Posts Tagged ‘ ipg ’

Banyak Kerenah di IPG?

AGI Sarawak  SAYA ingin mendedahkan beberapa masalah pensyarah dan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) berkenaan kerenah birokrasi. Teguran ini terpaksa dibuat secara terbuka kerana teguran dalaman tidak berkesan. Saya salah seorang pensyarah IPG yang telah 15 tahun berkhidmat. Saya dapati terlalu banyak kerenah diamalkan. Amalan kerja tidak berperancangan, tidak mengikut prosedur atau peraturan, tergesa-gesa, dan sebagainya yang diamalkan semasa IPG di bawah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) masih menjadi amalan oleh pegawai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK). Walaupun IPGK dinaikkan ke taraf universiti, amalan mementingkan populariti, urusan remeh-temeh, kerenah birokrasi terus menjadi tonggak pentadbiran....

Baca Lagi »

500 Pensyarah IPG Kecewa Proses Kenaikan Gred DG48

500 Kecewa KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 pensyarah Institusi Perguruan Malaysia (IPGM) kesal berikutan kegagalan ditawarkan kenaikan gred DG48 berbanding 400 pensyarah lain yang sudah menerima tawaran berkenaan November lalu. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, pensyarah terbabit sepatutnya layak diberi kenaikan daripada gred DG44 kepada DG48 berdasarkan prestasi cemerlang masing-masing. “Keadaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan IPGM menguruskan perkara berkenaan secara adil dan telus. Apa yang berlaku, ramai pensyarah cemerlang tidak menerima tawaran sebaliknya beberapa pensyarah baru berkhidmat pula ditawarkan kenaikan gred.  “Lebih menghairankan, ada pensyarah mengambil cuti belajar, selepas habis cuti terus...

Baca Lagi »

NUTP Perlu Segerakan Utara Isu Pensyarah IPG

NUTP Perlu Segerakan Utara Isu Pensyarah IPG

NUTP wajar segera bersuara kepada pihak berkaitan bagi menyelesaikan beberapa isu yang membelenggu pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG). Tindakan yang dilakukan oleh Majlis Persatuan Kakitangan Akademik (MPKA) Malaysia yang mewakili kira-kira 30,000 pensyarah gred 54 ke bawah di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menggesa Jabatan perkhidmatan Awam mengkaji semula pelarasan gaji kumpulan berkenaan wajar disokong. Malahan beberapa fakta yang dikemukakan juga dihadapi oleh pensyarah IPG. NUTP perlu segera memberikan maklumat berkaitan perkhidmatan pensyarah IPG yang pernah dijelaskan melalui blog NUTP (rujuk sini). Antara yang dinayatakan ialah KPM menyatakan Pensyarah IPG telah dinaiktaraf bukan seperti disekolah. KPPK sedang berusaha berjumpa...

Baca Lagi »

Guru Lama Selalu Terlepas Peluang

Dipetik dari sini. Saya pensyarah IPG yang malang dgn SBPA.Saya graduate 1993.PTK halang kenaikan pangkat saya selama 5 tahun.Pada tahun 2008 Pemangkuan Fasa 3 DG 48 dilakukan di seluruh IPG.Rakan saya graduate tahun 1995 & 1996 naik PMF1 Dg 48.Saya tidak naik kerana PTK kantoi.Tahun 2009 Pemangkuan Fasa 2 IPG dilakukan.Rakan rakan saya yg graduate tahun 1997 naik pangkat PMF2 IPG DG 48. Saya tidak naik.PTK kantoi.Tahun 2011 PMF3 IPG DG 48 dilakukan.Junior-junior saya yg graduate 1998, 2000 & 2001 naik pangkat PMF3 Dg 48.Yg graduate tahun 2000 dan 2001 itu KUP DG 44 tahun 2008 secara + 2...

Baca Lagi »

KEMASKINI: Pensyarah IPG Naik Taraf

KEMASKINI:  Pensyarah IPG Naik Taraf

Terkini: Maklumat dari SU NUTP menejlaskan pensyarah IPG akan mendapat kenaikan secara ekspres. Baca seterusnya di bawah. Berdasarkan soal jawab dalam blog NUTP, makluman yang diberikan menjelaskan bahawa pensyarah IPG akan dinaiktaraf dan tidak lagi berada dalam skim guru-guru di sekolah.  Pensyarah IPG said… Cadangan waktu bekerja guru selama 9 jam telah dimansuhkan. Adakah ini bermaksud waktu bekerja pensyarah IPG selama 9 jam juga telah ditiadakan ? Pn SUA masih belum memberi makluman muktamad tentang waktu kerja pensyarah IPG sehingga hari ini walaupun sudah 2 tahun. Sun Nov 20, 05:48:00 PM 2011  Setiausaha Agung said… Sdr/ Sdri Pensyarah IPG, KPM menyatakan...

Baca Lagi »

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuka tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan  Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan KPM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara. Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang KPM mulai 16 Ogos 2011 hingga 16 September 2011. Syarat-syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi daripada laman sesawang tersebut. Sila Klik : http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm

Baca Lagi »

Keliru Pensyarah IPG Miliki PhD Tidak Tersenarai Cemerlang

Keliru Pensyarah IPG Miliki PhD Tidak Tersenarai Cemerlang

AWAL tahun ini Kementerian Pelajaran mengiklankan Pensyarah Cemerlang 2011 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang bertugas di Institut Pendidikan Guru (IPG). Baru-baru ini, IPG dan Jemaah Nazir menjalankan penyeliaan dan penilaian terhadap pensyarah yang terpilih. Persoalan yang timbul ialah mengapa ada pensyarah IPG yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) tidak terpilih untuk diselia dan dinilai dalam bidang kepakaran yang dimohon, sedangkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. KPM menyatakan margin yang tinggi diberikan kepada PPPS yang memiliki ijazah PhD dalam laluan kerjaya pensyarah atau guru cemerlang tetapi nampaknya penetapan ini tidak membawa makna apa-apa kepada PPPS PhD di IPG....

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan