan membaca santai akan ditanam secara serius sejak di peringkat sekolah rendah. Ini dapat diperhatikan melalui seberapa banyak program berkaitan buku, penulis, perpustakaan dan pelbagai kegiatan membaca yang dianjurkan di peringkat sekolah rendah. Laporan mengenainya dapat diikuti di dalam majalah, akhbar mahupun jurnal akademik. Kepentingannya terbukti melalui satu kajian yang dijalankan oleh British Library dan Joint Information Systems Committee (JISC) yang menunjukkan tahap kunjungan pelajar peringkat ijazah ke perpustakaan juga bergantung kepada kebiasaan mereka mengunjungi perpustakaan semasa kanak-kanak. Ini dapat dijadikan suatu pedoman bagi ibu bapa dan pihak sekolah di...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan