Posts Tagged ‘ pemulihan ’

Serlahkan Kasih Sayang dalam Usaha Mencelikhurufkan dan Memandaikan Murid

Oleh: Mohd. Isa Abdul Razak (Blog Sambung-menyambung) Asas hubungan antara guru dengan murid ialah kasih sayang. Guru sekolah rendah membina dan mengukuhkan asas itu. Guru sekolah menengah pula memperteguhnya dengan binaan tambahan yang bernama tanggungjawab. Inilah pati makalah “Pelajar Rindu Pujian Guru” nukilan Tuan Anuar Ahmad yang tersiar dalam satu akhbar perdana pada 16 Januri 2010. Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, cara terpenting untuk melahirkan kasih sayang adalah dengan memberikan pujian kepada murid. Menurutnya lagi, guru hendaklah memberikan pujian serta-merta dan khusus. Pujian juga hendaklah diikutsertakan dengan fitur paralinguistik.

Baca Lagi »

Guru Pemulihan Khas Ialah Pendidik Istimewa

Oleh: Mohd Isa Abd Razak Selain guru pendidikan khas, golongan pendidik yang saya kagumi ialah guru pemulihan khas (GPK). GPK ialah pendidik istimewa kerana mereka mendidik murid yang istimewa juga. Pada saya, mereka beruntung kerana dapat melaksanakan usaha untuk mencelikhurufkan murid istimewa, yang lebih dikenali sebagai murid pemulihan. Tugas sebagai GPK penuh dengan kekangan, cukup mencabar dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. GPK perlu menumpukan perhatian yang istimewa kepada murid secara individu. GPK juga menggunakan begitu banyak masa untuk melakukan persediaan sebelum masuk ke bilik darjah. Saya yakin, setiap GPK mempunyai hasrat yang amat tinggi untuk melihat...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan