Posts Tagged ‘ pibg ’

Rancang Cuti Anak Ketika Cuti Sekolah

MERUJUK surat ‘Kaji Semula Tempoh Cuti Persekolahan’, oleh Utamakan Pelajaran, Kuala Lumpur yang disiarkan pada halaman ini, 31 Disember 2011. Selepas membaca surat yang tersiar di halaman itu, saya berasa terpanggil untuk memberi maklum balas. Pertama sekali, saya berasa simpati dengan luahan beliau. Hal ini jelas menggambarkan sikap beliau yang lebih mementingkan diri sendiri. Ada segelintir ibu bapa yang melepaskan tanggung jawab mengawasi anak sendiri kepada pihak lain.  Beliau tidak rasa bertanggung jawab untuk bersama anak-anak pada cuti persekolahan mereka. Maka ,biarlah anak-anak ke sekolah sedangkan beliau sendiri ada kerja untuk dilakukan.  Kedua, pengadu juga cuba mengurangkan kos penjagaan...

Baca Lagi »

‘Usah Cuba Hidupkan PPSMI’

‘Usah Cuba Hidupkan PPSMI’

Dasar MBMMBI turut tekankan bahasa Inggeris di kalangan pelajar KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran meminta semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tidak cuba menghidupkan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan, bagi mengelakkan isu itu terus menjadi polemik yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. Kerajaan telah membuat keputusan muktamad berhubung perkara itu dan menggantikannya dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang turut menekankan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah.  Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata cubaan untuk menghidupkan semula PPSMI tidak sepatutnya timbul kerana kerajaan memutuskan untuk...

Baca Lagi »

Bantuan RM100: Politik atau dipolitikkan?

Bantuan RM100: Politik atau dipolitikkan?

BN didakwa peralat bantuan RM100 untuk sekolah Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat. Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik. “Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk...

Baca Lagi »

Kerja 9 jam: Isu Pilihan raya atau Kebajikan Guru?

Putrajaya batal projek rintis guru kerja sembilan jam sehari KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan. Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat. Minggu lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik. Selain itu,...

Baca Lagi »

Kerja 9 jam: Guru Bukan Tikus Putih

Kerja 9 jam: Guru Bukan Tikus Putih

Pemuda PAS mendesak kerajaan membatalkan projek perintis sistem waktu bekerja sembilan jam bagi guru sekolah kerana ia didakwa “tidak wajar” dan “tidak munasabah”. Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, langkah itu bukan sahaja membazir, malah guru juga tidak boleh dijadikan “tikus makmal” dalam sistem pendidikan negara. “Bahkan, banyak perkara berlaku dalam alam perguruan di luar daripada silibus pembelajaran (kendalian) mereka, justeru mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti ini?” kata Riduan. Warga pendidik juga, tambah Riduan, terpaksa hadir ke program kokurikulum, sukan tahunan, aktiviti riadah di luar darjah, lawatan sambil belajar dan kursus wajib yang mesti diikuti. “Bagaimana...

Baca Lagi »

Kuasa Autonomi Pilih PPSMI Tidak Wajar

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada desakan Kumpulan Tindakan Ibu-Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) agar mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah meskipun dimansuhkan sejak akhir 2009 yang lalu. Gesaan PAGE dan JMM agar diberikan ‘autonomi’ kepada sekolah untuk memilih PPSMI ialah berdasarkan kajian mereka yang mendakwa sebahagian besar guru dan ibu bapa mengharapkan agar PPSMI dilaksanakan semula. Walaupun menghargai keprihatinan dan komitmen ditunjukkan PAGE dan JMM dalam usaha mereka mengendalikan kajian berkenaan, akan tetapi ABIM mendapati terdapat keraguan pada cara pelaksanaan dan...

Baca Lagi »

Penyataan Media Prof. Dr. Awang Sariyan: Ulasan Gesaan JMM agar PPSMI Diteruskan

Penyataan Media Prof. Dr. Awang Sariyan: Ulasan Gesaan JMM agar PPSMI Diteruskan

PENYATAAN MEDIA: ISU PPSMI Isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tampaknya masih terus dibangkitkan oleh beberapa pihak meskipun Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa program tersebut akan dimansuhkan pada tahun 2012 dan digantikan dengan program Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Yang terkini ialah seruan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) agar PPSMI diteruskan atas alasan lebih 50 peratus ibu bapa setuju program itu diteruskan. Saya menyokong ketegasan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkhasi dalam menolak gesaan itu, atas asas bahawa pelaksanaan PPSMI tidak wajar didasarkan hanya pada kehendak sejumlah pihak; malah jumlah yang dikatakan melebihi 50...

Baca Lagi »

Kongsi Info Pendidik

Share |

Sokong Pendidik

'copy' dan 'paste' kod berikut dalam blog/web anda.

Sembang

-ditutup sementara-

Panduan

Kesatuan