Posts Tagged ‘ DBP ’

Novel Interlok ditarik balik sebagai Teks Komsas

Novel Interlok ditarik balik sebagai Teks Komsas

Presiden MIC: Novel Interlok digugur dari silibus tingkatan lima KUALA LUMPUR, 16 Dis — Kerajaan memutuskan untuk menarik balik novel kontroversial Interlok, yang dibantah banyak pertubuhan bukan kerajaan, daripada silibus sastera tingkatan lima. Dipetik Star Online, Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata Kabinet memutuskan perkara itu minggu lalu. Dalam pada itu Bernama Online memetik Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan. Katanya, beliau berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana...

Baca Lagi »

Untuk Siapakah Penguatkuasaan Bahasa Melayu?

Untuk Siapakah Penguatkuasaan Bahasa Melayu?

Sumber: Rencana Utusan Malaysia |7 November 2009| Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL rencana@utusan.com.my BANYAK sebab mengapa ramai yang menunggu pindaan terhadap Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 diluluskan dalam tempoh terdekat ini. Draf akta itu ketika ini disemak oleh penasihat undang-undang Kementerian Pelajaran dan akan dibawa ke Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen tahun depan. Pertamanya, kerana isu memberikan lebih kuasa kepada DBP menerusi pindaan akta itu merupakan perbincangan yang sudah lama berpanjangan. Justeru biarlah kali ini, ia benar-benar membuahkan hasil dan tidak lagi mencetuskan polemik yang sia-sia. Keduanya, ramai yang ingin menyaksikan sejauh mana DBP akan diberikan kuasa untuk...

Baca Lagi »

Bulan Bahasa Kebangsaan Bukan Pesta

Bulan Bahasa Kebangsaan Bukan Pesta

Soalnya, bagaimana kita hendak merealisasikan usaha memartabatkan bahasa itu seperti yang diharapkan oleh semua pihak? Daripada apa yang kita nampak sekarang, tidak ada satu pun usaha ke arah tersebut selain acara pelancaran BBK tersebut. Kehidupan harian kita tetap serupa juga. Aktiviti kita berinteraksi tetap sama seperti sebelum BBK. Sumber: Forum Utusan Malaysia |21 Oktober 2009| MASA belajar dahulu, sekolah saya mengadakan program Bulan Bahasa Inggeris. Masa itu kami para pelajar (dan ada juga kalangan guru) amat tidak senang dengan aktiviti tersebut kerana ia mewajibkan kami menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya selama sebulan. Sama ada semasa pertuturan, pengumuman atau pun semasa...

Baca Lagi »

Perbaharui Iltizam Terhadap Bahasa Melayu

Perbaharui Iltizam Terhadap Bahasa Melayu

Sumber: Rencana Utusan Malaysia |9 Oktober 2009| Oleh DR. FIRDAUS ABDULLAH TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 di Kuching, Sarawak. Seminggu sebelum itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman telah memberi ucaptama dan merasmikan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia di Johor Bahru. Kedua-dua peristiwa itu dapat dinilai secara sinikal dan konstruktif. Secara sinikal seperti pertanyaan seorang tokoh pejuang bahasa yang hadir pada persidangan di Johor itu. “Tidakkah saudara rasa kita hanya syok sendiri? Atau tidakkah kita menipu diri sendiri berangan-angan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa...

Baca Lagi »

Wajah Baru Jurnal Bahasa DBP

Wajah Baru Jurnal Bahasa DBP

Sumber: Blog mendewa Ingatkan masih berkulit hitam, rupa-rupanya sudah bertukar warna. Menarik dan ringkas reka letak serta pemilihan warnanya. Pengendali web: Catatan ini telah diedit. Catatan lengkap sila baca di blog mendewa.

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan