Posts Tagged ‘ cuepacs ’

SBPA Mansuh Kekal SSM

SBPA Mansuh Kekal SSM

Antara intipati pengumuman Perdana Menteri semalam: SBPA dimasuhkan, SSM dikekalkan dengan penambahbaikan. Pelarasan gaji berdasarkan gred Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54. Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A. Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2. Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha. Elaun bantuan sara hidup (COLA) dinaikkan Kawasan B daripada RM 200 kepada RM250 sebulan. Kawasan C daripada RM 100 kepada RM150 sebulan.  

Baca Lagi »

Jurang Besar Imbuhan Gaji

Saya ingin menyentuh mengenai memorandum mengenai Saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Kongres Kesatuan Pekerja -Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kepada Perdana Menteri. Adakah memorandum berkaitan kenaikan gaji kakitangan awam ini benar-benar ikhlas ataupun sebaliknya? Ini kerana saya dapati kenaikan yang dicadangkan oleh CUEPACS iaitu untuk gred 27-40 sebanyak RM1,500 agak lumayan. Jumlah ini melibatkan perbezaan sebanyak RM500 berbanding dengan kumpulan gred 17-26 misalnya. Perbezaan ini jika dicampur dengan perbezaan gaji sedia ada pada skim Sistem Saraan Malaysia (SSM), maka jurangnya pasti lebih besar. Atas pertimbangan apakah gred 27-40 diberi kenaikan agak lumayan iaitu RM1,500 jika dibandingkan dengan...

Baca Lagi »

Cuepacs: Formula Gaji SBPA Keliru

SIBU – Cuepacs akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu, yang rata-rata mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam. Timbalan Presiden 1 Cuepacs, Aziz Muda berkata, perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan agar ia diterima baik oleh semua penjawat awam. “Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di sini malam tadi. Dipetik Bernama, beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia...

Baca Lagi »

CUEPACS akan Kemuka Formula Perpindahan Gaji daripada SSM kepada SBPA

SIBU: Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu. Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda, berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan supaya ia diterima baik oleh semua penjawat awam. “Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di sini malam tadi. – BERNAMA —- >>Berita Harian |4/2/2012|

Baca Lagi »

SBPA: Cuepacs Ancam Buat Sendiri

Cuepacs ancam buat sendiri KUALA LUMPUR: CUEPACS yang mengancam menarik diri daripada pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) jika tiga lagi wakilnya tidak dilantik, menubuhkan Jawatankuasa Bertindaknya sendiri bagi menyediakan kertas kerja komprehensif berhubung penambahbaikan skim berkenaan. Jawatankuasa yang diketuai Timbalan Presiden CUEPACS I, Azih Muda itu diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja berkenaan dalam tempoh tiga minggu sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penubuhan jawatankuasa itu mendapat sokongan penuh kepimpinan tertinggi kesatuan berkenaan pada bengkel khas SBPA anjuran CUEPACS yang diadakan semalam. “Kertas kerja itu amat...

Baca Lagi »

JPA Kaji Ambil Lulusan PMR

Tempoh tiga bulan kajian dipersetujui bersama dengan CUEPACS PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju mengkaji semula berhubung tahap kelulusan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi memohon kerja sebagai penjawat awam berdasarkan kriteria sektor yang berkaitan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata kajian berkenaan akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan bermula Januari ini.  Katanya, ia adalah antara keputusan yang dicapai dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani semalam dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi menyelesaikan pelbagai isu berbangkit dalam skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). “Di bawah SBPA yang berkuat kuasa tahun depan, kelulusan...

Baca Lagi »

Guru Lama Selalu Terlepas Peluang

Dipetik dari sini. Saya pensyarah IPG yang malang dgn SBPA.Saya graduate 1993.PTK halang kenaikan pangkat saya selama 5 tahun.Pada tahun 2008 Pemangkuan Fasa 3 DG 48 dilakukan di seluruh IPG.Rakan saya graduate tahun 1995 & 1996 naik PMF1 Dg 48.Saya tidak naik kerana PTK kantoi.Tahun 2009 Pemangkuan Fasa 2 IPG dilakukan.Rakan rakan saya yg graduate tahun 1997 naik pangkat PMF2 IPG DG 48. Saya tidak naik.PTK kantoi.Tahun 2011 PMF3 IPG DG 48 dilakukan.Junior-junior saya yg graduate 1998, 2000 & 2001 naik pangkat PMF3 Dg 48.Yg graduate tahun 2000 dan 2001 itu KUP DG 44 tahun 2008 secara + 2...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan