Posts Tagged ‘ komsas ’

Interlok ditarik Walaupun Sudah dimurnikan

Interlok ditarik Walaupun Sudah dimurnikan

Novel Konserto Terakhir ganti Interlok KUALA LUMPUR, 21 Dis – Novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain akan menggantikan novel Interlok sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) bagi pelajar tingkatan lima mulai tahun depan. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata penggantian teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu melibatkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor. “Novel Konserto Terakhir telah melalui proses penyaringan dan pemilihan yang ditetapkan, dan sesuai digunakan sebagai teks Komsas berdasarkan nilai-nilai dan mutu karya yang dihasilkan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama...

Baca Lagi »

PAKSI: Wajar Interlok ditarik balik Demi Suasana Harmoni

Interlok: Langkah Kabinet lewat tapi baik demi maruah penulis, harmoni KUALA LUMPUR, 17 Dis — Walaupun tindakan Putrajaya dilihat sudah terlambat, Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) menganggap keputusan menarik balik novel kontroversi “Interlok”, yang berlarutan hampir setahun, daripada digunakan di sekolah sebagai satu tindakan terbaik demi menjaga kewibawaan penulis dan keharmonian kaum. Setiausaha Agung Paksi Hasni Abas berkata, daripada melakukan terlalu banyak pindaan dan pada masa yang sama rasa tidak puas hati pula berlanjutan, maka “adalah lebih baik tidak digunakan.” “Saya fikir ini langkah baik walaupun Kementerian Pelajaran mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan ini,” kata beliau...

Baca Lagi »

Novel Interlok ditarik balik sebagai Teks Komsas

Novel Interlok ditarik balik sebagai Teks Komsas

Presiden MIC: Novel Interlok digugur dari silibus tingkatan lima KUALA LUMPUR, 16 Dis — Kerajaan memutuskan untuk menarik balik novel kontroversial Interlok, yang dibantah banyak pertubuhan bukan kerajaan, daripada silibus sastera tingkatan lima. Dipetik Star Online, Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata Kabinet memutuskan perkara itu minggu lalu. Dalam pada itu Bernama Online memetik Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan. Katanya, beliau berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana...

Baca Lagi »

Betulkah Sukar Belajar Sastera?

Betulkah Sukar Belajar Sastera?

Sistem pendidikan, sikap pelajar tentukan hala tuju bidang terbabit KERAP kali ilmu kesusasteraan dirujuk sebagai bidang yang tiada nilai ekonomi. Tanggapan itu seakan-akan sudah disemai sejak di bangku sekolah lagi. Apatah lagi dengan sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan, apa juga subjek tanpa nilai ekonomi kerap kali diketepikan. Justeru, bukan sedikit pelajar yang belajar sastera dengan bersandarkan kepada buku soalan ramalan peperiksaan atau buku sinopsis tanpa peruntukan masa untuk membaca dan mengkaji teks asal, apalagi jika kedudukannya hanya sebagai bahan sampingan dalam Komponan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Bahasa dan Pendidikan...

Baca Lagi »

Kemelut Teks Sastera KOMSAS

Kemelut Teks Sastera KOMSAS

Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bharian.com.my Panel diminta berhati-hati pilih naskhah agar tidak dipersoal SIFAT karya sastera yang subjektif dan terbuka kepada pelbagai terjemahan menyebabkan banyak sekali pertikaian yang mungkin wujud apabila sesuatu karya itu diangkat, tidak kiralah dalam pertandingan atau sebagai teks kajian. Selepas Interlok terseret dalam kontroversi politik nakal, beberapa lagi teks sastera turut dicuit dan kali ini bukan atas motif politik, tetapi atas dasar mutu karya itu sendiri yang disifatkan sesetengah pengkaji sebagai tidak cukup sifat sebagai karya sastera. Mantan Pensyarah Sastera Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Fatimah Busu berkata, ada naskhah kajian sastera di sekolah tidak langsung...

Baca Lagi »

Kenyataan Sasterawan Negara Tentang Kes Interlok

Kenyataan Sasterawan Negara Tentang Kes Interlok

Sudah banyak perbincangan dan debat yang telah diadakan tentang buku Interlok oleh Abdullah Hussein – di akhbar, majalah, di tv dan dunia siber. Dalam wacana ini ada yang jernih di samping banyak juga yang keruh pada sungai perbincangannya. Akan tetapi yang agak dikesalkan ialah hakikat bahawa sangat sedikit golongan, terutama partai politik yang menjadikan pembelaan nasib dan martabat kaum Melayu sebagai landasannya, tampil memberi sokongan moral kepada seorang pengarang Melayu bernama Abdullah Hussein, yang melalui Interlok berbicara tentang kemanusiaan yang merentas sempadan ras dan etnik di tanah airnya. Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah...

Baca Lagi »

Interlok diteruskan dengan Pindaan: Muhyiddin

Interlok diteruskan dengan Pindaan: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Novel Interlok akan diteruskan sebagai teks komponen sastera (KOMSAS) bagi pelajar tingkatan lima tetapi dengan pindaan di bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, panel itu akan dianggotai oleh pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India. “Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Sebelum ini, Presiden...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan