Posts Tagged ‘ pengendali web ’

PENGUMUMAN

Pengendali web Pendidik sedang melakukan kemas kini terhadap semua pautan dalam web ini. Jika berminat untuk menyenaraikan pautan blog/web anda sila maklumkan kepada pengendali web. Gunakan ruangan komentar posting ini untuk memberikan maklumat berkaitan blog/web anda (url dan kategori). 

Baca Lagi »

Laman Pendidik Versi Geocities ditutup

Pihak Geocities.com telah menghentikan operasi hosting percumanya kepada semua web yang bertapak di sana. Oleh yang demikian Laman Pendidik (http://www.geocities.com/pendidikmy) juga tidak dapat lagi diakses. Hal ini telah dimaklum oleh pihak yahoo.com beberapa bulan yang lalu. Oleh itu penutupan Laman Pendidik tidak ada kaitan dengan sesetengah pendapat yang mengatakan laman tersebut telah disekat oleh pihak tertentu. Kami telah mengambil langkah mendapatkan domain dan hosting berbayar untuk meneruskan operasi Laman Pendidik (http://pendidikmy.net) setelah dimaklumkan oleh pihak yahoo.com.  Sebarang sumbangan untuk meneruskan operasi laman ini amat dialu-alukan. Sila e-mel kepada pendidikmy@gmail.com.

Baca Lagi »

Wajah Baru Jurnal Bahasa DBP

Wajah Baru Jurnal Bahasa DBP

Sumber: Blog mendewa Ingatkan masih berkulit hitam, rupa-rupanya sudah bertukar warna. Menarik dan ringkas reka letak serta pemilihan warnanya. Pengendali web: Catatan ini telah diedit. Catatan lengkap sila baca di blog mendewa.

Baca Lagi »

Laman Pendidik di Tapak Baru

Terima kasih kepada semua atas pandangan berkaitan perlunya laman ini mempunyai domain dan “hosting” berbayar. Setelah mengambil kira keperluan dan bebanan “bandwith” di tapak percuma “Geocities.com”, akhirnya usaha mendapatkan domain dan hosting ini dimulakan sejak penghujung 2008. Terima kasih kepada individu yang memberikan sumbangan. Wajah baru ini mungkin akan diubah sedikit masa lagi agar menjadi lebih mesra pengguna. Menjadi harapan agar pelbagai bahan yang ada dapat disusun semula dan dikongsi bersama. Banyak bahan-bahan dalam laman ini yang tidak dikemaskini dan disusun semula. Insyaallah usaha mengumpulkan semula koleksi pendidik sejak tahun 2000 akan dilakukan semula. Sebarkan maklumat berkaitan laman ini...

Baca Lagi »

Perihal

-PENAFIAN- PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB. PENGENDALI WEB TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KESULITAN ATAU KEROSAKAN AKIBAT MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI. Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat di dalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai. Sebarang bentuk teguran dan pandangan amat dialu-alukan. pendidikmy@yahoo.com PeNdiDik dibangunkan pada 20.08.2000. Bertapak di Geocities mulai 22.09.2000 (3.30 p.m) Berpindah ‘hosting’ dan menggunakan ‘domain’ http://www.pendidikmy.net mulai 19 Jun 2009 (10.00 p.m) <<<© PeNdiDik 2000-2009>>>

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan