Posts Tagged ‘ mansuh ppsmi ’

‘Usah Cuba Hidupkan PPSMI’

‘Usah Cuba Hidupkan PPSMI’

Dasar MBMMBI turut tekankan bahasa Inggeris di kalangan pelajar KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran meminta semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tidak cuba menghidupkan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan, bagi mengelakkan isu itu terus menjadi polemik yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. Kerajaan telah membuat keputusan muktamad berhubung perkara itu dan menggantikannya dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang turut menekankan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah.  Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata cubaan untuk menghidupkan semula PPSMI tidak sepatutnya timbul kerana kerajaan memutuskan untuk...

Baca Lagi »

PPSMI: 5% SM dan Kurang 9% SR yang Gunakan BI

Kebanyakan sekolah guna BM ajar sains, matematik Kebanyakan sekolah rendah dan menengah kembali menggunakan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau berkata hanya lima peratus daripada 7,495 jumlah bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 21,092 sekolah menengah yang masih menggunakan Bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik. “Meskipun ada pihak yang mempersoalkan tempoh yang begitu panjang terhadap pendekatan ‘soft landing’ melalui dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hakikatnya kebanyakan sekolah telah pun kembali menggunakan Bahasa Melayu. “Sebelum melaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu bagi kedua-dua...

Baca Lagi »

Politik Bahasa

Politik Bahasa

Anwar Ridhwan 11 Nov. 2011 Pada 28 Julai 2009 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan pemansuhan dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012. Dari tarikh tersebut hingga mutakhir ini, daripada kalangan pucuk pimpinan politik Melayu, hanya timbalan perdana menteri merangkap menteri pelajaran, dan timbalannya, Dr Puad Zarkashi yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan dasar PPSMI. Hampir tiada suara sokongan daripada sayap Pemuda dan Wanita Umno. Dasar yang tergesa-gesa itu, yang dilancarkan di seluruh sekolah rendah dan menengah hanya enam bulan selepas kabinet membincangkannya, ternyata gagal akibat masalah kompetensi guru (yang tidak dilatih dan...

Baca Lagi »

Sekolah Tak dibenar Pilih BI Ajar Matematik/Sains

Sekolah Tak dibenar Pilih BI Ajar Matematik/Sains

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata pihak kementerian itu tidak akan membenarkan sekolah memilih bahasa untuk pengajaran matematik dan sains kerana ini akan menyukarkan keadaan. Menurut Muhyiddin, menyediakan pilihan akan menimbulkan masalah dalam perancangan. Katanya, jika sekolah dibenarkan membuat  pilihan, keadaan akan menjadi kucar-kacir dalam sistem pendidikan. Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata, adalah sukar bagi kementerian untuk menyediakan guru jika sekolah memilih untuk mengajar dalam bahasa Inggeris, atau dalam Bahasa Melayu. Kumpulan pendesak yang terdiri daripada ibu bapa meminta kerajaan membenarkan sekolah memilih bahasa pengantar bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut berikut perubahan dasar untuk...

Baca Lagi »

PLM: Pemansuhan PPSMI Perkasa Bahasa Melayu

PLM: Pemansuhan PPSMI Perkasa Bahasa Melayu

PERSATUAN Linguistik Malaysia (PLM) merakam ucapan tahniah dan syabas kepada Kementerian atas penyataan tegas berkaitan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) (seperti yang tersiar dalam akhbar) terbukti membawa banyak keburukan dan mudarat kepada pelajar seluruh negara dan bahasa Melayu khususnya berbanding kebaikan yang dihasratkan. PLM tidak akan mengulang alasan yang sudah diberikan Kementerian, cuma sekadar mengingatkan banyak cara atau kaedah yang belum dan dapat dilakukan untuk memandaikan anak Malaysia dengan bahasa Inggeris dan jangan hendaknya dipilih cara yang dapat menjejaskan peranan dan upaya sedia ada akan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu termasuk sains dan...

Baca Lagi »

Perkasa Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu, Kemajuan: Muhyiddin

Perkasa Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu, Kemajuan: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kemajuan serta pada masa yang sama mempelajari bahasa asing untuk menguasai ilmu yang ada dalam bahasa itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, masyarakat wajar menambil iktibar daripada sejarah orang Eropah dahulu yang mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu yang terdapat dalam bahasa itu.  Katanya, orang Eropah mempelajari sesuatu bahasa untuk menguasai ilmu yang ada dalam bahasa itu tanpa merendahkan kemampuan bahasa mereka sendiri dan mempunyai rasa bangga yang amat kental terhadap bahasa mereka. “Orang Eropah kemudiannya menggunakan bahasa mereka sendiri untuk memperkayakan ilmu...

Baca Lagi »

Kerajaan Perlu Tegas Mansuhkan PPSMI: Awang Sariyan

Kerajaan Perlu Tegas Mansuhkan PPSMI: Awang Sariyan

KUALA LUMPUR: Pejuang dan pakar Bahasa Kebangsaan, Dr Awang Sariyan pada Khamis meminta kerajaan supaya bertegas dan tidak melayan sebarang desakan mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah. Katanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sendiri mengakui berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat dari PPSMI. “Jadi adakah kita ingin mengabaikan hak asasi 97 peratus pelajar lain sedangkan pendemokrasian pendidikan menuntut pendidikan mesti diperoleh sejumlah besar rakyat, kita tak boleh korbankan 97 peratus hanya untuk melayan tiga peratus yang...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan