Posts Tagged ‘ keselamatan ’

Beri Didikan Terbaik untuk Lahir Modal Insan Cemerlang

Beri Didikan Terbaik untuk Lahir Modal Insan Cemerlang

PEMBANGUNAN modal insan bermula dari alam persekolahan. Ia termasuk usaha membentuk peribadi mulia dalam kalangan murid di mana semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing sama ada pada peringkat sekolah, ibu bapa serta pihak lain yang berkepentingan. Negara kita sedang menghadapi pelbagai gejala sosial seperti keruntuhan akhlak, ancaman dadah, salah laku juvana dan jenayah, keganasan terhadap kanak-kanak, pembuangan bayi dan lain-lain. Kita perlu mendidik anak kita dan memastikan agar mereka menghargai nilai murni seperti sifat persefahaman dan kesederhanaan, hormat-menghormati antara satu sama lain, kepatuhan kepada undang-undang, keyakinan diri dan sifat keterbukaan terhadap perbezaan agama, kepercayaan, adat dan budaya. Sejak kebelakangan...

Baca Lagi »

Sayang Anak, Cikgu Jadi Mangsa

Sayang Anak, Cikgu Jadi Mangsa

TERDETIK di hati saya untuk menyuarakan pendapat mengenai keganasan pelajar sekolah di negara kita pada masa sekarang. Terlalu banyak yang berlaku hingga ada kala membimbangkan kerana isteri saya juga seorang guru. Tindakan pelajar menumbuk sehingga mencederakan guru, menyerang rakan sekolah lain seperti samseng, bergaduh di dalam kelas dan banyak lagi perkara yang kita tidak sanggup dengar kini semakin menjadi-jadi. Pada zaman saya bersekolah dulu, tidak pernah kedengaran masalah disiplin melampau seperti ini. Kita juga nakal, tetapi masih menghormati dan takut kepada guru. Kita ditampar, didenda dan pelbagai hukuman diterima tanpa ada bantahan atau perasaan dendam terhadap guru. Jika mengadu...

Baca Lagi »

Kes Buli: Antara Pembuli dan Mangsa Buli

Kes Buli: Antara Pembuli dan Mangsa Buli

Buang Oleh: Marni (Blog Marni) Cabaran terbesar dalam usaha membentuk sahsiah diri pelajar di sekolah bukannya datang daripada Falsafah Pendidikan Negara. Bukan daripada segala sistem yang mengawal proses pengajaran dan pembelajaran di tanah air tercinta. Bukan juga daripada pengaruh luar yang ada di sekeliling kita. Cabaran terbesar dalam usaha membentuk sahsiah diri pelajar di sekolah datangnya daripada ibu bapa. Beberapa hari lalu, kita mendengar kisah 20 orang pelajar pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Kubang Pasu, Kedah dibuang sekolah. Ibu bapa kepada para pelajar ini bingkas bangun dan bersuara melalui media. Kononnya nasib anak mereka tidak terbela. Kononnya mereka tidak...

Baca Lagi »

Patuhi Pemakaian Topi Keledar di Kawasan Sekolah

Sumber: Utusan Malaysia |18 Januari 2010| Oleh HANIZA HASSAN pengarang@utusan.com.my JOHOR BAHRU 17 Jan. – Kementerian Pelajaran tidak teragak- agak untuk menggantung atau membuang pelajar yang didapati mengingkari peraturan pemakaian topi keledar ketika menunggang motosikal di kawasan sekolah. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, tindakan akan diambil sekiranya pelajar terbabit masih ingkar setelah menjalani beberapa sesi kaunseling dan penyelesaian lain termasuk memanggil ibu bapa atau penjaga. Katanya, sekiranya ia berlaku di luar kawasan sekolah, pihak polis boleh menyaman pelajar berkenaan di atas kapasiti penunggang motosikal dan pihak kementerian bersedia untuk memberi kerjasama. Beliau berkata, sekolah adalah...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan